Soalan KBK3073 (MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS)

Ulang kaji Last Minute.....( lagi 3 jam nak masuk exam )
Ini sahaja yang Sempat PokCIk cari dan baca....
Hope boleh lah membantu nanti.....

MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
         1.     pernyataan yang tiada kaitan dengan konsep pendidikan khas.
a.   dilaksanakan secara rawak dan berstruktur
b.    disediakan secara percuma dan bersesuaian
c.    merangkumi khidmat sokongan dan bantuan mengikut keperluan kanak-kanak berkeperluan khas
d.    dirancang secara khusus mengikut keupayaan dan tahap perkembangan murid berkeperluan khas.

        2.    kanak-kanak yang layak mendapat perkhidmatan sekolah khas di bawah pengelolaan sekolah kerajaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

         3.    sebelum ditentukan perkhidmatan pendidikan khas, kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia terlebih dahulu perlu melalui proses penilaian daripada

a.    Pegawai pelajaran
b.  pegawai kesihatan
c.    pegawai kebajikan masyarakat
d.    pegawai perundangan kementerian pelajaran

          4.    Halatuju Falsafah Pendidikan Khas

          5.    mengikut akta pendidikan , kategori manakah yang diklasifikasikan di Malaysia sebagai kanak-kanak berkeperluan khas

i.      masalah penglihatan
ii.    masalah pendengaran
iii.   masalah pembelajaran
iv.   pintar cerdas
v.     pemulihan khas

a.            I, ii, dan iii
b.            I, ii, iii dan v
c.         I, ii, iii, iv
d.            semua di atas

          6.    pada tahun 1948, sekolah berikut telah dibuka untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan.
a.    sekolah pendidikan khas Alma
b.    sekolah pendidikan khas setapak
c.    sekolah pendidikan khas St. Nicholas
d.  sekolah pendidikan khas princess Elizabeth

          7.    bilakah program integrasi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran yang pertama di buka?
a.    1948
b.    1962
c.    1987
d.  1995

          8.    pelaksanaan program prasekolah pendidikan khas di Malaysia pada peringkat awal hanya melibatkan kanak-kanak __________
a.   masalah penglihatan
b.    masalah pendengaran
c.    masalah penglihatan dan pendengaran
d.    masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran

         9.    kekurangan ______ semasa lahir boleh menjejaskan kecerdasan neurologikal bayi.
a.    protein
b.  oksigen
c.    hidrogen
d.    hidrogen dioksida

          10.  trisomi 21 berpunca dari masalah ______
a.    genetik
b.  kromosom
c.    gangguan tiroid
d.    kelemahan saraf tunjang

           11.  punca berikut boleh mempengaruhi dan menjejaskan perkembangan janin kecuali
a.    pengaruh genetik
b.    ibu menghisap rokok atau ketagihan arak
c.    tinggal di kawasan perindustrian
d.    (x sempat nk salin)

           12.  kanak-kanak terencat aatau masalah mental mempamerkan ciri-ciri berikut kecuali
a.    mempamerkan kekurangan tingkahlaku suaian
b.    mengganggu atau menyekat pencapaian pembelajaran
c.    (jawapan c dan d tak sempat nk salin)

           13.  tahap kecerdasan seseorang yang mengalami kerencatan akal ringan
a.    35-49
b.  50-70
c.    20-34
d.    bawah 20

             14.  kanak-kanak masalah mental ringan boleh dilatih
a.    tanpa bantuan khidmat sokongan
b.    mengikuti pembelajaran akademik suaian
c.   mengurus diri jika ditempatkan dalam program segregasi
d.    mengikut program akademik melalui pembelajaran kendiri

             15.  murid yang dikenalpasti sebagai terencat akal mempunyai kecerdasan yang rendah dan menghadapi masalah kefungsian adaptif. Yang manakah antara berikut dimaksudkan dengan kefungsian adaptif.
i.              kebolehan naik bas sendiri
ii.            kebolehan menulis karangan
iii.           kebolehan memakai baju sendiri
iv.           kebolehan membaca buku cerita
v.             kebolehan berkomunikasi dengan rakan sebaya

a.    i. ii, iv
b.    i, iii, iv
c.   i, iii, v
d.    ii, iv, v

            16.  pernyataan manakah yang bukan bermaksud masalah pendengaran.
a.    dikategorikan sebagai pekak
b.    menghadapi masalah pendengaran
c.    menghadapi masalah pendengaran di sebelah atau dua belah telinga
d.  menggunakan alat pendengaran masih tidak memberi kesan kepada pencapaian dan perkembangan pembelajaran kanak-kanak

             17.  murid A berumur 7 tahun dan disahkan oleh audiologisis sebagai kanak-kanak bermasalah pendengaran. Ia mempunyai darjah kehilangan pendengaran 75dB dan dinasihatkan untuk belajar di sekolah khas. Apakah alat yang digunakan oleh audiologisis bagi menentukan darjah kehilangan pendengaran?
a.    termometer
b.  audiometer
c.    barometer
d.    sosiometer

             18.  B bekerja di sebuah kilang yang amat bising. Selepas beberapa tahun, B   mendapati dia tidak boleh mendengar dengan jelas. Pemeriksaan doktor menunjukkan kerosakan saraf pendengaran. Apakah jenis masalah pendengaran yang dialami oleh B?
a.    tiunitus
b.    konduktif
c.    otitis media
d.  sensori neural
  
             19.  berikut adalah beberapa kaaedah p& p yang boleh digunakan untuk murid pintar cerdas kecuali kaedah
a.    pecutan
b.    pengayaan
c.   perseorangan
d.    pengelompokan

              20. Murid C 1 tahun 10 bulan. Umur mentalnya ialah 9 tahun 2 bulan. Berapakah darjah kecerdasan murid C?
a.    115
b.  117
c.    125
d.    127

              21.  mengikut pengelasan markah darjah kecerdasan murid C boleh diklasifikasikan sebagai
a.    superior
b.    sederhana
c.    sangat superior
d.    sederhana tinggi

             22. murid D terlalu aktif dan tumpuan perhatiannya amat kurang. Murid D besar kemungkinan mengalami keadaan
a.    epilepsi
b.    autisme
c.   hiperaktif
d.    kerencatan akal

             23. di antara berikut yang manakah penyebab berlakunya sindrom down di kalangan kanak-kanak
i.              umur ibu
ii.            mutasi satu baka
iii.           dadah dan merokok
iv.           kecelaruan metabolisme
v.             keabnormalan kromosom

a.   i, ii, v
b.    i, ii, iii
c.    ii, iv, v
d.    iii, iv, v
             24. ciri-ciri sindrom down kecuali
a.    mata sepet
b.    lidah tebal
c.    tangan pendek
d.  terencat akal teruk.

             25. sejenis penyakit bila menyerang ibu yang sedang mengandung di peringkat awal (1-3 bulan) boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan kurang upaya. Namakan penyakit itu.
a.    campak
b.  rubella
c.    hepatitis B
d.    demam kuning

              26. “little disease” adalah nama asal bagi _________
a.    autisme
b.    epilepsi
c.   palsi serebral
d.    sindrom down

              27. kanak-kanak palsi serebral yang mengalami kesukaran pergerakan di kedua belah anggotanya diklasifikasikan sebagai _______
a.   diplesia
b.    monoplesia
c.    hemiplesia
d.    quadraplesia

              28. murid slow learner biasanya akan mengalami masalah ____________
a.    bertutur, membaca, menulis
b.  membaca, menulis, mengira
c.    mengira, menulis, mengeja
d.    bertutur, menulis, mengamati

               29. pencapaian akademik murid bermasalah emosi atau tingkah laku biasnya __________
a.    lebih tinggi daripada skor purata murid normal
b.  lebih rendah daripada skor purata murid normal
c.    berada dalam kumpulan 10% yang tertinggi dalam kelas
d.    tidak banyak berbeza dengan golongan terencat akal ringan
   
           30. apakah astigmatism?
a.    kerosakan saraf optik
b.  permukaan kornea yang kurang rata
c.    retina mata menjadi semakin merosot
d.    masalah pengaliran darah akibat penyakit diabetes

            31.  manakah antara berikut menerangkan Braille?
a.    sistem bacaan yang boleh dibaca oleh mereka yang buta sahaja
b.  sistem bacaan dan tulisan yang dibuat menggunakan susunan dot
c.    perlu kemahiran motor halus untuk menguasai penggunaan mesin braille
d.    selalunya mengambil masa

             32. apakah dua komponen yang diperlukan untuk menjayakan program pendidikan bagi murid bermasalah penglihatan?
a.   latihan orientasi dan mobilit
b.    latihan pertuturan dan bahasa
c.    latihan pertuturan dan penulisan
d.    latihan kefahaman membaca dan mendengar

            33. penglihatan seseorang yang hanya dapat melihat pada jarak dekat dikenali sebagai ___________
a.   myopia
b.    katarak
c.    strabismus
d.    hyperopia

           34. berikut adalah beberapa kenyataan yang benar tentang autisme kecuali
a.    autisme dialami sepanjang hidup
b.    ramai kanak-kanak autisme tidak boleh bercakap
c.   lebih perempuan daripada lelaki
d.    (tak sempat nak salin)

          35. di antara masalah yang tersenarai di bawwah, yang manakah biasanya dialami oleh kanak-kanak autisme?
a.    lelah, sawan, hiperaktif
b.    suka bersendirian, sengau, ekolalia
c.    ekolalia, gangguan deria, interaksi sosial
d.  hiperaktif, tidak suka perubahan, sensitif terhadap cahaya

           36. murid artistik lazimnya mempunyai ciri-ciri keperluan seperti berikut kecuali
a.    terapi pertuturan, terapi kelakuan, terapi pelaku
b.    gangguan pernasif, retardusi mental dan gangguan spesifik
c.    masalah komunikasi sekat laku, masalah pembelajaran dan psikoterapi
d.  pelupa, sukar mengingati konsep “semalam”, “hari ini” dan “esok”

            37. murid E yang berusia 8 tahun enggan bercakap dalam semua situasi sosial tetapi bercakap seperti biasa di tempat lain. Murid E dikatakan mengalami masalah _________
a.    bisu
b.    gagap
c.    artikulasi
d.  membisu secara terpilih

             38. murid F berumur 10 tahun, mempunyai kebolehan kognitif normal tetapi mengalami kesukaran membaca kerana tidak dapat membezakan apa yang dilihat ataupun menginterpretasikannya. Murid F boleh dikategorikan ______
a.   disleksia
b.    disgrafia
c.    dimentia
d.    diskalkulia


             39. disleksia dianggap sebagai satu masalah perkembangan dari segi membaca, menulis dan mengira. Ia tidak dipengaruhi oleh faktor _______
a.   biokimia
b.    persekitaran
c.    neurofisiologi
d.    darjah kecerdasan

             40. apakah jenis masalah emosi yang menyebabkan seseorang terlalu ketakutan terhadap sesuatu objek atau situasi?
a.   fobia
b.    anorexia
c.    skizofrenia
d.    masalah keresahan


minta maaf entry kali ini amat buruk rupanya....Nama pun entri last minute....

0 comments: