Axiologi

Axiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Ia adalah cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baik atau buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.
1) Etika. Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang paling sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti yang berikut:
· Meta ethics- kajian tentang konsep etika.
· Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika;
· Applied ethics- kajian tentang penggunaan nilai etika.
Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:
· Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?
· Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?
· Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?
2) Estetika. Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling dan kehidupan. Dengan kata lain,ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen. Anatara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuklah:
· Apa itu kecantikan?
· Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?

0 comments: