Assalammualaikum......

PokCik tak senang duduk hari ini.....
Buat semua kerja tak jadi.....
Risau kan budak-budak bola PokCIk.....
Entah kenap budak-budak ini meletop pulak tahun ini...
Jangkaan PokCik meleset sekali pada kemampuan budak-budak ini....

mana tidaknya masa latihan memang teruk cara game mereka.....
masa perlawanan persahabatan kalah sampai 3-0.....lansung tak dapat menyerang.....
masa bertahan lansung tak betul......pergh.....marah betul PokCIk.....
Sampai PoKCik  cakap dengan budak-budak bola ini mereka just sertai untuk tournament ini hanya untuk suka-suka.....comfrim kalah punya.....sebab memang game mereka teruk tahap maksimum.....

Keajaiban siapa yang tahu...
Masa game sebenar mereka boleh pulak main.....
tak la bagus mana pun....tapi nampak la jugak cara permainan bola tu.....

Game pertama lawan sekolah Tamil yang memang teruk permainan mereka....
sekolah PokCik menang 3-0....
Dalam game ini memang mereka boleh main tapi teruk jugak la....
Sepatutnya mereka boleh menang besar lagi...tapi mereka tak boleh buat...
banyak peluang disia siakan....
Sekolah Tamil ini lansung tidak boleh masuk ke dalam kawasan sekolah PokCik.....
PokCIk begang betul.....habis main PokCik brain wash la mereka walaupun mereka menang.....
habis mengamuk dengan budak-budak ini, pakar psikologi pokcIk pulak cool kan balik mereka.....
terang dengan cara yang baik apa yang PokCIk cakapkan tadi.....

Game kedua yang paling PokCik tak sangka..
sekolah ini memang ke atas tuan rumah....1-0....
walaupun mereka menyerang habis-habisan namun budak-budak dapat bermain dengan baik...
clear ball....kemudian buat counter attack dari sayap...
hasilnya dapat satu gol dari pemain PokCik yang gemuk.....
Gol hasil dari tendangan plessing yang cantik masuk betul-betul penjuru atas gol....
Selesai perlawanan dalam kumpulan untuk hari isnin....

Hari ini 26/2/2013...
Budak-budak pergi tanap kelibat PokCIk hari ini....
Sebabnya PokCik ada kerja yang kena selesaikan....dah tak dapa nak elak.....
lagi pun PokCIk nak beri peluang pada jurulatih baru budak-budak ini mengenal mereka dengan lebih dalam lagi.....
Rupanya apa pun tak dapat....sebabnya hati tak senang fikir kan budak-budak disana ...
Buat apa pun  tak senang hati.....buat apa pun tak jadi.....
tapi alhamdulilah budak-budak ini dapat bermain dengan baik walaupun tiada PokCik disisi....
jurulatih baru mereka mungkin dan serasi dengan mereka walaupun baru beberapa hari turun melatih mereka...
Mereka menang 1-0 keatas lawan terakhir mereka hari ini.....
Dengan kata putusnya Sekolah PokCIk adalah juara Kumpulan tanpa ada bolos lansung....
Walaupun mereka menang namun PokCik tetap Tegas dengan mereka dan mencari salah mereka juga....
Ini kerana PokCik adalah tekanan kepada mereka dan rakan pokCIk akan mengCOOLkan mereka semula....

Esok hari terakhir kami.....
Perlawanan suku akhir dengan siapa PokCIk tak tahu...
PokCik mengharapkan doa dari rakan-rakan semua...
Dan harapan PokCik budak-budak bola ini dapat bermain dengan baik dan menang perlawanan kalah mati ini...

Janji PokCik yang tidak diketahui oleh budak-budak ini adalah......
PokCik akan belanja mereka makan jika dapat pergi sampai ke peringkat akhir....
Biar mereka tahu akan hakikatnya PokCIk teramat bangga dengan mereka kerana mereka mempunyai semangat juang yang tinggi......
mereka boleh bermain walaupun tidak sebaik mana pun....
PokCik bangga dengan mereka kerana mereka tahu apa itu permainan bola sepak walaupun sekolah pokcik hanya ada padang bertar yang menjadi parking kereta guru-guru.....
Syabas anak-anak ku....
Cikgu cukup bangga dengan kamu biar pun kamu tahu cikgu hanya seorang yang suka marah-marah dan menekan kamu.....

PokCik tak bawak bola or kertas or buku untuk catatan kerana menyangka mereka tidak boleh bermain bersungguh-sungguh. Hanya kertas terbuang dan pen marker yang dah nak habis dakwat sahaja ada untuk merancang strategi.Namun semua terbukti bahawa cikgu salah tentang semangat kamu.....Cikgu minta maaf dan memang cikgu salah......


Sesi membebel dan memberi tekanan kepada budak-budak......what ever Cikgu amat berbangga dengan kamu semua....

Dah baca artikel ini?....
bagi ibubapa or penjaga or mereka yang dah punya anak dan belum bersekolah or orang-orang muda...mai dengar apa yang poKCik nak cakap.....

Amboi senang betul petikan ini dikeluarkan.....
Dah tanya ke semua guru-guru?....dah buat penyelidikan menyeluruh ke?....
memang benar tidak ada beban pada guru-guru yang memang komitmen pada bidang sukan...macam PokCik.....PokCik boleh membahagikan masa antara sukan dan akademik....namun bagi mereka yang dipaksa bagaimana?.......dah guru tidak cekap didalam bidang sukan nak buat macam mana?.....nak ajar apa kalau tiada pengalaman....Ingat yer sukan memerlukan amali dari teori.....

Satu lagi kalau dah sekolah yang mementingkan akademik sahaja macam mana?.....
Bab Sukan setakat melepaskan batuk ditangga...latih budak tapi tak kemana?.....nak buat apa?....
Bab akademik memang banyak Program dan dana yang dibekalkan....masa boleh diambil bila-bila masa....
bab Sukan?.....kena pandai-pandai la....dana tak cukup....masa lagi la......
Fikir-fikirlah yer....

PokCIk malas nak ulas pekara ini banyak-banyak.....
bagi POkCIk sukan  dan akademik kena seimbang...
Cuma bab bebanan tugas itu PokCik tak setuju.....
Kami guru-guru seMalaysia memang dah dibebankan dengan pelbagai masalah...tambah lagi dengan bebanan sampingan...sehingga ada antara kami yang stayback disekolah.....
Namun mereka-mereka ini tidak pernah mengeluh...orang kutuk kamu diamkan ajer....
Pastu keluarkan pulak tajuk artikel seperti ini?.....pergh........

Satu lagi....
Persoalan ini harus dijawab oleh seluruh rakyat Malaysia?.....
Berapa ramai ibubapa/penjaga faham akan kepentingan sukan?....
Adakah ibubapa/penjaga faham akan adanya murid yang hebat didalam bidang sukan tapi tidak dibidang akademik.....
Jangan samakan dengan atlet-atlet yang dibimbing oleh majlis sukan yer...mereka lain....

Walau apa pun, PokCik percaya guru-guru semua mahu yang terbaik untuk anak-anak murid mereka.....
Mereka sanggup korbankan apa sahaja demi kecemerlangan anak bangsa mereka....
Fikir-fikirlah sebelum keluarkan kenyataan yer....
Minta maaf pada yang terasa....





Keratan ini Pokcik terpampang didalam facebook...
PokCik tertarik dengan persoalan ini kerana PokCik pun kena menjalankan sistem PLBS ini...
Yang bezanya hanyalah pokCik buat untuk sekolah rendah....
inilah yang dikatakan pembangunan didalam sistem pendidikan...
Setiap yang dilakukan comfrimlah ada cacat celanya mula-mula....
macam-macam masalah dan kelemahan yang wujud.....
Selepas itu semua itu akan dibincangkan dan diatasi dengan cara yang terbaik tanpa menganggu apa yang telah dirancang...
Contohnya masalah yang dapat dilihat seperti artikel diatas.....
memang benar apa yang dikatakan...
Namun pihka sekolah tentu akan mencari penyelesaian kepada masalah ini dalam masa yang terdekat...
Pihak sekolah dan guru-guru bukan "peerak" sangat....
mereka tahu apa yang terjadi...so kena sabar sikit la.....
Yang paling penting adalah....apabila ditanya persoalan ini, yang mana kami pun tak tahu resolusion ini maka kami akan jawab juga dengan alasan dah memang arahan dari pihak atasan...dan kami tidak dimaklumkan bagaimana nak menjawab segala persoalan yang timbul kerna kami tidak debenarkan menjwab berdasarkan pendapat kami...itu adalah salah....yang betulnya tunggu sahaja lah jawapan dari pihak atasan kami....

Sebenarnya sistem PLBS ini baik....
Ini adalah salah satu sistem menilai murid dizaman moden...so kena terima pembaharuan la...
Lagipun PLBS ini adalah bebanan guru yang paling berat...
banyak kerja kena buat....Selepas proses pengajaran kena buat pulak sesi latihan yang melibatkan PLBS punya sistem...kemudian kena mark...kalau tak lepas band kena ulang semula bagi murid yang tak lepas band...buat sampai lepas...Kemudia kena masukkan dalam fail bukti-bukti seperti lembaran kerja murid, isi borang individu, isi borang murid, isi borang guru...dan macam-macam borang lagi...Last sekali kena masukkan data dan markah murid ke dalam sistem PLBS ini (SISTEM PLBS lembab gila)...cukup bulan kena print...Lepas itu kena  masukkan kedalam fail....Sikit punya banyak kena buat....
Jangan ingat sistem PLBS ini mudah yer....Sistem ini memerlukan kepantasan guru dalam membuat kerja dan menilai murid....cuba baca entry Ingat Senang ke nak jadi Cikgu....

Relax la....
sistem ini baru lagi....lama-lama ok lah nanti.....


Benar atau tidak tentang fakta ini adalah bergantung kepada anda yang membacanya sekarang...
menjadi kewajiban PokCIk untuk berkongsi tentang hakikat ini....
Dariapa yang yan PokCik perhatikan dengan akal dan fikiran yang tenang semua ini adalah
Terang lagi bersuluh......

Bacalah Sampai habis dan anda akan faham.....

Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com/.

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.
Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.

“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.

“Tak, mereka ini  lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.
Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.
Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.
Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.
Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…
“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…
“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…
Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.
Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini. 
Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..
Decree For Malaysia
“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba  Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.
Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.
Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.
Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai  ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-
1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang  menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim  dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.
Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
6 Disember 2012 jam 1.15 pagi

Bangkitlah....
Sedarlah......
Wahai semua umat seagama denganku....
Sesungguhnya Hanya kita yang mampu menjaga kedaulatan agama kita....



Wanita Cantik Selalu Curang

HORMON ESTRADIOL JADIKAN MEREKA SENTIASA KURANG PUAS HATI DGN KEKASIH YANG ADA

Bagi mereka yg mempunyai banyak estradiol, satu bentuk estrogen, selalunya lebih menarik dari segi fizikal dan mudah memerangkap lelaki. Mereka juga kurang berpuas hati dengan kekasih yg ada. Dengan itu wanita yg sedemikian sering berlaku curang, menurut hasil kaji selidik yg disiarkan dlm jurnal Royal Society.

Hormon steroid ovari itu juga dikaitkan dengan muka bersimetri, payudara besar dan nisbah ukuran pinggang ke paha yg rendah. Penyelidik juga mendapati bahawa wanita cantik berkemungkinan besar mengambil kesempatan terhadap keseksian mereka utk memerangkap lelaki terbaik.

Dr. Kristina Durante berkata: "Wanita yg secara fizikalnya cantik bukan setakat mempunyai banyak pilihan, malah juga standard tinggi yg sukar dipuaskan. Mereka juga mempunyai alasan yg sedikit utk komited kpd teman yg khusus jika ada lelaki berpotensi yg lebih berkualiti."

Dalam kajiannya, Kristina dari Universiti Texas, AS, mengukur paras estradiol di kalangan 52 pelajar wanita..... Analisis yg dilakukan menunjukkan wanita paling cantik menikmati kepuasan paling kurang. Bagaimanapun mereka akan memilih utk menjalin hubungan jangka panjang daripada mengadakan hubungan singkat dengan beberapa lelaki.

Orang putih memang suka lakukan kajian yang pelik-pelik.....
PokCik pun tak terpikir mereka boleh buat kajian sebegini....
macam-macam la mereka ini....
Walauapa sekali pun janganlah terima bulat-bulat fakata yang mereka kemukakan...takut-takut lain jadinya nanti....
Pokok pangkal hati kita sebagai manusia....
Setiap yang berlaku ada hikmahnya...
Fikir-fikirkan lah....

CERITA PANAS
Boleh Bantu saya dalam Pertandingan membuat Laman/Portal?
Budak sekolah Rendah Belajar jadi pailang Ingat Senang nak jaga budak ker?
Cakap senang la..mai cuba dulu...
Nampak tak perubahan yang ada diblog PokCik ini tak?....
Dah ada kotak-kotak iklan nuffnang....
Saje jer PokCik nak mencuba belajar mencari duit dengan cara menjadi ejen Nuffnang....
Kira jadi ahli la......
Ini bukan kali pertama PokCIk letak iklan macam ini....
Sebelum ini PokCik pernah gak letak di Blog Photography PokCIk Kamera Jamil...
Tak banyak pun income nya......
dah 2 tahun buat hanya dapat banyak ni ajer:

tapi PokCik tak pernah mengalah...kerana memang sifat PokCIk belajar dari kegagalan.....
Banyak benda yang pokCik tak paham tentang Nuffnang ini.....
Tapi pokCIk akan belajar perlahan-lahan......Buat mana yang mampu....

Kalau ada Tips-tips yang berguna boleh la ajarkan POkCik......
maklum la PokCik agak lembab dalam bab-bab macam ini....

Kenapa Nuffnang?......
Sebenarnya PokCik tak kisah pun income dari Nuffnang ini.....
Al maklum la PokCIk kan dah kerja...Cukuplah untuk tanggung anak bini PokCik....
tapi pOkcik nak Buktikan bahawa Iklan-iklan Nuffnang ini memang boleh menjana Duit bagi anak-anak didik PokCik yang serius dalam dunia berblog.....

Walaupun anak didik PokCik duduk di bandar besar namun pemikiran mereka tidak mengikuti perkembangan terkini walaupun mereka selalu didedahkan dengan Teknologi-teknologi terkini....
Yang mereka tahu Dunia Teknologi ini hanya Game Online dan Facebook...itu ajer....malahan ada diantara mereka yang mencari dan menonton cerita-cerita lucah........(Ini hakikat yer.....).
So menjadi tanggungjawab PokCik mendidik dan mendedahkan mereka dengan dunia maya yang sebenar.....

Ini adalah Projek khas PokCik untuk budak-budak disini....
So Kena buat bukti baru budak-budak boleh nak ikut...kalau tak ada bukti jawapannya memang macam melepaskan batuk ditangga la....Belajar cari duit dengan Nuffnag memang cara mudah....namun memerlukan kerajinan....

So sesiapa yang mempunyai Tips-tips bolehlah berkongsi dengan PokCik ini.....