Pengumuman 2 kali bonus

Bonus Raya 2013, Pemberian Bonus Penjawat Awam Untuk Hari Raya Aidilfitri 2013, bonus
Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua. 
Confirm.. !!! 

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
3. Dibayar tahun ini juga.
4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.
6. Pemberian bonus bersyarat dan terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.
2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawal
3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.
4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.
5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya.

bonus orang berpuasa dan yang mencari lailatul qadar sahaja. kejar beb. jgn tak kejar.. asyik kira duit jek kan... sesekali kira la pahala yang ada. cukup ke nak peroleh kasih sayang Allah dengan bonus-bonus duit selama ni ?


Artikrl ini PokCIk Jumpa di Facebook....
Syok membacanya....
Dan ianya sungguh menginsafkan.....

Sekarang ini semua sibuk pasal bonus Hari Raya Tetapi hanya sedikit yang sibuk Bonus Pahala yang terang-terang dapat dibulan Ramadan ini....

2 comments:

ejam said...

Bonus bulan mulia lebih tinggi nilainya kan..

Chot said...

Pokcik mmg baik sbb mengingatkan su. Terima kasih pokcik.. Cnfrm ade bonus hjg bulan ni. . :)