Latihan QGJ3033 Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi

BAHAGIAN A (40 Markah)
Arahan: Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang tepat, dan tandakan jawapan dalam borang OMR

1.            Seawal tahun 1983, Kerajaan Malaysia telah menegaskan tentang kepentingan sukan dan rekreasi kepada semua golongan rakyat. Mesej ini diterjemahkan melalui perlaksanaan program _________________ yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan seluruh rakyat Malaysia dalam pelbagai program sukan dan rekreasi.

A.   Malaysia Cergas
B.    Sukan Untuk Semua
C.   Satu Murid Satu Sukan
D.   Sukan Berprestasi Tinggi 

2.            Sukan merupakan sebahagian dari elemen penting dalam hidup masyarakat moden hari ini. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai medium riadah malahan menjadi _________________

A.    ruang sosialisasi, pencegahan penyakit dan kejiranan.
B.    sumber pencegahan penyakit dan identiti masyarakat.
C.   identitI masyarakat, ruang sosialisasi dan pencegahan penyakit.
D.   simbol perpaduan, sumber ekonomi dan wadah keakraban keluarga.

3.            Amran ingin meningkatkan kecergasan fizikal serta mencegah pelbagai penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari. Kategori sukan manakah harus dijadikan pilihan supaya hasratnya tercapai?

A.    Sukan elit.
B.   Sukan massa.
C.   Sukan berkala.
D.    Sukan berperstasi tinggi.

4.            Kejohanan sukan sepanjang hayat masakini  merangkumi elemen–elemen seperti berikut kecuali

A.    hiburan.
B.   pameran.
C.   pendidikan.
D.   penyelidikan.

5.            En. Hazim merupakan seorang guru kaunseling. Sekiranya beliau  mahu pelajar sekolahnya menghindarkan diri dari gejala sosial dan menghadapi tekanan perasaan dengan baik, beliau perlu menasihatkan pelajar-pelajarnya menyertai __________________

A.   aktiviti sukan dan rekreasi.
B.    seminar pendidikan psikologi.
C.   aktiviti sukan berperstasi tinggi.
D.   kempen kesedaran gaya hidup sihat.

6.            Seni dan budaya merupakan salah satu medium riadah dan tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Malaysia kerana ___________________

A.    Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.
B.   meningkatkan perpaduan dan sosialisasi masyarakat.
C.   masyarakat Malaysia minat dengan aktiviti seni dan budaya.
D.   terdapat pelbagai warisan seni dan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia.

7.            Persatuan obesiti Malaysia sering menganjurkan pelbagai program gaya hidup sihat. Antara tujuan penganjuran program-program ini adalah _________________

A.    mengalakkan penglibatan orang ramai dalam aktiviti sukan dan rekreasi
B.    kempen kesedaran gaya hidup sihat dapat meningkatkan produktiviti negara.
C.   memberikan rawatan dan bantuan kewangan kepada orang-orang yang obes.
D.   memberi kesedaran terhadap kepentingan kecergasan berasaskan kesihatan.

8.            Hassan merupakan  seorang mahasiswa yang aktif, memiliki kemahiran kepimpinan yang unggul dan digemari oleh rakan-rakannya. Antara aktiviti yang berikut yang manakah mungkin membantu Hassan mencapai  kecemerlangan ini?

A.     Sukan elit.
B.   Aktiviti rekreasi luar.
C.   Sukan berperstasi tinggi.
D.   Aktiviti khidmat masyarakat.

9.            Antara berikut yang manakah bukan kategori sukan berprestasi tinggi?

A.   Keupayaan individu.
B.    Berfokuskan haiwan.
C.   Berfokuskan rekreasi.
D.   Berfokuskan koordinasi.

ada 6 kategori
1 berfokus fizikal, 2 berfokus minda , 3 sukan bermotor, 4 berfokus koordinasi, 5 berfokus haiwan , 6 berfokus rekreasi luar

10.         Berikut adalah bukti kukuh tentang amalan sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam kalangan masyarakat terdahulu, kecuali

A.   perak.
B.    gangsa.
C.   tembikar.
D.   ukiran batu.

11.         Fungsi seni dan kebudayaan dalam masyarakat Malaysia adalah seperti berikut, kecuali

A.    ritual
B.    identiti
C.   kesihatan
D.   keagamaan

12.         Konsep daya tahan otot merujuk kepada____________

A.    kemampuan otot untuk mengatasi beban yang dikenakan ke atasnya.
B.    kadar peratusan otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk struktur tubuh manusia.
C.   keupayaan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal dengan intensity yang berulang-ulang dalam jangka masa yang lama.
D.   kemampuan system otot dan sendi individu untuk bergerak dan melentur dengan efisyen dan mengurangkan risiko kecederaan.

13.  Berikut adalah beberapa matlamat aktiviti Outdoor Extreme Recreation (OER), kecuali


matlamat OER
1. ekspresi - gemar dilihat lain dari yang lain , 2. budaya - terkenal dengan budaya berkumpulan mendapat pengiktirafan dari rakan, 3. escapism - kehidupan moden himpit kehidupan masyarakat aktiviti OER jadi medium escapism  dilaksanakan di kawasan semulajadi yang jauh dari arus pembangunan ,4. ekonomi - dapat tajaan dari syarikat jika mahir OER , 5. kecergasan - amat mementingkan penampilan

A.    ekspresi.
B.    ekonomi.
C.   apresiasi.
D.   escapism.

14.   Berikut adalah elemen utama dalam pengurusan aktiviti kesenggangan dan rekreasi, kecuali



ada 5 elemen utama
sumber, konseptual, teknikal, cabaran/isu, komunikasi

A.   taktikal.x
B.    sumber.
C.   teknikal.
D.   konseptual.

15.         Matlamat masyarakat bersukan didorong oleh pelbagai sebab. Antara berikut yang manakah BUKAN antara sebabnya?

A.   Kesamarataan
B.    Simbol perpaduan√
C.   Medium pendidikan √
D.   Meningkatkan kecergasan√

16.  Sukan berfokuskan minda dan sukan berfokuskan koordinasi merupakan sebahagian daripada _________________

A.    sukan massa.
B.   sukan berprestasi tinggi.
C.   sukan berprestasi terbilang.
D.   sukan orang kelainan upaya.


Kesenggangan boleh didefinisikan sebagai masa lapang individu yang bebas dari tugasan seharian mahu pun keperluan fisiologi seperti tidur dan makan (O'Connell & Cuthbertson, 2009).
tujuh tema yang menjadi motif utama aktiviti manusia sewaktu senggang iaitu: (1) aktiviti pemuliharaan diri, (2) aktiviti kecergasan fizikal, (3) berehat, (4) sosialisasi, (5) aktiviti tumbesaran, (6) khidmat masyarakat, dan (7) refleksi kendiri

17.         Bammel & Bammel (1996) mengutarakan tentang _____________________
A.    Spektrum Kesihatan Individu.
B.    Spektrum Kecergasan Individu.
C.   Spektrum Pembelajaran Individu.
D.   Spektrum Kesenggangan Individu.




“Suatu aktiviti rekreasi yang dilaksanakan khusus untuk keseronokan, bersosial, mengisi masa senggang mahupun meningkatkan kecergasan fizikal”.

 18.         Pernyataan di atas menjelaskan tentang ___________________

A.    sukan.
B.    rekreasi.
C.   permainan.
D.   kesukanan.



19.         Melahirkan golongan masyarakat yang sihat dan cergas”. Pernyataan ini adalah  merujuk kepada _______________________

A.    Dasar 1Murid 1 Sukan.
B.    Dasar Kesihatan Negara.
C.   Faedah Gaya Hidup Sihat.
D.   Faedah penguasaan tahap kecergasan. m/s 61

faedah penguasaan tahap kecergasan untuk kesihatan:
Dapat menghindari penyakit sedentari
• Dapat meningkatkan tahap produktiviti individu dan negara
• Dapat mengurangkan kos rawatan kesihatan
• Dapat melahirkan golongan masyarakat yang sihat dan cergas
• Dapat mewujudkan budaya hidup sihat

20.         Komponen kecergasan imbangan bermaksud ________________

A.    keupayaan untuk memindahkan tenaga menjadi daya secara eksplosif dan berkesan.
B.    keupayaan untuk melakukan pergerakan badan atau anggota dengan pantas dan tepat.
C.   Keupayaan untuk melakukan sesuatu pergerakan fizikal dalam jangka masa yang singkat.
D.   keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badannya dengan teguh dan mantap sama ada secara statik mahu pun dinamik.

21.     Bull, Shambrook, James dan Brooks (2005) mendapati bahawa majoriti atlit ternama dunia memiliki kekuatan dan kestabilan mental. Kenyataan Bull dan rakan-rakan merujuk kepada bidang?

A.    Sosiologi
B.   Psikologi
C.   Kinesiologi
D.   Fisiologi

22.  Sukan masakini terbahagi kepada beberapa kategori dan antaranya sukan berfokuskan minda. Antara yang berikut yang manakah permainan yang melibatkan sukan berfokuskan minda?

A.    Golf
B.   Dam haji
C.   Ping pong

D.   Memanah

23.   Motif utama keterlibatan generasi masakini dalam aktiviti outdoor extreme recreation adalah sebagai medium ekspresi. Tujuannya adalah untuk __________________

A.    Menjana sumber ekonomi.
B.   Mempamerkan diri mereka yang unik.
C.   Mendapat pengiktirafan dalam sub kelompok remaja yang tertentu.
D.   Dilaksanakan di kawasan semula jadi yang jauh dari arus pembangunan.


24           Berdasarkan Rajah 1, pilih aktiviti yang berasaskan darat dalam outdoor extreme recreation.

A.    Jet ski.
B.    Luncur air.
C.   Paramotor.
D.   Inline Skate.

25.            Antara berikut yang manakah tergolong dalam tema yang menjadi aktiviti manusia sewaktu senggang?

                                  I.    Berehat
                                II.    Kesihatan
                               III.    Sosialisasi
                              IV.    Kecergasan fizikal

A.    I, II dan III sahaja.
B.    I, II dan IV sahaja.
C.   II, III dan IV sahaja.
D.   Semua di atas.




26.            Keterlibatan aktif dalam aktiviti rekreasi luar dapat memberikan faedah-faedah berikut..

                                  I.    melahirkan individu yang cintakan Negara.
                                II.    meningkatkan kecergasan fizikal, mental dan sosial.
                               III.    mewujudkan semangat cintakan kelestrian alam sekitar.
                              IV.    melahirkan golongan masyarakat yang tahan lasak dan cergas.

A.    I, II dan III sahaja.
B.    I, II dan IV sahaja.
C.   II, III dan IV sahaja
D.   Semua di atas.

27.             Antara berikut yang manakah sukan yang berfokuskan koordinasi?

                                  I.    Memanah
                                II.    Petanque
                               III.    Menembak
                              IV.    Lawan pedang

A.    I, II dan III sahaja.
B.    I, II dan IV sahaja.
C.   II, III dan IV sahaja
D.   Semua di atas.

28.            Di antara berikut yang manakah cabang sukan yang betul
            I.    Sukan berprestasi tinggi
 II.    Sukan rakyat
                               III.    Sukan massa
     IV.    Sukan tradisional

A.    I dan II sahaja.
B.   I dan III sahaja.
C.   II dan III sahaja.
D.   III dan IV sahaja.

29.            Secara umumnya, sukan merujuk kepada beberapa aspek yang melibatkan beberapa elemen seperti

                                  I.    Kesinambungan
                                II.    Keterlibatan penonton
                               III.    Pembentukan budaya ikon
                              IV.    Pengurusan yang sistematik

A.    I dan II sahaja.
B.    I, II dan III sahaja.
C.   I, II dan IV sahaja.
D.   Semua di atas.

30.            Mengikut David (2003), salah satu matlamat utama sukan ialah sebagai medium  pemantapan psikomotor. Manakah   berikut yang menerangkan tentang matlamat dari aspek pemantapan psikomotor tersebut.

A.    Sukan dapat membina rasa bangga rakyat terhadap negara.
B.   Membolehkan individu bertindak balas dengan pantas dan tepat.
C.   Dapat membentuk imej positif dan mendoktrinkan amalan seharian masyarakat yang sihat.
D.   Dapat menentukan pemenang terbaik dari semua pasukan yang bertanding dan menekankan aspek latihan yang sistematik.

31.            Aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi moden diamalkan melalui pelbagai medium sama ada secara kelompok atau individu. Pada pandangan anda, bagaimanakah aktiviti sukan diamalkan pada  zaman kuno?

A.    Diamalkan secara individu
B.    Diamalkan secara berdua-dua dan bertiga-tiga
C.   Diamalkan secara berkelompok kerana mempunyai masa lapang 
D.   Diamalkan secara berkelompok kerana kesibukan dan ketidakseragaman sukan

32.            Yang manakah bukan motif utama aktiviti manusia sewaktu senggang mengikut teori Spektrum Kesenggangan Individu oleh  Bammel dan Bammel (1996).


tujuh tema yang menjadi motif utama aktiviti manusia sewaktu senggang iaitu: (1) aktiviti pemuliharaan diri, (2) aktiviti kecergasan fizikal, (3) berehat, (4) sosialisasi, (5) aktiviti tumbesaran, (6) khidmat masyarakat, dan (7) refleksi kendiri

A.    Berehat
B.    Aktiviti Tumbesaran
C.   Khidmat Masyarakat
D.   Ganjaran dan Kepuasan Individu

33.            Secara umumnya, aktiviti seni dan kebudayaan di Malaysia terbahagi kepada empat kategori utama iaitu seni suara, seni gerak, seni rupa dan ____________________. M/s 47
.
A.    seni khat.
B.    seni tari.
C.   seni budaya.
D.   permainan tradisional.

34.         Manaf  merupakan seorang atlit dalam sukan yang digelar ‘the mother of all sports‘ . Kelebihan sukan ini dapat mengurangkan Manaf daripada risiko mendapat kecederaan. Apakah sukan yang diwakili oleh Manaf serta komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan yang berkaitan dengan sukan tersebut.

A.   Gimnastik dan Fleksibiliti
B.    Bola Sepak dan Fleksibiliti
C.   Gimnastik  dan Daya Tahan Otot
D.   Bola Sepak dan Daya Tahan Kardiovaskular

35.         Semasa Amir dan rakan-rakannya menyertai Perkhemahan Perdana Peringkat Sekolah, mereka dikehendaki melakukan  aktiviti seperti kawad kaki, tatacara berkomunikasi  dan sembahyang berjemaah. Apakah matlamat sebenar guru menetapkan aktiviti  tersebut dalam Perkhemahan Perdana Peringkat Sekolah itu.

A.    Medium sosialisasi
B.    Membina keyakinan diri
C.   Menerapkan pelbagai nilai murni
D.   Menyokong proses pembelajaran akademik

36.         “Untuk mendapat pungutan emas yang banyak dalam acara yang dipertandingkan pada peringkat MSSM, kita sepatutnya mula menumpukan sukan seperti memanah, lawn bowl, petanque dan bowling “ kata Pengarah Pendidikan Perak kepada semua pengetua. Ini menunjukkan semua contoh sukan tersebut di sekolah merujuk kepada kategori _____________________.

A.    Sukan berfokuskan minda - catur, scrabble, dam haji
B.    Sukan berfokuskan fizikal - bola sepak, bola jaring, bola baling, olahraga dan ragbi
C.   Sukan berfokuskan koordinasi - memanah, lawn bowl, petanque, lawan pedang &menembak
D.   Sukan berfokuskan minat dan kos





37.         Terdapat tiga kategori penggiat dalam aktiviti Outdoor Extreme Recreation (OER)
aitu atlit profesional, penggiat amatur dan ____________________ .
A.    pengulas
B.    penonton
C.   penonton tegar
D.   pengurus dan pentadbir

38.         Pilih empat elemen aktiviti promosi yang berkesan  mengikut pandangan Mohd. Salleh (2006) dalam  teori Promosi Aktiviti Kesenggangan dan Rekerasi.

                                  I.    Manusia
                                II.    Peneguhan
                               III.    Aktiviti
                              IV.    Media
                                V.    Kuasa
                              VI.    Sukan popular

A.   I, II, III dan IV sahaja. ( m/s 113 dan 114)
B.    I, II, III dan V sahaja.
C.   I, III, IV dan VI sahaja.
D.   II, III, IV dan VI sahaja.

39.         Kercergasan berlandaskan _________________ merupakan elemen-elemen kecergasan yang diperlukan oleh individu untuk meningkatkan tahap ________________ dan menghindari penyakit hipokinetik seperti obesiti, penyakit sedentari dan lain-lain lagi.
3838
A.   kesihatan, kesihatan
B.    kesihatan, kemahiran
C.   kemahiran, kesihatan
D.   kemahiran, kemahiran


40.        

z

x

y
Gambarajah di atas menunjukkan komponen kecergasan berlandaskan prestasi yang terbahagi kepada enam elemen utama iaitu: (1) kelajuan, (2) x, (3) kuasa, (4) y, (5) masa reaksi, dan (6) z
A.   ketangkasan, imbangan dan kordinasi
B.    keseimbangan, fleksibiliti dan imbangan
C.   daya tahan, kekuatan dan komposisi badan
D.   daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot dan daya tahan otot.

41.         Penguasaan kemahiran komunikasi akan mewujudkan suasana harmoni yang jitu dalam sesebuah organisasi dimana semua ahlinya saling hormat-menghormati. Organisasi akan berfungsi dengan baik, sistematik dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tiga bentuk aliran komunikasi yang berlaku adalah __________________

Aliran Komunikasi
Secara umumnya terdapat tiga aliran komunikasi iaitu:
(1)    komunikasi atas kebawah, - aliran komunikasi atas ke bawah merujuk kepada arahan dari pihak atasan kepada pihak bawahan
(2)    komunikasi bawah ke atas, - merujuk kepada proses komunikasi pihak bawahan kepada pihak atasan
(3)    komunikasi mendatar.- merujuk kepada ketiadaan autoriti dalam sesebuah proses komunikasi. Semua pihak berfungsi
(4)    sebagai suatu golongan sahaja
           
                                  I.    komunikasi mendatar
                                II.    komunikasi kiri ke kanan
                               III.    komunikasi atas ke bawah
                              IV.    komunikasi bawah ke atas


A.    I, II, dan IV sahaja.
B.   I, III dan IV sahaja.
C.   II, III dan IV sahaja.
D.   Semua di atas.

0 comments: