Ini adalah entry sebelum maghrib untuk hari ini....
sedang PokCik pening mencari mood untuk membuat assingment pembelajaran PokCIk terjumpa satu artikel/pengalaman yang amat menarik minat PokCIk untuk dikongsikan.....
Ya....inilah hakikatnya zaman sekarang....
Sikap perangai bangsa kita......
PokCIk sendiri merasainya kerana memang PokCIk berada di zon yang amat dekat untuk menilai dan memahami situasi yang berlaku kini....Jom layan dan fikir-fikirkanlah.....
"Suatu petang semasa cuti semester, saya mengambil sedikit masa mengganti ibu mengajar kelas pengajian Al-Quran kepada kanak-kanak yang datang belajar di madrasah As-Syakirin. Jumlahnya tidak kurang dari 20 orang. Langkah pertama turun dari tangga rumah, saya terbayang suasana pengajian Al-Quran pada zaman masih kanak-kanak. Kami semua tekun membaca mahupun mengeja. Kalau ada yang nakal sekalipun, pasti tak berani untuk menakal di hadapan tok guru yang merangkap datuk dan nenekku tika itu. Kalau ada suara sumbang yang bukan dari suara bacaan ayat suci, maki hamun melebat hinggap ditelinga. Tak kurang juga yang didenda. Rotan kasih sayang dan cubitan ramah mesra menjadi rutin kami.
Selepas mengaji, biasanya kami mengutip kayu api untuk memenuhi ruang simpanan kayu di dapur tok guru. Khidmat kerana membalas jasanya mengajar dan mendidik kami. Khidmat mulia yang telah hilang di zaman Hadhari.
Inilah suasana pengajian zaman 80 dan 90-an. Tapi jangkaan saya meleset apabila hinggap di telinga saya bingit suara hilai ketawa dari tingkat atas madrasah dua tingkat yang menempatkan kelas itu. Sangka saya, mungkin ketiadaan guru menyebabkan mereka sedikit bebas. Sekali lagi jangkaan saya meleset, rupanya makcik saya sudah lama disana. Budak-budak berlari ke sana ke mari. Dengan sedikit herdikan yang tidak seberapa, mereka terdiam seketika. Mungkin wajah asing saya mengejutkan mereka.
Saya duduk dan memanggil beberapa orang dari mereka untuk diajar. Salah seorang memberi alasan “tok baco lagi” pekat dalam loghat kelantan. Alasan begini tidak pernah diterima pada zaman kami. Bahkan kalau ada, mahunya dihalau balik kerumah. Dasar pemalas menjadi gelaran. Saya bertolak ansur. Sedang asyik mengeja-eja beberapa kalimah, bising kembali membingit di telinga. Herdikkan saya bukan lagi herdikan biasa, agak lantang. Lantaran mereka bergurau dan bermain-main sewaktu ‘guru’ ada di hadapan mereka.
Akan tetapi apa yang tidak dijangkan berlaku, remaja awal belasan tahun di depan saya berhenti mengaji dan bergurau dengan rakan disebelahnya. Marah saya bukan kepalang. Keduanya didenda berdiri.
Esoknya ibu memanggil saya, bertanyakan khabar peristiwa semalam. Saya memberitahu keadaan sebenar. Ibu menasihati saya agar berlemah lembut dengan budak zaman sekarang. Saya kepelikkan. Bukankah dengan cara ini kami dididik dahulu. Rupanya bapa remaja yang saya denda itu datang memarahi ibu saya lantaran anaknya didenda. Memalukan katanya. Anaknya dihantar untuk belajar, bukan untuk didenda.
Mengajar dan mendenda dipisahkan jauh dari proses mendidik. Patutlah makin ramai cerdik pandai, makin jauh masyarakat dari nilai-nilai islam. Sedangkan Nabi mengajar untuk merotan anak yang tidak sembahyang bila mencecah umur 1o tahun. Remaja yang saya denda itu sudah belasan tahun.
Rupanya zaman telah berubah. Tiada lagi istilah mendidik. Guru-guru hanya diupah untuk mengajar sahaja. Bukan mendidik untuk menjadi manusia berguna. Tidak ada istilah nasihat, yang tinggal hanya MOTIVASI. Tidak ada lagi ungkapan denda yang kini diambil alih sebagai dera. Guru-guru semakin hilang wibawa, bisu, kaku dan lesu akibat tekanan maha besar dari mereka yang tidak mengenal nilaian sebenar didikan dalam islam.
Patutlah kerajaan Malaysia menukar nama JPN dari Jabatan Pendidikan Negeri kepada Jabatan Pelajaran. BESAR kesannya kepada masyarakat melayu, terutama masyarakat kampung dan desa yang dahulunya mengamalkan sikap kesatuan. Tidak ada istilah anak sendiri. Yang ada sikap tolong menolong dalam perkara kebaikkan, termasuk dalam soal mendidik anak. Kalau dahulu, ibu berterima kasih jika ada orang lain yang memarahi saya, lantaran kenakalan saya. Tapi kini nilai murni sebegini tidak dapat diamalkan lagi. Perasaan sombong dan pentingkan diri sendiri menebal dalam masyarakat termasuk di desa.
Masyarakat desa sudah semakin jauh dari nilai murni yang diajarkan oleh islam. Apatah lagi yang berada jauh dalam kesibukan bandar. Patutlah bohsia dan bohjan makin ramai, mat rempit semakin mengganas, mata gian makin menggila, gejala maksiat merata, rogol bermaharjalela. Ibubapa hanya boleh menjaga dan mendidik anak sendiri. Anak sendiri hanya boleh dididik oleh ibubapa sahaja.anak orang lain, aku tak perlu kesah, anak aku, kau jangan kacau. Tahulah aku menjaganya. Itulah hakikat suara masyarakat apabila jauh dari nilai islam.
Inilah kesan apabila pekerjaan yang dilakukan tidak berlandaskan apa yang diajar oleh islam. "
Kredit : http://www.hasanhusaini.com/2007/10/suatu-petang-semasa-cuti-semester-saya.html
walaupun entry ini sudah lama, namun ianya adalah bukti kukuh yang menunjukkan sikap bangsa kita... Jika bangsa lain pokCIk tak boleh cakap apa-apa....namun ianya berkait rapat dengan cara dan sikap bangsa kita....
Jika diperhatikan pada situasi sekarang pun sudah jelas menunjukkan bangsa kita yang paling hebat mengumpat dan mengutuk sesama kita. Bahasa hina menghina jelas terpampang disemua laman sosial....tak percaya buka facebook anda sekarang...Comfrim ada bab hina menghina antara kita....semuanya kerana Politik...dah macam orang yang tidak diajar tentang adap dan budi bahasa...kemana hilangnya adap timur kita....dimana hilangnya adap bahasa kita?....
Timbul pula isu pelajar bergaduh dan membuli sampai dirakam....anda fikirlah sendiri...semuanya berpunca dari kita sendiri yang ajar anak bangsa kita hebat sesama kita...bangsa dan agama dipermainkan.....sifat sayangkan negara menjadi medan menunjukkan sifat kurang ajar kita....
pokCIk tak nak cakap or membebel benda yang kita semua dah tahu...
nanti dijadikan isu.....kan musim orang mencari salah sekarang ini....
ada akal fikirlah sendiri.....dah besar semuanya...bukan budak-budak.....
cakap banyak-banyak nanti ada yang marah pulak....orang kita sekarang mana boleh lebih-lebih....
yang penting adalah kita kena ingat satu pekara....
setiap komen yang dipaparkan dilaman-laman sosial bukan hanya kita sahaja yang baca...tapi ramai...termasuk anak-anak kita......
mereka belajar dari apa yang kita tulis dan kata.....
mendidik adalah tugas kita semua bukan hanya tugas pendidik yang digelar guru@cikgu sahaja.....

2 comments:
artikel yang sangat bagus.... mudah2an ada orang melayu tidak akan terus layu walau sudah ramai yang layu
betul tu..melayu harus bangkit.bukan makan gaji je setiap hari.
Post a Comment