Intipati Bajet 2016

Seperti kita semua maklum bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah membuat pengumuman mengenai perangkaan semula Bajet 2016 berdasarkan kedudukan kewangan semasa negara.Antara Intipati keseluruhan Pengubahsuaian Bajet 2016 dalam Belanjawan Negara. Pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 telad dibentangkan secara langsung di  PICC Putrajaya bermula pada jam 12.00 tengah hari sehingga jam 1.00 petang Khamis 28 Januari 2016.

Berikut adalah isi penting pengubahsuaian Bajet 2016.

Pengubahsuaian Bajet 2016 lebih berpaksi kepada 2 tunjang iaitu memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan menjaga, memelihara kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat. Terdapat 11 isi penting pengubahsuaian dan penstrukturan semula bajet 2016

  • Pertama: Kerajaan setuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016-Disember 2017. Walaubagaimanapun, caruman majikan kekal.
  • Kedua: Kerajaan akan beri pelepasan khas cukai sebanyak RM2k kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8k/bulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015
  • Ketiga: Bagi kurangkan kos keperluan harian, Kerajaan akan liberalisasikn AP bagi produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah dan daging.
  • Ke-4: Berkuat-kuasa serta merta ke atas projek baru, smua penjualan rumah berharga hingga RM300k  terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.
  • Ke-5: Sumbangan 30% daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang telah diberhentikan.
  • Ke-6: Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders
  • Ke-7 : Kerajaan terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada 2 kategori, tidak termasuk pembantu rumah asing. Kerajaan laksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI, beri peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah.
  • Ke-8: Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.
  • Ke-9: Perbelanjaan pembangunan akan fokus kepada projek dan program mendahulukan rakyat, mmpunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah.
  • Ke 10: Institusi kewangan pembangunan dan dana modal teroka milik Kerajaan akan tambah dana RM6 bilion dalam sediakn pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan
  • Ke 11: Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, akan dipantau EPU Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, akan dipantau EPU
Penambahbaikan Pengubahsuaian Bajet 2016
  1. Pelancong dari China tidak perlu visa untuk ke Malaysia bermula 1 Mac-31 Disember 2016, tertakluk syarat-syarat tertentu bagi tempoh lawatan tidak lebih 15 hari.
  2. Kerajaan juga teruskan pelaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016, seperti yang dijanjikan dalam bajet 2016
  3. Biasiswa Pendidikan Tajaan JPA Diteruskan: Seperti Biasiswa JPA, Program Biasiswa Nasional, Program Bursary pelajar cemerlang, Program Biasiswa Kejuteraan di Jepun, korea, German, Rusia dan Program Biasiswa MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputra dan Skim Latihan Akademik IPTA tetap diteruskan.
  4. Peruntukan PTPTN sebanyak RM5 Bilion diteruskan kepada Mahasiswa yang melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS.
Bajet 2016



0 comments: