Salah ke?

Terdetik dihati PokCik ini seribu kekesalan dan kekecewaan apabila menyakiti hati-hati ini yang pokCik sayangi......Namun inilah cara yang terbaik PokCik boleh lakukan untuk mengajar mereka tentang kepentingan ilmu yang dituntut.....Takut juga muncul dijiwa ini, takut-takut ada pulak yang menyerang dan menuduh dengan pelbagai andaian....

Ya zaman sudah berubah...PokCik masih dengan cara lama dalam mendidik..kesakitan adalah teknik yang terbaik untuk mengingati...namun Bos Bos diatas melarang cara ini....Semua kena ikut cara baru dan the latest.....adakah ia berkesan....Sepanjang dalam dunia pendidikan dan duduk di tempat ini PokCik dah perhatikan macam-macam cara dalam mendidik...Memang ada yang boleh didik dengan cara yang terkini namun bilangannya terlalu sedikit yang berjaya dan yang lainnya...hanyut sehingga tamat zaman baju sekolah.....

Ya benar mungkin benar cakap  blogger cik Liyana Adnan yang hebat tu....cikgu ini makan gaji buta ajer kot...Pokcik tak marah pun dengan blogger cik Liyana Adnan ini...ini hak dia dia untuk meluahkan apa yang dirasa..malah PokCik terasa tercabar apabila dia menuduh guru-guru diMalaysia ini macam tak bekerja..

Hakikatnya dia tak tahu PokCik terasa macam-macam perasaan kerana Tanggungjawab kami bukan kecil....kami mendidik dan membentuk sahsiah manusia..kami sentiasa tertekan..kerana produk kami manusia bukan bangunan yang akan diruntuhkan apabila cukup masanya...

Salah ke ? pOkcik mendidik dengan cara lama...teknik baru dipraktikkan.....Salah ke?....Pegangan kami Kejayaan murid kebanggaan negara dan ibubapa dan masyarakat.....Kegagalan murid adalah kesalahan kami...Ini lah pegangan dan prinsip KPM dan Jabatan Pendidikan....maaf jika ada yang terasa...ini adalah apa yang PokCik lihat sepanjang PokCik duduk dan bekerja didalam bidang ini...

Ya kerja tetap kerja....Amanah tetap dijunjung kerana PokCIk ingin makan rezeki yang halal....


4 comments:

Noor Atikah Ramli said...

sabar ye pokcik :)

Unknown said...

TQ....5 huruf yang begitu mudah dieja dan disebut namun terlalu sukar untuk melaksanakan....

inche hlovate said...

bagi sya jadi cikgu tak semudah yg disangka

Unknown said...

mudah bagi mereka yang hanya fikir ianya suatu kerja yang harus dilaksanakan. Sukar bagi mereka yang menjadi bidang ini sebagai sebahagian dari hidup mereka. Sesungguhnya dibahu kanan kami adalah agama dan dibahu kiri kami adalah bangsa dan negara.