Asas Mengawal Bola Sepak


Tujuan seseorang pemain mengawal bola adalah untuk mengawal bola yang ditujukan
kepadanya supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan dengan mudah. Bahagian-bahagian
badan yang berikut boleh digunakan untuk mengawal bola iaitu melalui:


  •     Hujung kaki (bahagian kekura kaki, perut kaki, luar kaki dan tapak kaki)
  •     Batang kaki (peha dan bahagian bawah lutut)
  •     Kepala
  •     Dada
  •     Perut

Semasa bersentuh dengan bola, bahagian badan yang terlibat hendaklah dileturkan atau dilembutkan untuk mengurangkan hentaman bola ke atas badan.
 Jika bahagian badan yang menahan bola ditegangkan, bola itu akan melantun semula dan bola susah untuk dikawal.
Mata hendaklah mengikut pergerakan bola sehingga ia dapat dikawal dengan bahagian badan yang sesuai. 
Tangan pemain pula memainkan peranan untuk mengimbangkan badan. Cara-cara mengawal bola ialah dengan :


  •     Menggunakan perut kaki(Rajah a)
  •     Menggunakan luar kaki (Rajah b)
  •     Menggunakan tapak kaki (Rajah c)
  •     Menggunakan peha (Rajah d)
  •     Menggunakan perut dan juga lutut (Rajah dibawah )
Asas Mengawal Bola Sepak

0 comments: