Dimana Akal Kita Sebagai Rakyat Malaysia?

Salam 1 Malaysia....

Lagi Maju Negara Lagi Mundur Pemikiran Kita Sekarang ini.....
PokCIk teramatlah sesal dan kecewa apabila semakin ramai golongan muda yang berani dan kurang ajar terhadap Negara sendiri.....
Sikap hormat menghormati diantara satu sama lain sudah semakin luput....

Lagi diberi kebebasan lagi hilang kewarasan.....
Dimana sikap sayangkan negara dan bangsa serta agama?....
Pandai bercakap namun tidak pandai berfikir?.....

Status komen oleh seorang Rakyat Malaysia ini teramatlah memalukan.....
Di alam siber ini ramai golongan sudah tidak terkawal didalam memberikan pendapat dan pandangnan....
PokCIk teramat berbaharap agar pihak kerajaan dapat mengawal kebebasan bersuara yang diberikan.....
kerana ianya semakin lama semakin teruk....

Sedarkah kita bahawa setiap apa yang tertulis dibaca oleh golongan muda yang belum cukup baligh lagi.....
Setiap apa yang kita tulis akan dijadikan satu bahan pembelajaran oleh golongan ini....
Ingatlah bahawa golongan muda dan masih bersekolah adalah golongan terbesar didalam dunia siber ini...lebih-lebih lagi budak-budak yang masih bersekolah....

Adakah ini nilai kemajuan yang kita inginkan......
adakah ini nilai kebebasan yang diberikan?......



Pandai bercakap namun dalam masa yang sama......


Dimana Akal Kita Sebagai Rakyat Malaysia?
PokCik teramat berharap Pihak Kerajaan dapat lebih tegas pihak-pihak macam ini....
tak kisahlah dia bawah umur or dah cukup umur......
Tak guna kita mendidik jika pekara ini dibiarkan berterusan....
ini kerana budak-budak sekarang lebih percaya pada dunia yang mereka baca dari mendengar hakikat yang sebenar....
Cegahlah sebelum menjadi parah......
Sayanglah negara ini sebelum ianya punah kerana anak bangsa kita sendiri......

0 comments: