Ada baca tak berita tentang budak sekolah 13 tahun hisap rokok dikedai kopi?....
keluar dalam paper Sinar Harian
Kalau tak baca mai baca disini...
budak hisap rokok
Budak ini pikir hebat sangat hisap rokok

Pergh...apa nak jadi budak-budak sekarang ini yer?.....
lansung dah tak takut dengan orang-orang tua.....
Lansung dah hilang ras hormat pada orang sedang dia hanya bergelar budak.....
lepas tu gengster pulak......

Nak salahkan siapa pekara ini boleh berlaku pada budak-budak sekolah sekarang ini?.....
Cikgunya ker?....
Ibubapanya ker?.....

PokCIk pernah tangkap budak macam ini.....
teruk PokCik keje kan.....berubah sampai dah besar pun......
Dia stay ingat poKCik lagi......
tapi stay merokok lagi.....Dah besar takkan POkCik nak marah...lantak dialah...nasihat sikit-sikit ajer...tak boleh lebih-lebih....

Berbalik pada tajuk asal ini....
nak salahkan siapa budak-budak ini hisap rokok pada umur macam ini.....
budak-budak sekarang memang payah nak ditegur.....
bukan takut dengan budak tu....
tapi tak nak mak bapak dia melenting kalau kita tegur anak dia....
apatah lagi kalau disentuh......pegang bahu dicakapnya kita pukul....
tegur kang dicakap kita maki dia...budak sekarang memang pandai berlakon....
mak bapak memang percaya....
Kes macam ini paling banyak berlaku di bandar-bandar....
Susahnya nak mendidik budak-budak sekarang ini kerana masyarakat kita sudah tidak mahu menerima hakikat akan keburukan diri mereka sendiri.....

Teringat masa zaman sekolah pOkcik dulu....
dah la kena lempang dengan siapa tah sebab buat benda ini....
balik rumah kena tambah lagi dengan abah PokCik....
perhg...sampai sekarang masih terasa penangan orang-orang tua....







 
PokCIk tengah layan berita di TV3 tadi....
betul-betul terkejut...
Bayi 4 Bulan dilambung @ dera lah....
video yang ditayangkan tak sanggup pOkCik nak tengok....walaupun sekejap
Apatah lagi nak tengok di YOUTUBE or FACEBOOK......
Perasaan ini tak tahu nak cakap apa....Geram, sakit hai dan macam-macam la.....

Apa salah bayi yang hanya berusia 4 bulan tu?
apa yang bayi itu tahu?
kenapa diperlakukan begitu.....
Yang melakukannya adalah MANUSIA?.....
MANUSIA jenis apa ini?....
Dimana akal dia?.....
Kenapa B#@$%h sangat buat perbuatan ini?.....
Kenapa kejam sangat memperlakukan sifat FIRAUN ini....
marah macam mana pun berpada-pada la sikit...
Dengan budak pun nak bersifat kejam ker?.....nama pun budak....

Ingatlah....
Tak kiralah kita ini bangsa apa, asal negara mana pun dan beragama apa sekali pun....
Kita adalah MANUSIA yang dicipta oleh ALLAH sempurna dengan akal.....
Jadi lah seperti MANUSIA dan janganlah jadi seperti BINATANG yang tidak berakal....

Tengok paper online@cercitor blogspot. perlaku yang kejam ini telah ditahan....
Hope akan dikenakan hukuman berat pada manusia ini jika benarlah dia yang melakukannya...


0-3

Akhirnya Pasukan Tok gajah dibenam oleh skuad Singa seberabg tembok....
PokCik memang kecewa betul....
Pemain pahang memang tak boleh bermain di Stadium jalan besar malam ini....
Semua gol hasil dari tandukkan saja.....
Hope Tok Gajah tabah dalam menghadapi kenyataan ini....
PokCIk harapkan Skuad Harimau Selatan (Johor Darul Takzim) dapat membalas dendam untuk Tok Gajah.....
Salam satu Malaysia buat Semua....
Petang sabtu macam ini biasanay pokCik akan layan-layan gambar yang PokCIk ambik sebelum-sebelum ini....

PokCik ini memang agak suka snap-snap gambar....ala kerja suka-suka....tak boleh le buat serius sangat.nanti kerja lain pulak terabai...setakat nak tahu ilmu-ilmu photography....PokCik jugak ada buat bloG untuk belajar dan memaparkan hasil-hasil kerja poKcik...adA 2 blog.yang pertama untuk pokCik belajar...yang blog kedua adalah hasil yang terbaik pada pandangan mata PokCIk ..tapi tak selalu update ler....kalau ada gamabr comfrim masuk situ....

Kalau rajin mai la singgah sambil bagi komen-komen sikit...kalau rajin follow ler....linknya ada dibawah ni...

1. kamera-Jamil
2. Mj Photography

PokCik dah lama buat 2 blog ini. Dan blog dihujungpen ini baru ajer dibuka...
kenapa PokCik buka 2 blog Photography dan blog dihujungpen ini lambat dibuka?.....
nanti lah poKcik cerita di entry yang lain yer....nak tahu kena tunggu ler...

So Petang sabtu yang mendung ini pOkcik edit gambar wedding minggu lepas....tarik curve....then cerah-cerahkan mana yang patut...

PokCik buat part time suka-suka ini bersama kumpulan Photographer MHkamera yang bergerak aktif didalam  bidang photoshoot wedding or apa-apa majlis...PokCik join saja suka-suka buat mengisi masa lapang untuk mendalami ilmu photograhy..bab duit memang jauh sekali la....nak tengok hasil kerja MHkamera meh le blog mereka di MHkamera.blogspot.com
Photography, kerja suka-suka, Wedding Photography

Gambar ini hasil dari kamera PokCik sendiri....Ok tak?......
tarik curve dan hue sikit-sikit ajer.....
Sape masih mencari photographer perkahwinan boleh la hubungi pokCik..boleh adjust harga punya....




Gambar ini PokCik Jumpa Di facebooK...
Pikir ler sendiri...
Mungkin ramai yang dah tahu...
tapi jika tahu tetapi tak paham....
 tak ada  guna jugak....
So Pikirlah dengan fikiran yang Terbuka...
bukaN senang nak JadI cikGu yer...

Guru oh guru


Kemeriahan  saingan Liga Super kini kembali bersambung selepas hampir tiga minggu berehat bagi memberi laluan kepada pasukan Harimau Malaya untuk aksi kelayakan Asia 2015.

6  perlawanan akan dihidangkan di mana 12 pasukan turun - diiringi satu tekad untuk terus memungut tiga mata penuh. Pasukan manakah yang akan lebih menyerlah? Adakah kejutan akan terus berterusan dan pasukan bukan pilihan akan memenangi perlawanan itu nanti?
 
Adakah tempoh rehat panjang yang diberikan kepada setiap pasukan mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka untuk memantapkan lagi pasukan masing-masing.

Saingan pada minggu ini banyak melibatkan perlawanan tumpuan, antaranya Selangor temu Kelantan, Johor Darul Takzim (JDT) menentang T-Team, Lions XII lawan Pahang dan Negeri Sembilan tentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Paling pokCik nantikan adalah perlawanan antara Selangor menentang Kelantan...2 Gergasi merah yang memang terkenal dengan sikap penyokong dan taktikal perlawanan yang bakal sengit......poKCik sokong kedua-duanya sekali.....

Sebelum game ini bermula mai kita tengok dulu siapakah Player Pilihan PokCik untuk saingan Liga Fantasi PokCik minggu ini?.....
Liga Super Malaysia 2013

ha....apa macam?......ok tak.....rase-rasenya semua player utama PokCik turun kot untuk game minggu ini.......pokCik baru tukar izwan mahbub (GK),Badri Radzi(M), dan Shakir Hamzah(D)....

Hope game malam ini tak berperang la yer...Peminat harus menjaga emosi dan disiplin sewaktu menonton...yang Pemain pulak, jangan le berperang kat padang macam game ATM VS Selangor....Pengadil pulak haruslah adil dan sentiasa cool dalam mengendalikan perlawanan ini....


Berikut jadual Liga Super:

Jumaat (hari ini)
Terengganu lwn Perak   4.45 petang       
Selangor lwn Kelantan 8.45 malam ( Epik Game) (Perlawanan tumpuan PokCIk)

Sabtu (esok)   
Felda United lwn PKNS  4.45 petang       
Johor Darul Takzim lwn T-Team  4.45 petang       
Lions XII lwn Pahang 4.45 petang (Perlawanan Tumpuan pOkCik)                           

Negeri Sembilan lwn ATM 8.45 malam

Update Keputusan terkini!!!!!

   Selangor ( 2 )                           lwn                  Kelantan ( 0 )
     Forkey Doe
    Ramez dayoub

First half ini Gergasi Merah dah kena. Bahagian serangan memang tak menjadi. irfan izuan dan haris lansung tak megancam. indra dan farhan pun sama. macam tak kena ajer gadingan ini.
Player selangor memang menjadi. taktikal yang direncanakan memang baik. Hantaran lintang yang dilakukan semua menjadi. Kita tengok pula apa perancangan Boyan Hodak lepas ini. Kelantan memang tak boleh pergi jika bahagian serangan macam ini. (terasa dah kelantan bila ramai player utama mereka berpindah)  

Second half. Kelantan perkuatkan bahagian tengah dan serangan..Kemasukan Piya merancakkan serangan kelantan. Namun nasib tidak menyebelahi kelantan...So Kelantan Sekali lagi tumbang di tangan Gergasi Merah kuning