Bersykurlah Wahai Anak Muridku

Pada 21 Oktober 2011 yang lepas, beberapa gambar mengenai seorang pelajar sekolah rendah di hunan mendukung adik lelakinya di kelas telah tersebar luas. Ramai yang menangis apabila mendengar kesusahan yang dihadapi oleh pelajar ini. Ramai rakyat China menderma untuk membantunya.

Menurut jurugambar sebenar gambar ini, Lu Qixing. Gambar yang diambil bertarikh 29 julai 2011 berlokasi di kelas sekolah rendah Shanjiang Town, Hunan, China. Pelajar tersebut terpaksa menjaga adiknya kerana ibu bapa mereka bekerja di luar hunan. Manakala datuk dan neneknya pula terlalu sibuk menguruskan ladang mereka. Oleh yang demikian, si kakak tersebut membuat keputusan untuk membawa adik tercinta ke sekolah agar dia dapat menjaganya. Si adik dilaporkan mengalami kekurangan zat berkhasiat yang menyebabkan kepalanya begitu besar.
kanak-kanak, tertekan, motivasi kanak-kanak
 Walaupun dah lama pekara ini berlaku namun ia memberi seribu pengertian...
Bersyukurlah kita kerana dinegara kita tidak mengalami pekara sebegini..
Pihak kerajaan kita sentiasa mengambil berat akan isu-isu seperti ini. Bersyukurlah anak didik ku kerana anda berada dizon yang amat selesa...Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia kerana kerjaan kita tidak akan membiarkan anak-anak kita terabai dan memastikan semuanya cukup dan selesa untuk masa depan anak-anak kita. 
Bangunlah wahai warga Malaysia yang masih tidak mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Dan pekara ini memang berlaku, Dientri akan datang PokCik akan ceritakan apa yang PokCik telah alami didalam membantu murid-murid yang selalu ponteng dan malas ke sekolah...kebenaran tetap kebenaran cuma kita sahaja yang selalu tidak memandang berat akan hal ini. Dan dibandar besar seperti diKuala Lumpur ini memang banyak kes nya.... 

0 comments: