Ketua Kerani Yang Biadap

Apakah bezanya ketua kerani dengan Cikgu?....

Apakah perasaan seorang cikgu apabila dipertikaikan kerjanya?....

Apakah perasaan seorang cikgu apabila dia melakukan pembelian barang-barang untuk kegunaan anak murid satu sekolah....PokCik ulang sekali lagi....satu sekolah.......bermakna semua murid menggunakan barang tersebut..... dan perbuatan dia dipertikaikan....cikgu itu menggunakan duit yang diperuntukkan untuk Panitia dia......bukan dia guna dari sumber lain....

PokCik tahulah yang dia control duit sekolah....
tapi simpan duit sekolah banyak-banyak dan tidak digunakan nak buat apa?...
dah terang-terang Jabatan turunkan duit untuk kegunaan sekolah....
Bukan untuk disimpan.....cukup tahun pulangkan balik....
Apa ingat kami ni kemaruk sangat ke dengan duit semua tu ker?....

Dari cara dia bercakap PokCik dah faham sangat dia memperkecilkan kami.....
Selama ini PokCik hanya dengar dari membe-membe PokCIk tentang perangai dia ni....
Tapi hari ini depan Guru besar dia memperkecilkan Cikgu yang sesunguhnya antara yang terbaik didalam sekolah ini.....
PokCik bekerja dengan semua orang...PokCik tahu mana yang bagus mana yang tidak....
pokCik tahu mana yang terbaik dan mana yang sekadar kerja cari makan sahaja.....

Selama ini PokCik hormat semua orang yang berada disekolah ini.......
Pak guard sampai lah ke murid-murid.....
tapi cara kerani ini menyebabkan PokCik tidak boleh respek dia......

Dengan cara kerani ini  makan PokCik terpaksa buat cara susah untuk dia bekerja......
PokCik tidak akan bertolenransi lagi.......Kerana dia benar-benar memperkecilkan kami sabagai warga pendidik......

Kami berkerja separuh mati demi anak bangsa kami...
waktu cuti kami ramai yang tidak pulang ke kampung...
semuanya kerana kerja pengkeranian yang kami terpaksa buat.....
kami tetap datang ke sekolah biarpun budak tak ada.....
Guru tahun 6 hadir mengajar kelas tambahan walaupun budak yang hadir tak sampai separuh.....

Jika setakat ketua Kerani yang tahu mengira duit dan mempertikaikan apa yang kami lakukan lebih baik jadi kerani kewangan di Kementerian Pendidikan atau di Jabatan Pendidikan......
tak siapa yang nak marah.......
kalau setakat duduk dikerusi empuk dibawah aircond buat kerja kira-kira pokCik pun boleh buat .....

dari isnin hingga hari ini PokCik gembira dan happy sangat buat kerja disekolah waktu cuti.....
Tapi kerana kata-kata ketua kerani ini, mood poKCik terus hilang.....PokCik memang begang gila....sampai tak boleh buat kerja......

Setakat kerani dari Kementerian Pendidikan yang naik pangkat ketua kerani disekolah ini dah berani nak bercakap tentang krealibiliti seorang cikgu.......
memang buta hati.....
memang buta jiwa.....
dan memang orang tua yang tidak tahu erti hormatkan orang lain.....
Perghhhhhhhh.......

Terlajak perahu boleh undur....
terlajak kata memang tersemat dalam hati selamanya......

Selama PokCik bekerja tidak pernah sekali PokCik pertikaikan kerja orang lain.....
Tak pernah PokCik jatuhkan air muka orang lain....walaupun Tukang Sapu disekolah PokCik....
tapi hari ini seorang Ketua Kerani telah pertikaikan dan menjatuhkan air muka seorang cikgu yang PokCik tahu akan kesungguhannya didalam kerjanya dan tanggungjawabnya pada anak bangsa.....

Nak Buat Aduan/Laporan?.....
jangan bermimpi.....
kerani, menyindir guru depan guru besarnak mengadu dengan siapa?....
KPM?....Jabatan Pendidikan Negeri?.....PPD...?...or PKG.....
kalau mengadu apa yang kami akan dapat?......
Apa tindakan yang akan dikenakan?....
Satu sahaja yang akan mereka buat....
Cikgu kena Profesional........
Perghhhh..........

What ever.....
PokCIk dan rakan-rakan seperjuangan kami akan terus mendidik anak bangsa kami dengan penuh tanggungjwab.....
kami akan terangkan dan buka mata mereka tentang adap dan  dan pentingnya sikap hormat menghormati tanpa mengira kedudukan kita sebagai manusia......
kami akan ajarkan mereka tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan mereka.....Tekanan dari Pihak Kementerian, Jabatan or PPD tidak akan kami peduli.....

Hari yang cukup Panas biarpun hujan dari tengah hari tadi.....











1 comments:

Anonymous said...

sabar itu separuh dari iman