Wanita Cantik Selalu Curang

HORMON ESTRADIOL JADIKAN MEREKA SENTIASA KURANG PUAS HATI DGN KEKASIH YANG ADA

Bagi mereka yg mempunyai banyak estradiol, satu bentuk estrogen, selalunya lebih menarik dari segi fizikal dan mudah memerangkap lelaki. Mereka juga kurang berpuas hati dengan kekasih yg ada. Dengan itu wanita yg sedemikian sering berlaku curang, menurut hasil kaji selidik yg disiarkan dlm jurnal Royal Society.

Hormon steroid ovari itu juga dikaitkan dengan muka bersimetri, payudara besar dan nisbah ukuran pinggang ke paha yg rendah. Penyelidik juga mendapati bahawa wanita cantik berkemungkinan besar mengambil kesempatan terhadap keseksian mereka utk memerangkap lelaki terbaik.

Dr. Kristina Durante berkata: "Wanita yg secara fizikalnya cantik bukan setakat mempunyai banyak pilihan, malah juga standard tinggi yg sukar dipuaskan. Mereka juga mempunyai alasan yg sedikit utk komited kpd teman yg khusus jika ada lelaki berpotensi yg lebih berkualiti."

Dalam kajiannya, Kristina dari Universiti Texas, AS, mengukur paras estradiol di kalangan 52 pelajar wanita..... Analisis yg dilakukan menunjukkan wanita paling cantik menikmati kepuasan paling kurang. Bagaimanapun mereka akan memilih utk menjalin hubungan jangka panjang daripada mengadakan hubungan singkat dengan beberapa lelaki.

Orang putih memang suka lakukan kajian yang pelik-pelik.....
PokCik pun tak terpikir mereka boleh buat kajian sebegini....
macam-macam la mereka ini....
Walauapa sekali pun janganlah terima bulat-bulat fakata yang mereka kemukakan...takut-takut lain jadinya nanti....
Pokok pangkal hati kita sebagai manusia....
Setiap yang berlaku ada hikmahnya...
Fikir-fikirkan lah....

CERITA PANAS
Boleh Bantu saya dalam Pertandingan membuat Laman/Portal?
Budak sekolah Rendah Belajar jadi pailang Ingat Senang nak jaga budak ker?
Cakap senang la..mai cuba dulu...
Nampak tak perubahan yang ada diblog PokCik ini tak?....
Dah ada kotak-kotak iklan nuffnang....
Saje jer PokCik nak mencuba belajar mencari duit dengan cara menjadi ejen Nuffnang....
Kira jadi ahli la......
Ini bukan kali pertama PokCIk letak iklan macam ini....
Sebelum ini PokCik pernah gak letak di Blog Photography PokCIk Kamera Jamil...
Tak banyak pun income nya......
dah 2 tahun buat hanya dapat banyak ni ajer:

tapi PokCik tak pernah mengalah...kerana memang sifat PokCIk belajar dari kegagalan.....
Banyak benda yang pokCik tak paham tentang Nuffnang ini.....
Tapi pokCIk akan belajar perlahan-lahan......Buat mana yang mampu....

Kalau ada Tips-tips yang berguna boleh la ajarkan POkCik......
maklum la PokCik agak lembab dalam bab-bab macam ini....

Kenapa Nuffnang?......
Sebenarnya PokCik tak kisah pun income dari Nuffnang ini.....
Al maklum la PokCIk kan dah kerja...Cukuplah untuk tanggung anak bini PokCik....
tapi pOkcik nak Buktikan bahawa Iklan-iklan Nuffnang ini memang boleh menjana Duit bagi anak-anak didik PokCik yang serius dalam dunia berblog.....

Walaupun anak didik PokCik duduk di bandar besar namun pemikiran mereka tidak mengikuti perkembangan terkini walaupun mereka selalu didedahkan dengan Teknologi-teknologi terkini....
Yang mereka tahu Dunia Teknologi ini hanya Game Online dan Facebook...itu ajer....malahan ada diantara mereka yang mencari dan menonton cerita-cerita lucah........(Ini hakikat yer.....).
So menjadi tanggungjawab PokCik mendidik dan mendedahkan mereka dengan dunia maya yang sebenar.....

Ini adalah Projek khas PokCik untuk budak-budak disini....
So Kena buat bukti baru budak-budak boleh nak ikut...kalau tak ada bukti jawapannya memang macam melepaskan batuk ditangga la....Belajar cari duit dengan Nuffnag memang cara mudah....namun memerlukan kerajinan....

So sesiapa yang mempunyai Tips-tips bolehlah berkongsi dengan PokCik ini.....








“Kalau boleh kurang subsidi gula atau mana yang tak penting boleh bagi BR1M lagi banyak,” kata Tan sri Muhyiddin.

Ini adalah berita yang baru didengar melalui  Astro Awani.

Fakta kenaikan harga gula :
  1. 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)
  2. 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen)
  3. 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)
  4. 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta)
  5. 29 September 2012 : RM2.30 (Subsidi kerajaan dikurang 20 sen)
  6. Adakah bakal naik lagi buat kali keenam selepas Pilihanraya Umum ke 13?
Kempen kesihatan supaya penggunaan gula dikalangan rakyat Malaysia dikurangkan bagi mengelakkan penyakit sudah lama dijalankan. Jika anda semua diberikan pilihan antara BR1M dengan  subsidi gula dikekalkan? Yang mana satu yang menjadi pilihan anda? 

Pokok pangkalnya setiap yang diberikan harus mempunyai pro dan contranya.....
So pikir-pikir la yer....
PokCIk selalu check facebook budak-budak pokCIk...
PokCIk suka tengok dan nilaikan cara bahasa budak-budak apabila melayari Facebook....
Kerana PokCIk percaya Nilai-nilai murni seseorang budak boleh dinilai melalui pertuturan dan penulisan mereka di Facebook...
PokCik tidak akan menegur mereka begitu sahaja...Tetapi PokCik lebih suka merapati mereka dan melihat masalah mereka di Sekolah......
PokCIk cuba menyelidik nilai-nilai murni mereka dengan rakan dan keluarga mereka....
dikahir sekali baru pokCik menasihati mereka dengan cara mereka sendiri.....
Hakikatnya PokCIk tahu.....
budak-budak belajar benda salah dari manusia yang berada disekeliling mereka....
Hakikatnya POkcik tahu....
budak-budak tidak tahu nilai murni kerana mereka kurang pendedahan tentang benda baik......
Hakikatnya PokCik faham....
nilai peribadi budak banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran mereka.....
Hakikatnya PokCik kena terima....
Semua ibubapa lebih percaya akan anak-anak mereka dari orang luar....
Dan kita semua kena terima......
Masyarakat sekeliling tidak boleh lagi menasihati anak-anak jiran tetangga....
Sekolah tidak boleh mendenda budak-budak lagi...kalau tak percaya mai terjah entry ini (KLIK SINI)
 Inilah masalah yang kita harus tangani sekarang.....

PokCIk tidak bercakap jika tidak mempunyai bukti.....
mai kita tengok budak yang cuba belajar jadi pailang di facebook...
facebook adalah penapis/pengesan nilai-nilai murni yang terbaik bagi PokCik.....

antara Buktinya

Bukti ini masih fresh lagi......
nak salah kan siapa pekara seperti ini boleh berlaku?.....
Cikgunya ker?.....Ibubapanya ker?.....Masyarakat ker?.....Kerajaan Ke? or Pihak Sekolah kot?....
marah betul budak ini?....
adakah dia marah dengan sekolah? or dia marah dengan cikgu-cikgunya?..or ada cikgu yang pernah mendenda dia?......
Ini baru sekolah rendah...kalau sekolah menengah...kalau di IPT......
tepuk dada tanya diri kita sendiri....

Pesanan orang tua jangan lupa.....Kerana Bahasa....badan binasa.....


Assalammualaikum dan salam Sejahtera.....

Hari ini PokCik jadi begong sikit.....
Dari PagI sampai Petang.....

Pagi-Pagi PokCik dah "Membebel" di tapaK perhimpunan....
PokCik tekankan Perkataan Semangat, Setia dan Semangat Juang kepada semua Wakil-wakil yang menjadi Harapan markas.....ini semua berPunca dari kejadian semalam la....semuanya kerana Semangat yang tiada didalam diri anak bangsa kita .
Lama jugak la pokCik memekak kat Tapak perhimPunan tu..almaklum la kepala dah jadi begong sikit...
Macam biasa ler..kalau dah malaikat Maut berucap dah terang-terang budak-budak senyap PunYa...memang suara PokCIk ajer yang dengar.....

Dah puas membebel giliran budak-budak Bola Sepak pulak.....PokCik tak banyak cakap..PokCik hanya tekankan pada game semalam saja ..Terlepas jugak la perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya PokCik ucapkan pada Budak....Budak-budak memang menunduk semuanya...tak berani nak angkat Kepala ( SESAL JUGAK LA POKCIK TAK DAPEK NAK KAWAL MULUT INI)..lagipun kepala dah jadi begong macam ini memang tak boleh kawal punya...so petang ini jam 2.30 PokCik arahkan budak-budak datang padang awam dirumah mereka.....PokCik bagi pilihan pada mereka nak datang ke aktiviti latihan rumah sukan or latihan bola....lepas tu pokCik blah begitu ajer.....biar terpinga-pinga budak-budak tu.....

PokCik masuk kelas dan ngajar macam biasa.....kelas paling bawah...kelas paling teruk...kelas paling belakang....dari segi akademiknya dan juga dari segi IQ mereka.....masak la poKcik....makin sakit ler tekak ni....Makin begong la kepala ni....
Tiba-tiba keajiban berlaku...budak-budak kelas 3M ini baik dan teratur ajer.....setiap arahan pokCik berikan tak payah nak kena ulang 2 3 kali...tak payah nak marah...tak payah nak keraskan suara.....semua arahan di ikuti dengan baik dan lancar...senang jer.....suruh buat kerja mereka buat kerja...suruh mereka cari jawapan dalam buku teks mereka cari...tak paham mereka sendiri cari poKCik...alhamdulilah...mungkin mereka paham keadaan pokCIk yang berkepala begong hari ini....

Kelas seterusnya adalah kelas ganti tahun 6...pergh direct pulak.....(Dalam kepala dah tak ada orang lain ke nak ganti).....
Masuk ajer kelas tu pokCik terus duduk dikerusi Guru.....
Tak cakap apa-apa.....tak bersuara...pokCIk just pandang budak-budak ajer...
seperti biasa budak berdiri dan salam diberi.....
PokCik hanya menggunakan arahan tangan ajer suruh budak duduk...tekak sakit......
5 minit duduk senyap.....kelas jadi sunyi sepi...budak-budak tahun 6 pandang saja pokCIk....al maklum la mereka dah biasa dengan PokCik dan dah tahu pantang larang PokCik....
PokCik angkat kerusi guru dan duduk ditengah Kelas.....So mulalah sesi membebel kali ke 2.....PokCik memberikan ceramah tentang sifat dan sikap mereka walaupun Tekak makin sakit......Budak semua senyap,dengar dan mata memandang tepat pada PokCik ....Tak tahu la kenapa nak membebel ajer hari ini walaupun tekak sakit....mungkin sebab kepala dah jadi begong sikit kot.....setengah jam jugak la PokCIk membebel.....

Selesai semuanya PokCIk direct pergi makmal Komputer.....
Ingat nak buat kerja sikit......tapi tak kesampaian......
kelas lagi.....3B pulak.....
Hari ini dah janji kena bawak budak masuk Makmal KompUter....
So bawak la jugak.....
Allah membantu PokCIk hari ini...budak-budak ini pun baik....sesi berjalan dengan baik dan senyap....PokCik bercakap budak mendengar dengan kusyuk dan pandai pulak buat latihan dalam buku aktiviti tanpa diarahkan...alhamdulilah....Nikmat dari Allah....Minggu depan pokCIk dah janji bawak mereka masuk dan belajar diMakmal lagi kerana sikap dan sifat mereka hari ini....

Habis kelas 3B datang pulak budak-budak 2B tanpa dipanggil.....alhamdulilah.....senang lagi kerja POkCik lagi....tak payah pergi jauh-jauh then patah balik ambil mereka.....elok ajer budak-budak hari ini......arahan bagi sekali dah boleh ikut....susunan kasut semuanya tersusun....adap masuk ke makmal juga dilaksanakan oleh budak-budak ini tanpa ditegur seperti selalu......Budak-budak 2B ini pokCIk kena ajar cara buka kompUter....senang betul...sama seperti kelas-kelas yang pokCIk masuk tadi...elok ajer...semuanya berjalan sempurna dan dengan baik.....Sampai masa kelas dah habis pun tak sedar....Top-top keluar kelas budak-budak tahap 1 semua dah balik...tinggal mereka ajer.....Kepala yang begong tadi dah macam nak OK......so PokCIk seperti biasa lepak dikantin sambil perhati budak-budak balik dan perkena Nescafe o ais.....

Tepat jam 2.15pm PokCIk dah terpacak dipadang awam seperti yang dijanjikan....
macam biasa la.....cuma 2 orang saja yang dah stanby dipadang...yang lain tak nampak muka lagi.....
jalan ajer latihan dengan 2 orang ini.....dalam jam 3.00pm baru la semua hadir....biasa la janji melayu yang diwarisi dari turun temurun......Standard le tu....nak denda or tanya pun bukan berbaloi pun....
So hari ini latihan main pertahanan dan penyerang sahaja.....PokCik terpaksa buak fikiran mereka sorang demi sorang...tengok mereka main, tegur mana yang teruk yang salah....ajar mereka mana yang patut dan tak patut....Training tak sampai 1 jam hujan la pulak.....siap dengan kilat lagi tu...pokCik tak nak ambil risiko...so PokCIk suruh budak-budak balik awal.......Jangan ambil risiko latihan waktu hujan yer....
Training hari ini nampak perubahannya sikit.....
budak  dah tahu sikit-sikit apa tugas mereka...
dah faham sikit-sikit tips dan pantang larang didalam permainan bola sepak....
Esok nak tengok macam mana mereka main dengan budak sekolah menengah pulak......
Boleh pergi ke idak......

So sekarang ini Kepala Yang begong dari pagi dah makin ok kot......
yang penting sekarang ini PoKCIk nak mandi......rehat kejap....then siapkan lesson plan esok dan minggu depan....Lepas tu nak sambung adjust blog sekolah  untuk mengadap PERTANDINGAN LAMAN WEB / PORTAL SEKOLAH.

Apa Ingat Senang Nak Jadi Cikgu Ke?
Semuanya demi anak bangsa...ku relakan juga....ku hadapkan juga....




Asalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Nampak tak banner di atas....
Segmen ini adalah untuk menambah sahabat blogger....
PokCik pun nak jugak tambah kawan-kawan dialam maya ini...
Boleh le bertukar pendapat atau pandangan antara sesama kita....
Hidup ini jika tiada sahabat maka ianya akan menjadi Kosong...betul tak?...
 
Cara nak menyertai@join segmen ini senang ajer....
Klik ajer banner diatas or DISINI

Pesanan dari Penaja:

Kelebihan Join Segmen ni:
  1. Siapa yang join secara automatic masuk dalam bloglist  sepanjang tahun 2013
  2. Trafik blog akan meningkat
  3. Follower semakin bertambah
  4. Kenalan blogger semakin ramai
  5. Perkongsian antara blogger dengan blogger.