Soalan KRP3013 ( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah )- bab 1

Bab 1
Soalan KRP3013 ( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah )

1. Dalam sistem pendidikan kebangsaan, mata pelajaran teras ialah mata pelajaran yang menjadi asas utama pendidikan murid-murid di semua sekolah. Berikut adalah mata pelajaran Teras dalam KBSR kecuali,
A) Muzik
B) Matematik
C) Sains

D) Bahasa Melayu

 2.  Dalam bidang perkembangan diri individu. Mata pelajaran apakah yang tiada pada tahap satu?
A) Kemahiran Hidup
B) Pendidikan Seni Visual
C) Pendidikan Muzik
D) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

3.Mata pelajaran dalam KBSR dikelompokkan kepada 3 kelompok, iaitu mata pelajaran teras, wajib, dan tambahan. Manakah antara berikut ialah mata pelajaran teras di SK?
i.  Bahasa Arab
ii.  Bahasa Melayu
iii.  Matematik
iv  Bahasa Inggeris

A) I,ii,iii                 B) I, ii,iv                                C) I, iii, iv              D) ii, iii, iv

4.   Apakah tujuan mata pelajaran yang berkomponen kerohanian, nilai dan sikap?
A) Membina sikap, watak dan personaliti murid-murid
B) Memahami persekitaran dengan kesedaran dan tanggungjawab
C) Membangunkan sikap dan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk kehidupan
D) Mendedahkan pengetahuan dan kemahiran untuk murid-murid dapat hidup di tempat dan persekitarannya.

5.Berikut adalah tunjang-tunjang di dalam mata pelajaran teras dan elektif KSSR tahap 2.
i. Tunjang Komunikasi
ii. Tunjang Sains dan Teknologi
iii. Tunjang Kemanusiaan
iv. Tunjang Komunikasi Elektif

A) I, ii, iii               B) I, ii, iv               C) I, iii, iv              D) Semua di atas

6.  Mengikut UNESCO, penentuan sesuatu mata pelajaran berasaskan 4 tonggak utama berikut kecuali:
A) Belajar untuk mengetahui ( Learning to know)
B) Belajar untuk bertindak ( Learning to do)
C) Belajar untuk membentuk peribadi ( Learning to be)
D) Belajar untuk kerjaya ( Learning to Success)
(Tips : belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi )

7. Apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran teras?
A) Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid
B) Mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid
C) Mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan
D) Mata pelajaran yang tidak wajib dipelajari oleh semua murid.

8.  Apakah tujuan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi diperkenalkan dalam KSSR?
A)  Mengukuhkan kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul di kalangan murid
B) Menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan
C) Membolehkan murid menguasai kemahiran asas bahasa
D) Membina kefahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan dan memahami idea matematik yang mudah

9.  Dalam KSSR, klasifikasi bidang mata pelajaran di bawah tunjang perkembangan fizikal dan estetika. Antara lain adalah bagi perkembangan _________________.
A) Jasmani
B) Intelek
C) Sosial
D) Rohani

10. Manakah antara berikut benar berkaitan dengan klasifikasi modul elektif di tahap satu KSSR?
A) Tunjang kepada pembelajaran sekolah rendah
B) Kemahiran asas pembelajaran dapat dipertingkatkan
C) Sebagai mata pelajaran wajib dipelajari
D) Murid berpeluang belajar bahasa ibunda masing-masing

Latihan Seterusnya :

Klik sahaja setiap bab-bab yang ada :

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 3 tambahan
Bab 4

Soalan Latihan Ulangkaji KBK 3073

0 comments: