Latihan asas Tendangan ringkas Bola Sepak

oleh kerana tempat PokCik tiada padang dan tempat yang sesuai untuk latihan bola sepak maka PokCik terpaksa menggunakan segala ruang yang ada bagi menjalani latihan bola sepak.

Asas yang paling penting dalam bola sepak kanak-kanak adalah tendangan. latihan yang dilakukan ini adalah merupakan latihan asas yang dilakukan oleh pemain-pemain bola sepak sekolah PokCik...
latihan ini sentiasa diadakan pada waktu rehat. Ini kerana kekangan masa PokCik untuk melakukan latihan pada waktu petang dan cuti sekolah.( Petang pemain ada kelas tambahan dan sekolah agama, cuti pulak PokCik banyak terlibat dengan kelas tuisyen pelajar UPSR dan kerja Photografi wedding serta part time design.)
latihan bola sepak disekolah redah
Kekurangan bukan alasan untuk kita maju. latihan diadakan diruang yang cukup sempit demi minta murid pada sukan
bola sepak ini

Tips latihan nya adalah :
  1. Pastikan pemain telah didedahkan asas menendang bola sepak
  2. pastikan pemain menendang menggunakan kaedah yang betul.
  3. kaedah ini mesti dimulakan dengan kaedah yang paling mudah dan dituruti dengan kadar kesukaran yang berbeza.
  4. PokCik menetapkan asasnya dengan cara 2 sentuhan dan dikuti 1 sentuhan.
  5. untuk latihan ini boleh dilaksanakan dengan cara menendang dengan kaki dalam, diikuti menendang dengan kaki luar.
  6. Ketika latihan ini dilaksanakan pastikan murid fokus pada sasaran dan sentiasa bersedia menerima semula bola yang datang.
  7. Sentiasa memberi motivasi kepada pemain ketika menjalani latihan.
Video latihan asas menedang 



latihan ini dapat meningkatkan kekuatan menendang dan fokus pemain ketika menendang,membuat hantaran dan menerima hantaran.

0 comments: