Eksistensialisme

Aliran fahaman eksistensialisme merupakan falsafah pendidikan Barat yang berasaskan naturalisme Rousseau dan mazhab humanis, adalah dipelopori oleh Carl Rogers (1902-1987), dengan mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan ilmu pengetahuan. Ahli-ahli eksistensialisme berpendapat pelajar tidak patut mengorban individualiti mereka untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Maka, pembelajaran yang berkesan harus mempunyai makna kepada individu yang berkenaan. Hanya melalui cara ini, pelajar barulah berupaya bertindak berdasarkan ilmu pengetahuan dan kefahamannya dalam situasi mengikut masa dan keadaan yang sesuai. 

Mereka menekankan kurikulum yang menjadi fokus utama hendaklah dipindahkan daripada perkara alam dunia kepada dunia personaliti. Ini bermakna bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai-nilainya hendaklah ditentukan oleh pelajar sendiri. Pemilihan dengan tepat atau silap adalah tanggungjawab pelajar sendiri. Guru hendaklah menghormati pandangan dan pemilihan pelajar dan tidak patut memaksa pelajar menerima nilainya. Permainan yang mempunyai unsur kreatif dan pendidikan seni mengandungi nilai etika dan estetik yang tinggi, kerana kedua-duanya membongkar konflik di antara individualiti dengan alam persekitaran, mencetuskan perasaan dan emosi pelajar, dan oleh itu, membolehkan pelajar mengembangkan potensi mereka dengan sempurna. Maka, sekolah hendaklah menyediakan peluang untuk pelajar menemui kendiri diri dan memupuk kemahiran berfikir secara reflektif untuk menilai diri serta keupayaan disiplin diri. Amalan falsafah pendidikan eksistensialisme banyak didapati daripada sekolah-sekolah terbuka di Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun dan model Sekolah Summerhill di United Kingdom.

0 comments: