Jika Kalah biarlah Kalah Bermaruah....

Hari ini budak-budak bola PokCik kalah di pusingan suku akhir kalah mati di Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSKL.....
Namun PokCik terAMATlah berbangga dengan mereka semua....
mereka kalah bukan kerana mereka lemah.....Tetapi kerana mereka tiada Luck@rezeki.....
Kalah 1-0 dengan sekolah yang mempunyai padang bola sepak yang sebenar.....Padang yang mempunyai rumput....latihan yang cukup.....
Tidak seperti budak-budak poKcik...

Mereka lebih banyak berlatih di padang yang bertar.....bukan tar biasa...tapi tar yang hitam dan berbatu.....Jika jatuh comfrim berdarah punya........itu pun terpaksa berlatih secara sembuyi-sembunyi diwaktu p&p...kalau petang budak-budak pergi sekolah agama.....
Mereka hanya berlatih selama 2 hari sahaja dipadang  bola sepak awam yang teruk.....Padang yang dah macam sawah.....sebab apa 2 hari sahaja...Sebab sekolah agama.....Dah bagi surat kepada ibubapa dan sekolah agama, mereka stay kena pergi sekolah agama juga....kalau tidak ibubapa mereka marah....
Padang Bola sepak, Keputusan Perlawanan, MSSKL, budak-budak tidak ada padang, latihan dipadang bertar, padang yang tidak sesuai, berdarah, 1 murid 1 sukan
Disinilah tempat budak bola PokCik berlatih....Parking kereta merangkap padang bola sepak. Lepas itu terpaksa pula bergilir dengan sukan lain untuk guna....tak cukup dengan itu terpaksa berlatih dengan berhati-hati supaya tidak jatuh dan bola yang disepak tidak kena kereta guru-guru......

Pokcik teramat berbangga dengan mereka  kerana mereka kalah dengan cara yang teramat baik.....
Mereka kalah dengan cara BERMARUAH.......
Mereka melawan....mereka berusaha....mereka buat sampai jadi...mereka tidak mengalah.....
apabila habis waktu permaianan mereka menangis....menangis kerana gagal......menangis kerana nasib tidak menyelebihi mereka.....

PokCIk tahu mereka bermain dengan bersungguh-sungguh.....
Semua diceritakan oleh guru yang mengantikan PokCik...
Semasa sampai disekolah Mereka tidak berani memandang pokCik...mereka teramat kecewa.....
bila PokCik datang dekat dengan mereka, mereka senyap kelu seribu bahasa...
walaupun PokCik tidak dapat menyertai mereka namun PokCik dapat melihat riak wajah mereka yang teramat kecewa.....PokCik tidak senyum lansung...kenapa?.....
kerana inilah cara pokCIk mengekalkan perbuatan respek budak pada PokCik.....
biar mereka takut dan kecewa......PokCik hanya cakap beberapa ayat sahaja :

"kalah tetap kalah"......
"kamu semua balik, mandi, makan dan tidur.....Lupakan apa yang terjadi hari ini, lupakan game tadi, lupakan bola untuk hari ini,just tidur sepuasnya, esok kita jumpa"....
Lepas habis cakap pokCIk terus blah gitu ajer......
Mungkin mereka menyangka PokCIk marah dan kecewa dengan mereka......
Dan memang itu yang PokCik nak mereka rasa
namun HAKIKATnya pokCIk teramat berbangga dengan mereka kerana mereka Kalah Dengan Bermaruah.......

Team kali ini  PokCIk berjaya mencapai target yang disasarkan......
iaitu bermain dengan semangat demi sekolah...bukan hanya untuk seronok seronok sahaja....
Bila bermain biarlah bersungguh-sungguh.......biarlah bermati-matian....
Kalah menang adat pertandingan tapi yang penting Jika Kalah biarlah Kalah Bermaruah....
Jangan jadikan alasan kita tiada padang dan waktu latihan yang mencukupi sebagai alasan....
semua boleh berjaya jika kita berusaha dan bersemangat untuk menang......

Ayat yang paling penting PokCik selalu ulang adalah "MARUAH SEKOLAH DIBAHU KAMU"....
"KAMU BAWA NAMA SEKOLAH".....jika kalah biarlah kalah dengan cara yang paling bermaruah......dan mereka berjaya melaksanakannya.....

Sesungguhnya dengan tekanan seperti ini barulah anak-anak buah PoKcik ini sedar akan betapa pentingnya menjaga MARUAH......
Biarlah apa orang nak kata...biarlah orang mengata PokCik ini tegas dan garang tidak bertempat.....
tapi yang penting PokCIk dapat sedarkan mereka betapa pentingnya MARUAH...apa itu MARUAH....betapa susahnya menjaga MARUAH.....

Esok lepas meating ICT...PokCik akan balik ke sekolah dan ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan betapa PokCIk beruntung mempunyai anak-anak seperti mereka.....
Syabas anak-anak ku.......Sesungguhnya kamu semua adalah yang paling hebat sekali didalam sekolah ini.....









4 comments:

soziyana said...

TAK PE....
usaha lagi musim akan datang...

Razil Tahir said...

Dalam pertandaingan macam nie, banyak pengajaran yang bleh diterapkan..
keep it up,pokcik!! XD

Unknown said...

Tq Sahabat....

Unknown said...

Setiap tahun kami akan berusaha....TQ....sentiasalah dibelakang kami demi naak-anak ini....