Cabang
falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang
ilmu dan kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang
bermaksud ‘ilmu’ atau ‘sains’ dan logos yang bermaksud ‘keterangan’.
Justeru,epistemologi berfokuskan kepada penganalisisan dan penghasilan
ilmu dan tuntutan ilmu.
Dengan kata lain,epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:
- Apa itu ilmu?
- Apakah sumber-sumber pengetahuan?
- Apa yang diketahui oleh manusia?
- Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?
- Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?
Selain
itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan
kesahan cara mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti di bawah:
- Wahyu. Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum;
- Berasaskan pengalaman pancaindera. Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau merupakan satu cara untuk kita memperoleh maklumat mengenai alam sekeliling kita. Namun, cara mengetahui sedemikian berkemungkinan kurang tepat,misalnya,ayam goreng yang kita rasa sebenarnya adalah arnab goreng,air yang kita lihat atas jalan raya sebenarnya adalah sesuatu mirage.
- Intuisi. Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang dapat mengesan sama ada anaknya menghadiri kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja anaknya masuk ke dalam rumah.
- Pandangan pakar bidang berkenaan berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dipunyai. Misalnya,tokoh-tokoh falsafah yang terkenal seperti Socrates, Plato, Dewey dan sebagainya.
- Logik. Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya mengetahui sesuatu;
- Kaedah saintifik. Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik,misalnya menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, mentadbirkan soal selidik, dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment