Hasil Kerja Budak-budak

Sepanjang cuti sem 1 penggal 1, PokCik dan Pengawas ICT tahun 6 dibantu oleh seorang Pelajar lama PokCik dari Sek Menengah telah melakukan aktiviti membuat carta dan peraturan untuk makmal komputer sekolah poKcik....

Idea dan pandangan mereka PokCik ambil 100% dan design pokCIk yang reka....
So kerja mereka hanyalah memotong dan melekat berdasarkan idea mereka...

Logiknya aktiviti ini......
Logiknya adalah untuk menilai sejauh mana tahap kreativiti mereka....
Logiknya adalah untuk mengetahui sejauh mana tahap pemikiran mereka.....

Apa hasilnya....
Hasilnya.......Mereka hanya memikir mudah didalam melakukan sesuatu kerja....contohnya sewaktu memotong kertas....memang hancur.....senget-senget dipotong kertas.....walaupun dah ditegur namun kesalahan yang sama juga diulang....didalam bab menampal pula......habis kotor kertas yang ditampal walaupun dah diajar teknik menampal yang betul.....
Didalam melaksanakan kerja-kerja ini PokCik lebih banyak menjadi fasilitator dari membuat.....murid ini yang melakukan kerja dan PokCik hanya memantau dan mengarahkan mereka serta menegur berdasarkan kesalahan mereka......
Murid terlalu takut untuk meluahkan idea....hanya ddi hari ke 4 baru murid berani mengeluarkan idea mereka.....itu pun setelah PokCIk melepaskan prinsip ketegasan PokCIk ( inilah ilmu baru yang PokCik dapat...Ketegasan menyebabkan budak-budak tersekat pemikiran mereka)

Inilah hasil kerja mereka.....
kreatif dan kritis
100% kerja dilaksanakan oleh murid

hasil kerja budak sekolah rendah
Carta Pertama yang disiapkan

Sifat kreatif dan kritis
Carta ke 2 yang berjaya disiapkan

carta organisasi
Carta dilekatkan di depan makmal oleh murid sendiri
Murid-murid ini membuat carta organisasi sekolah dan peraturan makmal komputer...dan ini adalah merupakan risiko yang perlu pokCik tanggung kerana orang luar akan menilai berdasarkan hasil kerja yang dipaparkan....So pokCIk ambil pendekatan dengan membuat tag siapa yang membuatnya seperti dibawah :
pentingnya tag name ini
Tag nama yang menghasilkan bahan ini.

Yang pastinya PokCik bangga dengan mereka kerana mereka bersungguh-sungguh menyiapkan carta ini walaupun bahan-bahan yang digunakan tidak mencukupi dan PokCIk terpaksa merayau mencari bahan yang boleh diguna semula.......So inilah hasilnya.....

PokCik nak semua orang tahu bahawa budak-budak pun boleh melakukan pekara yang kretaif dan kristis jika kita memberi peluang kepada mereka....dan jangan terlalu mementingkan hasil kerja yang sempurna dari seorang murid sekolah rendah kerana  mereka akan tertekan...hargailah hasil kerja mereka dengan sebaiknya kerana ia dapat memberikan kesan positif kepada murid ini dimasa depan....

What ever...2 carta ini mengambil masa 5 hari untuk disiapkan.....
Syabas anak-anak ku....

0 comments: