Carilah kegembiraan

Adakah kita tidak pernah mengeluh? 
sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari rasa mengeluh, 
sebagai manusia biasa emosi kita juga sentiasa bertukar antara positif dan negatif.

Sebagai manusia biasa juga kita pasti akan merasa tertekan dengan keadaan dan persekitaran. 
Walau bagaimana pun kita perlu hidup di alam realiti atau di alam nyata.

Mengeluh , bersedih atau berduka terlalu lama tidak akan dapat menyelesaikan masalah.
Kita hanya perlu sentiasa bersangka baik kepada ALLAH.

Jika kita melihat setiap kebaikan yang ALLAH berikan kepada kita, 
pasti kita akan dapat merasa bahawa ALLAH sangat mengasihi diri kita, dan kita juga akan sedar akan kekayaan yang kita miliki adalah tidak terbatas. 

 Jadi jika dikala ini ada yang merasa sedih dan berduka, carilah kegembiraan dengan sentiasa bersangka baik kepada ALLAH kerana ALLAH itu Maha Baik dan Terbaik.Sebenarnya terlalu banyak nikmat yang ALLAH berikan. Malah nikmat tersebut tiada hadnya, malah kita semua lebih cenderung berfikir negatif dari melihat sesuatu yang positif. 

Dan percayalah.... apa juga yang berlaku kepada kita adalah terbaik, terpulang kepada diri kita sendiri sama ada untuk mentafsirkannya secara positif atau negatif.

1 comments:

EPIK said...

yup...apa yang ALLAH tetapkan & aturkan adalah yang terbaik utk kita... :)

Katil Elevator Di Ruang Tamu