PERGERAKAN VOLUNTARI DAN KESTABILAN
- Pergerakan voluntari membawa makna lakuan motor berkemahiran yang merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Dengan kata lain pergerakan yang dilakukan dengan sengaja dan disedari.
- Kemahiran generik dan kemahiran menentukan matlamat penting dalam melakukan pergerakan voluntari.
- Terdapat dua kategori dalam pergerakan bayi iaitu kawalan kepala dan kawalan tubuh badan.
- Pergerakan voluntari bayi amat bergantung kepada kestabilan yang terdapat pada sendi. Hal ini demikian kerana bayi memerlukan otot untuk mengetat dan mengecutkan sendi-sendi yang berfungsi untuk menstabilkan badannya.
0 comments:
Post a Comment