Assalammualikum....

Exam dah Mula hari ini.....
PokCIk agak relax kejap....
Just budak-budak PBS ajer yang tak ada exam.....
Esok kena pergi ke IPIK (Institut Perguruan Ilmu Khas ) sebab dijemput menjadi Photographer untuk pertandingan Corel Speaking peringkat JPWPKL......3 kelas PBS terpaksa ditinggalkan...(Sesekali Mengular macam ini boleh gak releasekan tension)

Budak-budak PokCIk entah boleh jawab ke tidak?
Paper dah ada atas meja tadi....tapi PokCIk malas nak tengok-tengok......Takut.....
Esok-esok lah tanda......Risau jugak.....
Al maklum la budak-budak yang PokCIk didik ini dari kelas belakang....

Free-free hari ini mengadap program Frog.....buat buku log baru....layan sub kerja ict....masuk kan gambar dalam web picasa....update post di blog sekolah ( kalau rajin mai terjah dan follow http://skpetaling1.blogspot.com)....
Kalau bosan pergi kantin minum-minum dulu...then masuk balik makmal ICT pokCIk.....
tengah hari pun begitu.....banyak oooo kena pikir dan nak buat...Ingat Jadi Cikgu Senang ker?....

Balik dalam jam 3.45pm...Standard la PokCik hari-hari balik lambat.....mana boleh balik cepat....
dah masa menganjar sampai 28 waktu....tu tak termasuk kelas ganti untuk geng-geng yang tidak hadir......tak apa dah tanggungjawab.....

First Exam This Year...Balik pulak singgah pergi kedai motor cari rim dan tayar motor pokCIk yang kena tibai minggu lalu....entrynya disini  ( bukan salah pencuri )..
RM 310 untuk 1 set rim standard Yamah Ego, tayar depan 1, disk break , batang sub dan skru-skrunya la....Kira murah la.....dah servuy,tempat lain semua nak RM350 sampai RM450.....
Esok seorang Parent sudi memasangkannya untuk PokCIk.....Alhamdulilah....
satel membeli lepak kedai mamak dengan my wife tercinta.....sambil tunggu hujan berhenti....saja lepak-lepak macam muda-muda dulu.....

Dalam jam 5 sampai rumah...PokCIk terus boommmm tidor...megantuk beb.....
sebelum maghrib anak PokCIk kejutkan......aik baru 1 tahun 8 bulan dan pandai kejut abahnya....
dalam mamai kepala ini sempat terpikir...CEPATNYA ANAK ABAH INI BESAR YER.....
whatever inilah first EXAM for this Year.....

"Tajuk Orang Putih, Entrynya Melayu...hahahahahah"

Kesalahan Kita Didalam Mendidik
PokCIk teramat bersetuju dengan apa yang ditulis ini....
Dan PokCIk selalu Berpegang kepada setiap apa yang dinyatakan ini...
Namun perlulah diolah dan dimanipulasikan mengikut situasi dan keadaan sekitar...
Contony yang nombor 1 tu....

Maki hamun....PokCIk ada juga gunakan cara ini apabila marah budak..PokCIk selalu menggunakan laras bahasa dan tone nasi mengikut persekitaran kehidupan kanak-kanak ini..Seperti budak yang tegar, hati keras, dan nampak manja serta tidak boleh menerima teguran.....

Caranya adalah memberi penekanan kepada kesalahan yang selalu diulangi oleh mereka....namun diakhir sekali HARUSLAH dipulihkan semula dengan apa yang dah kita lakukan hari itu juga, jangan tunggu lama untuk pulihkan kanak-kanak ini...Ini dinamakan tekanan Psikologi keras secara berhemah.....Kemudian harus rapat dengan budak ini sehingga dia tahu perbuatan dia salah ( Sesetengah Kanak-kanak tidak boleh menerima teguran dan menganggap dirinya sahaja yang betul)....

Peringatan : Cara ini dilarang digunakan oleh ibubapa/penjaga kerana ia memang tidak sesuai untuk anda....Biarlah cikgu-cikgu yang biasa dengan Psikologi kanak-kanak yang melakukan...

Pekara 2 hingga 5 memang amalan PokCIk dengan budak-budak ini....
Sebab tu budak- budak masih suka apabila PokCik ngajar mereka walaupun mereka tahu PokCIk memang garang tahap GABAN punya.......Mereka paham akan pantang larang PokCIk......
Yang budak-budak tahun 1 masih dalam pembikinan lagi.....biasanya mengambil masa 6 bulan untuk PokCIk dan mereka saling paham memahami......

Yang paling penting:......JIKA DAH JANJI HARUS/WAJIB TUNAIKAN budak-budak ini lain tau perangainya.....

Kalau sekolah menengah PokCIk memang tak tahu....
Sesiapa ada pengalaman bolehlah share-share disini...
PokCik tak tahu adakah ini satu cerita yang benar atau tidak?....
Kerana sumber yang diperolehi maklumat ini tidak dapat dipastikan....
Lahad datu terkiniLagipun anggota yang tercedera atau pun mana-mana pihak yang terlibat dalam kes Lahad datu ini tidak diceritakan sendiri oleh beliau.....

