KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2




i.              Menilai rakaman Video satu  sesi pengajaran. Pelajar perlu menilai dengan memilih salah satu aspek kemahiran mikropengajaran yang terdapat dalam rakaman video tersebut.


Salah satu aspek kemahiran mikropengajaran yang terdapat didalam rakaman video pengajaran ini adalah  Kemahiran menerang. Kemahiran menerang adalah  salah satu daripada komponen dalam kemahiran mikropengajaran yang harus dikuasai oleh guru . Kemahiran menerang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan cara yang berkesan, membina pengetahuan dan kefahaman pelajar serta pelajar dapat mengikut arahan. Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi,atau motivasi penyoalan ,variasi rangsangan, penggunaan papan kapur, alat bantu mengajar pengukuhan, penutup,menerang dan sebagainya.
Kemahiran menerang merupakan salah satu kemahiran yang memainkan peranan yang amat penting dalam proses pengajaran seseorang guru.  Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid, ia biasanya digunakan pada peringkat perkembangan sesuatu proses pengajaran. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru boleh  memberi penerangan kepada murid tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran. Kemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu, sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan seseorang guru untuk mengendalikannya dan mengenal pasti sejauhmana pencapaian murid atau pelajar. Kemahiran ini digunakan di peringkat perkembangan sama ada untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid dengan jelas.
Dalam kemahiran ini telah  menggunakan dengan cara  memberi contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran seperti  menerangkan pengertian bersuci  dengan memberikan beberapa contoh jenis air  yang boleh ditemui disekeliling murid melalui pengalaman sedia ada murid dan juga melalui persembahan multimedia yang digunakan sebagai bahan sumber untuk pemahaman murid. Guru ini juga  menerangkan sambil mendemonstrasikan alat yang tidak boleh digunakan untuk bersuci. Guru ini telah  menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujuk kepada persembahan multimedia yang disediakan. Guru ini telah memilih cara dan bentuk penerangan serta alat bantu mengajar yang sesuai untuk pengajaran didalam kelas ini.
Tujuan utama guru perlu menguasai Kemahiran Menerang ini adalah supaya guru dapat Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. Ia juga akan dapat memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas. Disamping itu juga sesuatu isi  pembelajaran murid dapat  dihuraikan melalui sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah. Kemahiran Menerang ini juga dapat menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.
Guru ini telah mengikuti Prinsip-Perinsip Panduan dalam Kemahiran Menerang yang di mulai dengan merancang  aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan  bentuk penerangan yang amat sesuai. Contoh-contoh ilustrasi dan sumber pengajaran  yang  disediakan amat menarik dan telah disediakan terlebih dahulu. Aktiviti penerangan yang dilaksanakan oleh guru ini  tidak terlalu lama. Jika penerangan dilakukan terlalu lama kemungkinan murid –murid  ini akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk dan  mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama. Guru ini juga bijak dalam menggunakan kemahiran variasi rangsangan untuk mengekalkan minat murid terhadap penerangan guru tentang topik yang diajar.
Guru ini juga telah menggunakan perkataan dan istilah untuk menerangkan kepada murid juga adalah  berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid yang lalu dan murid dapat mengikutnya pengajaran dengan mudah dan bermakna. Alat bantu mengajar yang digunakan berserta dengan penerangan yang dilakukan adalah amat berkesan dan dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti penerangan oleh guru. Selepas aktiviti penerangan dilakukan , guru ini telah menggalakkan murid bertanya perkara-perkara yang murid  tidak faham.
Kesan Penggunaan Kemahiran Menerang ini akan memberikan kesan yang amat positif seperti
  • Murid-murid dapat memahami konsep dan isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan tepat.
  • Murid dapat memahami sesuatu proses atau  prosedur secara terperinci dan teratur.
  • Murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru kerana penerangan yang diberikan menarik dan bermakna.
  • Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar  yang digunakan ia dapat membantu merangsang pelbagai jenis deria murid  serta memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya dalam ingatan mereka.
  • Aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini membolehkan guru menambah aktiviti didalam proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Komponen Kemahiran Menerang yang telah digunakan amat jelas. Guru ini telah menggunakan Pengunaan Contoh didalam proses penerangannya seperti contoh sumber yang mencukupi dan ini dapat memberikan input dengan menyeluruh dan ada bahan bukti. Contoh sumber  yang digunakan adalah amat sesuai untuk peringkat umur dan tahap penerimaan murid. Contoh sumber yang  jelas dan menarik digunakan sepenuhnya. Ini  kerana murid sukakan benda yang menarik dan berwarna-warni.
Pengurusan Kemahiran Menerang juga dilaksanakan dengan baik. Idea pengajaran  dikembangkan secara teratur dan  murid tidak keliru dengan isi yang disampaikan oleh guru.Variasi rangsangan yang dilakukan oleh guru ini telah berjaya digunakan dimana murid tekun dan dapat memberikan seratus peratus perhatian terhadap pelajaran. Penerangan lisan dilakukan dengan jelas dan tepat supaya murid tidak salah faham.
Dengan menguasai kemahiran menerang ini maka isi-isi penting dapat dinyatakan secara bertulis supaya murid akan dapat mengingat dengan lama. Manakala Isi-isi pelajaran disusun secara teratur untuk kesinambungan yang berturutan dan senang difahami oleh murid. Semasa akhir kemahiran menerang ini digunakan penyataan penutup mestilah  ringkas,tepat dan jelas.
Secara keseluruhanya kemahiran menerang merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam sesuatu mikropengajaran. Ada pelbagai jenis penerangan iaitu menerang secara penaakulan, interpretatif dan diskriptif. Terdapat 5 komponen menerang. Komponen pertama ialah ayat pembukaan, Ini bagi mewujudkan kesediaan dan menarik perhatian pelajar. Komponen kedua adalah isi kandungan atau intipati yang merupakan perkara penting yang ingin disampaikan kepada pelajar. Komponen ketiga dalam kemahiran menerang ialah kata penghubung atau penanda wacana. Ini bagi menunjukkan perkaitan antara isi kandungan pelajaran. Komponen keempat ialah ayat penutup atau ringkasan. Komponen terakhir ialah soalan yang menaksir kefahaman pelajar. Ia berbentuk soalan pendek bagi menilai kefahaman pelajar. Guru juga boleh bertanya soalan berbentuk retorik iaitu "faham tak?"
Prinsip utama dalam kemahiran menerang ialah gunakan kejelasan iaitu menggunakan ayat yang spesifik dan mengelakkan kekaburan dan tidak relevan. Prinsip lain ialah, gunakan penegasan seperti menggunakan intonasi yang berbeza, penunjuk, pergerakan atau gerak isyarat. Selain itu, guru juga perlu sentiasa mendapatkan maklum balas daripada pelajar dengan mewujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman. . Dalam kemahiran menerang juga, guru perlu menunjukkan urutan atau kesinambungan antara isi pengajaran agar pelajar memahami apa yang diajar dengan mudah.
 

0 comments: