DENGAN MENGGUNAKAN PERKATAAN SENDIRI, BAGAIMANA INDIVIDU BOLEH MENCAPAI KESIHATAN YANG OPTIMA BERDASARKAN
FAKTOR PERSEKITARAN?
Kesihatan persekitaran merupakan suatu cabang dalam bidang
berkaitan dengan kesihatan awam yang menyatakan suatu konsep kesedaran dan
pengetahuan tentang aspek alam semula jadi, persekitaran dan persekitaran
terbina yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan manusia sejagat. Istilah
lain yang turut digunapakai dalam merujuk kepada disiplin kesihatan
persekitaran adalah kesihatan persekitaran awam dan penjagaan dan kesihatan
persekitaran.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengertikan kesihatan
persekitaran sebagai:
Segala aspek tubuh manusia termasuk kesihatan dan penyakit
manusia yang mempunyai kaitan dengan faktor dalam alam sekitar. Ia juga merujuk
kepada teori dan amalan berterusan menilai dan mengawal faktor dalam
persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan.
Kesihatan persekitaran sebagaimana digunakan oleh Pejabat
Wilayah WHO di Eropah, termasuk kedua-dua kesan langsung patologi kimia,
sinaran dan beberapa agen biologi, dan kesan secara langsung dan tidak langsung
kepada kesihatan dan kesejahteraan. Juga meliputi kesan terhadap persekitaran
fizikal, psikologi, sosial dan estetik yang termasuk perumahan, pembangunan
kawasan bandar, penggunaan tanah dan pengangkutan.
Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan
vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini
harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal,
mental, emosi, dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai
kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang
sepenuhnya.
Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan
keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi
seimbang, iaitu empat perkara penting - pemakanan, senaman, rehat dan sikap
mental.
Persekitaran
alam, tempat tinggal dan persekitaran kerja yang bersih, selesa, aman dan tidak
tercemar meningkatkan tahap kesihatan individu. Pencemaran persekitaran
mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Alam sekitar dan persekitaran yang kotor
dan tercemar mengundang kepada bahaya toksik dan penularan wabak penyakit yang
akan menggugat tahap kesihatan.
Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk
menjaga kesihatan adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal.
Keadaan di dalam dan di luar rumah hendaklah bersih daripada sampah sarap dan
tempat-tempat air bertakung. Perkara ini akan dapat menghapuskan tempat
pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus, nyamuk dan lain-lain.
Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya
sebagai langkah menjaga kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan
kesihatan seseorang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Inggeris tentang
amalan pemakanan iaitu “What you are, is what you eat”. Boleh dikatakan
seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang akan memperoleh kesihatan
yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna seseorang mengambil makanan yang
berkhasiat dan berzat sesuai dengan keperluan tubuh badan seseorang. Seseorang
individu memerlukan makanan yang sesuai berdasarkan usia, pekerjaan dan
keperluan-keperluan lain.
Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang
pentingnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan dengan
bermacam-macam amalan hidup yang negatif telah menular dalam masyarakat kita.
Antara gaya hidup yang negatif ialah amalan seks rambang dan bebas, melanggani
pelacur, penagihan dadah dan pil-pil khayal, ketagihan arak serta lain-lainnya.
Begitu juga amalan merokok yang masih menjadi sebahagian cara hidup muda-mudi
dan remaja dalam masyarakat kita seolah-olah kempen “Katakan Tak Nak Pada
Rokok” giat dijalankan. Sudah tentu, gaya hidup tidak sihat akan mengundang
penyakit seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), siflis dan
lain-lain. Amalan-amalan sebegini perlu dijauhkan seterusnya mengamalkan cara
hidup sihat berdasarkan norma-norma agama dan budaya timur kita.
Penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam
hidup kita seharian. Pelbagai langkah boleh diambil untuk memperoleh kesihatan
yang baik. Antaranya, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, mengambil
pemakanan seimbang dan melakukan kegiatan riadah. Kita haruslah lebih prihatin
dan mengambil berat tentang kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang
berkualiti. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan
dan kemakmuran negara
Promosi Persekitaran Sihat adalah tema yang penting kerana
persekitaran yang bersih, sihat dan selamat merupakan keperluan asas manusia.
Persekitaran perlu dilindungi supaya kita dapat menikmati kehidupan yang sihat
pada masa kini dan masa hadapan. Interaksi di antara manusia dan persekitaran
perlu seimbang. Ini adalah kerana manusia dan persekitaran saling berhubung
kait di antara satu sama lain. Sekiranya keseimbangan ini diancam, kemungkinan
besar manusia akan menghadapi pelbagai masalah khususnya masalah kesihatan
seperti penyakit bawaan makanan dan air, penyakit-penyakit bawaan vektor,
pencemaran udara dan lain-lain keadaan yang membahayakan
Aktiviti-aktiviti dan cara hidup seharian kita sama ada di
rumah, sekolah, tempat kerja dan taman rekreasi boleh mempengaruhi kualiti
persekitaran. Oleh sebab itu, adalah wajar kita memberi penumpuan kepada
perkaitan rapat di antara cara hidup dan persekitaran melalui Kempen Cara Hidup
Sihat tahun 2002 yang bertemakan Promosi
Persekitaran Sihat.
Promosi tingkah laku yang mudah dan praktikal dapat
menyumbang kepada pencegahan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan
persekitaran. Ini seterusnya, dapat meningkatkan taraf kesihatan rakyat
Malaysia di samping mengekalkan persekitaran yang sihat.
Kempen ini menyokong dan memperkukuhkan lagi kempen-kempen
kesihatan yang sedia ada seperti Kempen Anti-Nyamuk dan Kebersihan Nasional,
Program Bandar Raya Sejahtera, Kempen Menghijau Alam, Kempen Cintai Sungai Anda
dan Kempen Kitar Semula. Oleh itu jalinan kerjasama di antara Kementerian
Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan lain serta agensi-agensi bukan kerajaan
adalah amat penting memandangkan kesihatan adalah isu sejagat yang melibatkan
semua orang.