Objektif
Pendidikan Negara
- 1. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara
- 2. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan negara
- 3. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan.
- 4. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara
- 5. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum
- 6. Mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asaS pendidikan kepada golongan yang kurang berada.
Falsafah Pendidkan Negara(FPN) merupakan
sistem pendidikan yang menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan
mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk
sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat paling rendah kepada paling
tinggi iaitu institusi pendidikan tinggi
seperti universiti. Falsafah Pendidikan Negara juga turut menjelaskan tujuan dan matlamat
pendidikan untuk individu dan negara.
Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk individu adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab yang juga menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan
merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan
bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Secara
keseluruhannya, tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh
segulung ijazah atau diploma tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia
secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan
masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan
berbakti.
0 comments:
Post a Comment