Cikgu VS Cikgu

Apa macam tajuk entry hari ini?.....
Cikgu VS Cikgu.....
Perasan tak dah dua hari PokCIk tak cerita tentang Sekolah PokCik...
Sebabnya PokCik pening nak Pikirkan TajuK yang Paling Sesuai....
Kang takut ada yang terasa tak tentu pasaL lagi.....

Kes nya Senang....Cukup Senang...
Bertekak Pasal Budak Pengawas.....
Cikgu Pengawas Dengan Cikgu Disiplin.....
PokCIk guru Pengawas...Cikgu disipLin lain.....
Mentang-mentang la Budak Pengawas PokCIk buat salah....Takkan Terus nak buang dari badan pengawas...
penat-penat kita create budak, senang-senang dia nak buang.....ingat senang ke nak ajar kepada budak pengawas apa itu tanggungjawab....Sekolah rendah Pulak tu....
benda Kecik saja....bukan Besar mana Pun.....pasal bawak Handset ke sekolah....
LagI pun jika didengar dari situasi macam mana pekara Itu berlaku pun  tak besar mana Pun....

Budak pengawas bawak handset ke sekolah sebab dia nak pergi ke Pertandingan olahraga MSS KL.
Pagi sebelum pergi ke kejohanan itu dia main handset di sekolah sambil jalan di depan bilik guru......
bertembunglah dengan guru disiplin ini...tiba-tiba dia rampas walaupun telah dimaklumkan bahawa pengawas itu harus bawak handset supaya dia senang hubungi keluarga apabila sampai disekolah selepas kejohanan.....Yang Peliknya Cikgu ini kata murid ini kurang ajar sebab itu dia nak buang dari badan pengawas.

PokCIk siasat pekara ini dari semua sudut....
PokCIk panggil murid yang terlibat....soal selidik mereka....tiada satu pun perbuatan mereka yang menunjukkan mereka kurang ajar.....
PokCIk panggil Pulak mereka yang ada disitu pada masa itu......
pun sama...cerita mereka pun dah menunjukkan tiada sifat kurang ajar disitu....So dimana sifat kurang ajar yang dicakap tadi?.....

PokCik senyap kan dulu cerita ini......
tiba-tiba pokCIk bertembung dengan cikgu disiplin ini....
Dia pun cerita apa masalahnya
Menurutnya pihak atasan dapat tahu dan memanggil guru disiplin ini dan meminta dia memulangkan semula handset budak ini.....
Pihak atasan cakap jangan double standart pada dia......
PokCIk dengar ajer......
mana PokCik tahu Sapa bagi tahu Pihak atasan.....
tapi dari cara dia bercakap memang dia tuduh PokCik.....
tapi PokCik buat tak tahu ajer...dah memang PokCik tak buat, buat apa nak takut......
Top-top dia cakap nak buang @ gantung budak ini dari badan pengawas.......
PokCik meletup la.......sebabnya dia cakap pengawas ini kurang ajar.....
PokCik lawan la balik......amboi senang-senang ajer nak buat keputusan......
PokCik ini Siapa?.....
PokCik yang create pengawas tau....PokCik yang menjaga dan mendidik mereka...
senang-senang nak buang tanpa meating dengan badan pengawas.....mentang-mentang dia ketua unit disiplin dan badan pengawas bawah dia....senang-senang ajer nak buang tanpa meating besar dulu.....
PokCIk bertekak la dengan dia.....PokCIk maleh nak layan PokCIk blah ajer.....

Tak cukup lagi tu........
Dia boleh pulak jumpa Pihak atasan bersama-sama ketua PokCIk.......
berbincang tentang hal ini.......
PokCIk malas nak campur tangan.....
satu sahaja pOKCik cakap dengan ketua dan orang atasan....
jika pengawas ini bersalah sekali pun jangan suka-suka nak buang.....
jika menjatuhkan hukuman tanpa soal selidik dari semua pihak Pokcik tidak mahu lagi terlibat didalam badan pengawas.....
lagipun, sifat kurang ajar yang diperkatakan oleh guru disiplin ini tidak logik.......
PokCIk ada bertanya kepada guru-guru lain bagaimana sifat budak pengawas ini....
dan guru lain menyatakan bahawa budak ini agak gedik dan mengada-ngada serta mempunyai body league yang agak kurang baik  sikit.........
So sifat semula jadi budak seperti ini ke yang dikatakan kurang ajar?.....
dah memang sifat semula jadi dia...takkan itu pun tak paham?
Perlahan-lahan la kita didik dalam mengubah sifat budak.....tegur la elok-elok.....
Jika marah sekali pun tunggu la reda dulu.....kemudian bawak bincang dengan semua ajk tertinggi badan pengawas tentang kes ini....
standart la budak......sifat semula jadi dia yang tak elok kita tegur la melalui kesilapan.....
bukan main jatuhkan hukuman sesuka hati......bukan jatuhkan hukuman mengikut rasa hati....
Pikir-pikir lah.....

Petang ini ada mensyuarat guru.....
Guru besar pulak asyik up PokCIk ajer.....masak la.....
mendidihlah cikgu disiplin ini......
Tambah lagi parah dia kena tegur tidak menjaga bilik khas dia dengan elok....
pergh.....tambah parah la PokCIk......
Comfrim lagi berbulu dia dengan PokCIk......
 entah apa lah cerita yang nak disampaikan lagi dengan orang lain.....
dah memang perangai dia macam tu.....

PokCIk cakap terang-terang...
PokCik malas nak bercerita dengan sesiapa dengan apa yang terjadi.....
biarlah pokCik simpan sendiri.....
yang Paling penting bagi PokCIk......
PokCik akan mempertahankan Pengawas-pengawas PokCIk sebaik mungkin....
Jika mereka bersalah sekalipun PokCik akan adili mereka dengan seadil nya......
Dan jika mereka tidak bersalah lagi lah PokCIk pertahankan.....
POkCik dalam Proses menanam sifat kerja kumpulan....
PokCIk selalu cakap dengan semua pengawas PokCIk bahawa poKCik adalah janeral mereka...
susah senang kita bersama....Kami bersama-sama dalam membantu murid-murid supaya  menjaga disiplin dengan baik......
 satu salah semua salah.....Jika pengawas buat hal memang PokCik akan hukum mereka dengan seadil adilnya seperti termaktub didalam undang-undang sekolah.....

PokCik nak sangat melihat buda-budak sekolah ini tahu berdikari dan dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk......
Dan pekara ini PokCik mulakan dengan badan pengawas.....
banyak ilmu dan cara pOKCik baca dan amalkan bagi mencari kaedah yang terbaik didalam mendidik mereka ini.......
So apabila ada pekara-pekara seperti ini berlaku PoKCik rasa bengang la..

PokCik pun bersalah jugak sebenarnya......
dah pergi bertekak didalam bilik guru.....
kalau dah bertekak tu paham-paham la....
comfrim suara sebatu dengar punya.....
lepas tu bertekak dengan orang tua pulak......
sebab tu pokCik blah bila kaki dan tangan menggigil......
entah lah...PokCik dah malas nak Pikir....

Sampai sekarang dan diwaktu menulis entry cikgu vs cikgu ini Pun perasaan didalam jiwa ini bercampur aduk....
rasa bersalah dan betul itu bercampur aduk.....
"Ya Allah ampuni lah aku kerana tidak dapat mengawal amarah ini"


P/S :" boleh ke dia cakap PokCik ada masalah Jiwa..... "






5 comments:

Unknown said...

kesian pokcik..msti bengang time tu kan..bnyk2 sabo ye pokcik..:)

Sop said...

dia yg sempurna
sekurang kurangnya cari yg terbaik
cikgu kena jd contoh yg baik.. :)

Unknown said...

Tq....what ever PokCIk akan berusaha menjadi yang terbaik didalam golongan Cikgu yang garang dan tegas...yang Paling penting anak-anak PokCIk kenal erti hidup berdikari, tahu menilai mana salah mana betul dan tahu pOkCik sayang mereka macam anak-anak PokCIk sendiri

Unknown said...

maunya tak bengang......dah la PokCik ini golongan berdarah panas...namun PokCik cuba berubah dan bertindak Profesional walaupun kurang berjaya....But i will try and try sampai berjaya...Semua manusia ada kelemahan Tremasuk PoKcik....Tq kerana perihatin....

sud@is said...

owh gmbar tu menakutkan..macam nak menolan pokcik..pokcik nmpak cool...n steady