Tidak kiralah benar atau tidak kisah ini bukan tajuk cerita.....
Yang penting kita tahu risiko dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Para Pahlawan kita didalam menjaga kedaulatan negara kita dari pihak musuh yang sememangnya kejam.....
Cukup lah kita melihat sendiri dengan apa yang berlaku...
Negara kita ajak berunding secara baik mereka menyerang kita dengan kejam dan tanpa belas kasihan....
Mereka tambah angkuh dengan menipu dan membunuh Para pahlawan kita dengan cara yang PALING KEJI seperti PENGECUT.....

Wahai SULTAN SULU Yang tidak diiktiraf...WAHAI Pengikut SULTAN Sulu yang hebat-hebat belaka...Sekarang baru engkau tahu tinggi rendah langit tu.....Try lah datang lagi ke sini.....Kita tengok apa lagi Pahlawan kami boleh buat......

Kita ikuti kisah yang PokCik perolehi dari Facebook ini.....

Wahai Pahlawan Negara Malaysia.....Sekarang masanya untuk anda tunjuk siapa lebih berkuasa?....Sekarang masanya untuk kita buktikan sabar kita ada hadnya...Hutang Darah Di bayar Darah...Janganlah sia-siakan pengorbanan mereka yang tumbang demi agama,bangsa dan negara.....

Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
 

Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb .
Assalammualaikum.....

Hari isnin yang memenatkan....
kelas direct secara terus.....4 jam.....
DST tahun 1 dan 3 ,MORAL,dan BM tahun 4....
nasib ada makmal komputer...boleh jugak guna...
Tapi kesian Pulak dekat budak kelas tahun 1...tak dapat guna....sebabnya tidak memahami arahan yang diberi....
So kena la belajar di dewan terbuka...janji mesti ditepati...tidak ikut arahan tidak dapat belajar yang menyeronokkan...disiplin is First....
kecik-kecik dah derhaka

Berbalik pada Budak Kurang Ajar....
kisah ada 2 orang murid yang kurang ajar dengan ibu mereka.....
sebabnya tidak mahu ke Sekolah....
dah lah ibu mereka hantar ke sekolah...
kemudian budak 2 orang ini boleh mengamuk di depan pintu masuk ke sekolah tak mahu masuk sekolah....
Alasan si abang sebab ada orang buli dia...alasan di adik takut dengan PokCik sebab tak siap kerja sekolah yang diberikan semasa minggu lepas......
Rakan sekerja PokCIk yang nampak dan tarik 2 budak ini masuk ke dalam sekolah.....

Masalahnya bila ditarik masuk dan ibu mereka terpaksa lari ke pintu pagar.....
mereka ber 2 ini boleh maki hamun ibu mereka dengan kuat.....
bayangkan lah mereka boleh cakap bodah,babi, sakai dan macam-macam lagi pada ibu mereka sebab tinggalkan mereka di sekolah.....
Membe pokCIk yang sorang ini pun naik angin la....ditamparnya si adik sebab menjerit maki hamun ibu mereka walaupun ibu mereka dah tak kelihatan......
maka senyap lah...si abang dah ketakutan bila si adik dah kena tampar...senyap kedua-duanya.....

Semasa perhimpunan membe PokCIk cerita peristiwa yang berlaku ini.....
PokCIk dengar terbakar lah......
Dah lah si abang budak bola PokCIk...si adik pulak PokCik ajar BM dikelasnya....
hari-hari PokCIk pesan dan nasihat pada semua murid-murid supaya hormati ibu bapa, keluarga, sahabat dan orang lain.....
apatah lagi dengan budak bola dan  kelas yang pOKCik ajar lagilah poKCik selalu taksirah mereka tentang hakikat ini.......
PokCIk lansung tidak boleh terima apa yang mereka berdua ini dah buat......
Boleh mereka berdua maki hamun ibu mereka didepan orang ramai.....
Perghhhhh...mendidih poKCik......
bagi PokCik bodoh dan pemalas adat resam budak....Pokok pangkal bagaimana kita mendidik mereka....
Tetapi kalau bab adap dengan ibu bapa jangan buat main dengan PokCIk...
memang PokCik tak boleh lansung......PokCik mesti bagi pengajaran sikit dengan mereka ini....

