Inilah PokCIk nak kongsikan kisah
Sepagi berada di sekolah
Dah hampir nak naik darah
Mujur berkat sabar masih digagah
Kena cool, dan kontrol amarah
Kerja yang dibuat tak siap
Boleh pula buat muka terkulat-kulat
Bila ditanya boleh pula menjawab
Buku hilang dah berabad-abad
Beralih pula budak lain
Disuruh cari maklumat dibukanya games online
Budak ni aku sekeh jugak kang jadi lain
Macam mana lah cikgu nak jadi lilin
Pagi-pagi dah naik pening
nanti ada pulak yang melayang ke dinding
Nak tahu sekarang ni ramai cikgu yang sakit
Sungguh, PokCik bukan nak ungkit
Darah tinggi, jantung semua dah berjangkit
Melayan macam-macam karenah berbukit-bukit
Menjadi pendidik kena banyak tabah
Walau masalah kian bertambah
Moga Allah berikan rahmah
Kepada seluruh warga sekolah
Agar menjadi insan soleh dan solehah
PokcIk edit sikit-sikit seloka dia yer....
jangan marah.....
Mari kita kenal siapa Abg Shah ini....
3 comments:
anak-anak kak yana ni..
kecik-kecik lagi dah buat mamanya pening.
tak tau la bila sekolah sok..
minta maafla cikgu :D
Jangan penin-penin. Makin cikgu penin, anak murid lagilah penin.
haha...sedap seloka pok cik...=D
Post a Comment