Selangor VS Kelantan (Epik game)

Kemeriahan  saingan Liga Super kini kembali bersambung selepas hampir tiga minggu berehat bagi memberi laluan kepada pasukan Harimau Malaya untuk aksi kelayakan Asia 2015.

6  perlawanan akan dihidangkan di mana 12 pasukan turun - diiringi satu tekad untuk terus memungut tiga mata penuh. Pasukan manakah yang akan lebih menyerlah? Adakah kejutan akan terus berterusan dan pasukan bukan pilihan akan memenangi perlawanan itu nanti?
 
Adakah tempoh rehat panjang yang diberikan kepada setiap pasukan mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka untuk memantapkan lagi pasukan masing-masing.

Saingan pada minggu ini banyak melibatkan perlawanan tumpuan, antaranya Selangor temu Kelantan, Johor Darul Takzim (JDT) menentang T-Team, Lions XII lawan Pahang dan Negeri Sembilan tentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Paling pokCik nantikan adalah perlawanan antara Selangor menentang Kelantan...2 Gergasi merah yang memang terkenal dengan sikap penyokong dan taktikal perlawanan yang bakal sengit......poKCik sokong kedua-duanya sekali.....

Sebelum game ini bermula mai kita tengok dulu siapakah Player Pilihan PokCik untuk saingan Liga Fantasi PokCik minggu ini?.....
Liga Super Malaysia 2013

ha....apa macam?......ok tak.....rase-rasenya semua player utama PokCik turun kot untuk game minggu ini.......pokCik baru tukar izwan mahbub (GK),Badri Radzi(M), dan Shakir Hamzah(D)....

Hope game malam ini tak berperang la yer...Peminat harus menjaga emosi dan disiplin sewaktu menonton...yang Pemain pulak, jangan le berperang kat padang macam game ATM VS Selangor....Pengadil pulak haruslah adil dan sentiasa cool dalam mengendalikan perlawanan ini....


Berikut jadual Liga Super:

Jumaat (hari ini)
Terengganu lwn Perak   4.45 petang       
Selangor lwn Kelantan 8.45 malam ( Epik Game) (Perlawanan tumpuan PokCIk)

Sabtu (esok)   
Felda United lwn PKNS  4.45 petang       
Johor Darul Takzim lwn T-Team  4.45 petang       
Lions XII lwn Pahang 4.45 petang (Perlawanan Tumpuan pOkCik)                           

Negeri Sembilan lwn ATM 8.45 malam

Update Keputusan terkini!!!!!

   Selangor ( 2 )                           lwn                  Kelantan ( 0 )
     Forkey Doe
    Ramez dayoub

First half ini Gergasi Merah dah kena. Bahagian serangan memang tak menjadi. irfan izuan dan haris lansung tak megancam. indra dan farhan pun sama. macam tak kena ajer gadingan ini.
Player selangor memang menjadi. taktikal yang direncanakan memang baik. Hantaran lintang yang dilakukan semua menjadi. Kita tengok pula apa perancangan Boyan Hodak lepas ini. Kelantan memang tak boleh pergi jika bahagian serangan macam ini. (terasa dah kelantan bila ramai player utama mereka berpindah)  

Second half. Kelantan perkuatkan bahagian tengah dan serangan..Kemasukan Piya merancakkan serangan kelantan. Namun nasib tidak menyebelahi kelantan...So Kelantan Sekali lagi tumbang di tangan Gergasi Merah kuning

3 comments:

Aku pengembara said...

Tertarik plak dengan pemain pilihan liga fantasi pokcik nie.. hehe. Tapi saya rasakan souza akan menyerlah minggu nie.. baru je tukar smalam.. hehe

Unknown said...

AA fans kelantan :)
Mungkin kelantan taknak tunjuk kebisaaanya .. hehe

Razil Tahir said...

Selangor memang style semalam!
tengok defender tue bulan breakdance berpusing atas tanah..
memang awesome..