So waktu perhimpunan selepas rehat PokCIk panggil si abang.....
PokCik ceramah dia cukup-cukup.....
terang-terang PokCik cakap disini....
PokCIk maki dan hentam saikologi dia teruk-teruk......
sampai menangis dia tak henti-henti.....
PokCik tak pukul dan tak denda pun....
Teresak-esak dia....
Then PokCIk tanya kenapa dia buat macam tu......dia cakap sebab ada orang buli dia.....
sebab tu dia tak nak ke sekolah.....
So PokCIk janji akan sattelkan hal tu hari ini jugak.....
PokCik panggil semua yang terlibat......
Depan mata dia PokCik soal siasat apa yang berlaku.....
kata Putusnya adalah satu......
Ini bukan kes buli tapi kes tak puas hati.....
dia juga yang memulakan...suka kacau orang....yang dikacau nya budak tahun 6 pulak tu.....
lepas tu panggil geng-geng sekolah menengah pulak backup dia kononnya......
mana budak budak tahun 6 tu tak begang...
Nak dijadikan kes budak-budak tahun 6 ini  jumpa dan cakap elok-elok dengan dia....
dia pulak pusing cerita cakap pukul lah....sepak lah....
melalui saksi yang ada budak-budak tu tak buat pun.,......pokCIk dah angin dah.....ini menipu namanya.....
So PokCIk pun buat satu kata Putus ini bukan kes Buli tapi kes salah Paham....
kedua-duanya paham......
Lastly pokCIk saound tepat dekat si abang ini.....
"Kalau kau nak belajar lagi disekolah ini lebih baik kau ubah perangai kurang ajar kau.....kau minta ampun dan sembah kaki mak kau kalau kau nak bahagia didunia ini" "sekali lagi aku dengar kau kurang ajar dan melawan cakap mak kau memang aku bawak ko jumpa guru besar dan buang kau dari sekolah"....
So selesai satu kes.....

Turn kes si adik pulak....
masuk aje waktu poKCik ajar BM.......PokCik bagi kerja latih tubi kepada semua budak....
PokCIk panggil si adik dia pulak.......
Sampai habis kelas PokCik nasihat dia......
PokCik tanya kenapa dia tak siap Kerja.....dia diam.....
PokCIk tanya salah siapa dia tak siap kerja...dia cakap salah dia....
PokCik terus tembak dia.......kalau kerja sekolah tak siap dah memang salah dia...kenapa nak libatkan ibu dia....apa salah ibu dia pada dia......
Kenapa malukan ibiu dia depan orang lain amcam tu...kenapa derhaka pada ibu dia......
Biar kita lambat pandai tak apa......dah memang kita begitu......tapi kalau dah kurang ajar dan derhaka dengan ibunya itu melampau sangat.......
Meleleh air matanya.....sampai teresak-esak....
Yang ini Pun PokCik saound jika dia tak minta ampun dan sembah kaki mak dia minta ampun...PokCik nak rotan dia....menggigil dia......

Bodoh boleh diajar.......
kalau dah memang kita lembap sekalipun tak apa......janji jadi orang bila dah besar......
Tapi kalau dari kecik dah kurang jar macam ini dah besar bakal jadi hantulah.....
PokCik kecewa dengan sikap 2 beradik ini dan memang PokCIk luahkan pada mereka secara terang-terang...biar mereka bukak kepala mereka sikit tentang hukum DERHAKA dan apa itu DERHAKA......



Lahad Datu....
Satu Daerah Di Sabah.....
Satu Peristiwa yang tidak akan PokCIk dapat lupakan....
Satu ratetan cerita yang betul-betul PokCIk dengar dan lihat dan juga menilai sendiri.....
Satu cerita yang mencerita betapa peritnya Pengorbanan aggota Polis Malaysia....
Satu kisah betapa anggota tentera kita berjuang habis-habisan.....
Yang paling kagum......
Mereka mengadap musuh dengan peluru hidup.......
mereka mengadai nyawa demi kita.....
Mereka meninggalkan keluarga tercinta......

Namun.......
mereka menjadi bahan politik........
Ya Allah.....
Cukup-cukuplah.....
Tolonglah....jangan dijadikan isu dan bahan politik.....
Tolonglah hanya bercakap tentang pengorbanan mereka....bukan bercakap satu benda yang kita tidak tahu akan hakikatnya.......

saksikanlah betapa jahilnya pemimpin ini....
PokCIk duduk dalam kawasan Parlimen dia....
PokCIk lebih tahu siapa dia sebenarnya....
namun PokCik tidak mahu bercerita kerana ianya bukan hak PokCIk untuk menilai kerja orang lain yang PokCIk pun tidak paham.....
diam — dia lemah
lantang — nampak salah
mesra — dia gatal
pasif — dipijak-pijak
kahwin — bila beranak?
tak kahwin — pasti digelak .
berhijab —dikata kolot, jahat, menunjuk-nunjuk
tak tutup — lagilah heboh
setia — dimadu laki
curang — dicanang keji
terlalu cinta — dipermainkan
terlalu berjaga — dimarah-marahkan
menangis — rimas selalu
mata kering — dipanggil kepala batu
buat betul — pelbagai benda dipersoal
buat silap — sekampung berbual

tapi UNTUNG perempuan sebab setiap kali
dilemparkan kejian & hinaan,
SYURGA adalah tempatnya,
cukup hanya menjadi SOLEHAH kerana ALLAH,
patuh segala perintah Allah,
insyallah dirinya sebaris dgn para bidadari dan
mungkin lebih atas lagi,
dengan izin Allah di syurga kelak,
insyallah..