PokCik tak nak cerita panjang tentang pekara ini....
lihat dan perhatikan sahaja pekara ini....
Ini adalah hakikat.....
biarpun duduk di bandar besar seperti di Kuala Lumpur ini namun bukan semua mereka tahu akan perkembangan teknologi dan ICT....

PokCIk terpaksa melaksanakan tanggungjawab ini demi memastikan budak-budak ini tidak tercicir dari pekembangan teknologi dan ICT.....
Dengan sikap yang garang dan tegas PokCIk akan cuba habis baik demi mendidik mereka dan memastikan mereka tidak terlalu jauh....
budak-budak ini juga harus diperkenalkan dengan bahayanya penyalahan gunaan teknologi dan ICT....
Budak-budak ini harus di perkenalkan dengan kelebihan Teknologi dan ICT jika mereka pandai menggunakkanya....

Anda lihat sahaja gambar ini dan anda akan tahu menilai sendiri....
Pembelajaran Komputer
Tengok sahaja jari mereka.....anda sendiri menilai betapa takut mereka.....

Pembelajaran komputer dan masa depan
Kesungguhan mereka didalam pembelajaran mereka....nampak macam tak pernah guna langsung


Assalammualaikum.....

hari ini memang tak ada mood PokCIk....
entah kenapa?...pagi-pagi dah tak ada mood....
dah la semua Program PokCIk tak tahu....mentang-mentang la PokCik kena jaga lab dan jarang di bilik guru..So mana la PokCIk tahu setiap perkembangan yang berlaku....
Top-top kena amik gambar...mentang-mentang la PokCIk sahaja yang rajin bawak kamera buruk setiap hari ke sekolah....Pergh....sentap beb...poKCik memang sentap gila punya...begang...semuanya ada....dah macam kuli dibuatnya....

Setiap kali ada program nam PokCik ada di bahagian fotographer.....
PoKcik tak kisah lah sangat.... tapi belajar la amik hati sikit.....
bagi lah tahu awal.....bab orang lain boleh pulak bagi tahu......

Tambah lagi nak sakit hati lagi bila tengok seseotang ini...
lagi berbulu.....pandai cakap sahaja.....
Sabar, Puisi, Cikgu, Guru, Cabaran Gurukalau bab mengata memang bagi kat dia.....
kutuk orang bagi kat dia.....kalau orang kutuk dia marah bagai nak gila......
Pergh......sabor ajer lah.....
Mood oh mood....kenapa la kau tak baik hari ini.....

Whatever.....
apa poKCik try buat hari ini bagi meredakan sakit hati ini.....
Luahkan kat sini la.....
What ever yang berlaku PokCik kena belajar terima tekanan....
belajar terima kutukan...dan belajar tentang manusia yang suka mengata serta menerima ianya dengan hati terbuka....

Maaf jika terlebih kata...
ini hanya entry biasa...
mood oh mood ragam biasa...
apabila tekanan melanda....
What ever "sabar itu indah"


Inilah dia Pelamin yang PokCik cakapkan dalam entry semalam......Entry Hari Sabtu Jumaat dan Sabtu
Pelamin 3 panel...
apa macam besar tak pelamin 3 panel ini....
amik masa 2 jam nak pasang.....
Pelamin 3 panel ini diperbuat dari kayu dan beberapa besi....
nak pasang pelamin 3 panel ini agak rumit...
tanah/tempat nak pasang Pelamin 3 panel ini harus rata...
jika tak rata kena pandai-pandai adjust bagi rata jugak....
Berpeluh nak pasang pelamin 3 panel ini....
Pakej adaman murah 2013

Chong Jin Hui murid Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa . Sanggup derma RM180 hasil simpanan beliau kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima dan beliau sanggup lupakan hasrat gunakan duit tersebut untuk tujuan bercuti pada musim cuti sekolah nanti.

Chong Jin Hui murid Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa . Sanggup derma RM180 hasil simpanan beliau kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima dan beliau sanggup lupakan hasrat gunakan duit tersebut untuk tujuan bercuti pada musim cuti sekolah nanti. 

Status ini PokCIk dapat dari Facebook :
Dari tajuk entry ini jelas menunjukkan bahawa sikap sayangkan negara dan pepaduan antara kaum seharusnya dipupuk dari kecil lagi.
Janganlah menjadi sebahgian dari orang dewasa yang mempunyai akal namun tidak tahu nilai kebebasan dan keamanan....
Syabas adik Chong Jin Hui..... PokCIk amat berbangga dengan sikap adik...
Dan PokCik juga berasa malu kepada adik kerana sikap dan cara sesetengah orang dewasa yang tidak tahu menilai apakah itu semangat patriotisme......
Assalammualikum....

Dari semalam tak tahu nak tulis entry apa?.....
Semuanya serba tidak kena....

So entry ini ditulis nak bagi tahu apa yang PokCik buat apabila dah tak tahu nak tulis apa....
Balik sekolah semlam PokCIk tidur lepas jumaat....
Lepas tu layan semua cerita di astro.....
Lepas tu belek-belek assignment UPSI...ingat nak buat.....tapi tak jadi...mood tak ada.....

Then belek-belek facebook and berita-berita internet...ada la beberapa cerita yang menarik perhatian..tapi malas nak komen apa-apa....semua nya berlandaskan politik....
nak cerita lahad datu pulak tak ada info menarik sangat...senyap sahaja....perkembangan baru sikit-skit sahaja....

Lepas maghrib PokCIk bukak-bukak la blog sekolah.....
Adjust sikit-sikit......lepas tu adjust pulak blog  makmal komputer PokCik yang baru dibuat.....
letak asas penggunaan ms excel 2010....
sedar-sedar dah pukul 1.30am......

This morning PokCik tak tahu nak buat apa....
kepala blur sahaja.....
Malas nak fikir hal kerja yang berlambak......
lepas satu-satu datang kerja.....ingat senang ke nak jadi cikgu...waktu cuti pun terfikir hal kerja tau....
nak pikir program-program yang nak dirancang...tu belum bila dah jalan nanti.....biar lah dulu....

Dalam jam 9.00 bos andaman ajak pasang Pelamin......
terus siap-siap, dalam jam 10am bos sampai ( bos kena amik sebab tayar spare part lum sampai)....
gedebap gedebup dalam jam 2 lebih baru siap pasang pelamin.....
Masak la pengantin esok ni......panas sangat......ada kipas pun tak guna...bahangnya tal lepas keluar....masak la esok pengantin......
bukan mudah beb nak pasang pelamin...pelamin 3 panel lagi tu.....tinggi melangit punya...nanti malam PokCik update pelamin tu....

Dalam jam 2 lebih bos hantar balik umah semula.....
sampai-sampai aje pokcik terus lepak depan TV layan cerita hindustan...Sarkar....
dah habis cerita tu bini Pokcik minta mandikan iman......
iman nak ikut penjaganya pergi ke keramat.....
Entry Hari Sabtu Jumaat dan Sabtulepas mandi poKcik bukak la blog ini dan inilah hasil entry untuk petang ini.....

Dalam kepala ini masih terpikir program-program sekolah......
semak dah kepala ini.....
semak sangat dah...tak ada benda lain yang terpikir ke selain sekolah?.




Assalammualaikum.....

ini Entri awal pagi jumaat ini sebelum tidur....
Penat betul hari ini.....
Malang tidak berbau.....
dah lah tayar depan motor kena Curi.....tunggu spare part tak sampai-sampai...dah dua hari dah ni...
Masa nak pergi ganti tuisyen membe pulak dugaan datang lagi....
Tayar kereta pulak bocor....
dah nak meletup hati ini...tapi sabor ajer.....
nak pinjam kenderaan siapa ni?....
dah la tinggal 20 minit nak mula kelas...budak tahun 3 4 dan 5 pulak tu....
So PokCIk jalan kaki ke sekolah sejauh 1 KM....  Pergh penatnya Allah sahaja yang tahu.....  PokCik hanya amik masa 25 minit sahaja nak sampai ke sekolah...  Bayangkan berapa laju PokCIk berjalan...nasib baiklah PokCik pernah ada pengalaman didalam acara jarak jauh ni....  Demi tanggungjawab yang diamanahkan oleh Rakan PokCIk pokcik redahkan juga.....  Nak Tidur ini pun kaki dah Letih....rasa macam lenguh-lenguh..al maklum la dah lama tak berjalan kaki sejauh ini.....  What ever tanggungjawab haruslah dilaksanakan juga....  sakit perit harus diredah juga.....  Sesungguhnya tiada siapa paham akan erti tanggungjawab seorang cikgu......  Yang paling penting bagi PokCIk tanggungjawab harus dipikul....  segala onak duri harus diredah tanpa sesalan....kerana ia adalah tanggungjawab PokCik...Tak boleh jadi ni...
So PokCIk jalan kaki ke sekolah sejauh 1 KM....
Pergh penatnya Allah sahaja yang tahu.....
PokCik hanya amik masa 25 minit sahaja nak sampai ke sekolah...
Bayangkan berapa laju PokCIk berjalan...nasib baiklah PokCik pernah ada pengalaman didalam acara jarak jauh ni....
Demi tanggungjawab yang diamanahkan oleh Rakan PokCIk pokcik redahkan juga.....
Nak Tidur ini pun kaki dah Letih....rasa macam lenguh-lenguh..al maklum la dah lama tak berjalan kaki sejauh ini.....
What ever tanggungjawab haruslah dilaksanakan juga....
sakit perit harus diredah juga.....
Sesungguhnya tiada siapa paham akan erti tanggungjawab seorang cikgu......
Yang paling penting bagi PokCIk tanggungjawab harus dipikul....
segala onak duri harus diredah tanpa sesalan....kerana ia adalah tanggungjawab PokCik...