Assalammualaikum.....
Seperti yang dijanjikan sebelum ini PokCik akan membuat entry berkenaan penghasilan majalah sekolah berdasarkan pengalama pertama PokCik dalam pembikinan awal hingga diterbitkan Majalah Sekolah PokCik.
Pekara pertama yang kita mesti lakukan apabila ingin menghasilkan sebuah majalah sekolah ini adalah Kita harus mempunyai hati yang kuat dan pengorbanan masa yang cukup banyak. Minat memang kena ada.kalau tak ada minat memang tidak akan mempunyai hati yang kuat. dan yang paling penting adalah kena ada seorang mentor yang mempuyai pengalaman dalam pembinaan majalah ini. macam PokCik mentor pokCIk adalah dari Sekolah yang menjuarai pertandingan membuat majalah.
Untuk mendapatkan idea dan reka bentuk majalah ini bukan susah mana pun...Cuma kena banyak mengkaji dan melihat hasil-hasil majalah sekolah lain dan juga majalah-majalah yang terdapat dipsan. Kena bentukkan dulu konsep majalah yang kita inginkan. Majalah PokCIk ini diadaptasikan berdasarkan majalah sekolah yang pernah menang pertandingan membuat majalah sekolah. PokCIk tiru dari segi konsep dan susun atur gambar.(Maklumlah budak baru belajar)..
Jika ingin membina majalah dengan cara mudah beberapa kemahiran asas penggunaan software kena lah ada antaranya :
- Adobe Photoshop atau yang seangkatan dengan nya. Ini bagi mengedit gambar. ( Khasnya gambar kelas dan gambar-gambar yang melibatkan kekuatan sesebuah majalah.
- Adobe Illustrator atau yang seangkatan dengannya. Tujuannya adalah supaya vector@kerawang@garisan macam border yang menggunakan format ai dapat digunakan didalam photoshop. ini penting dalam pembuatan kerawang diside bar dan sebagainya.
- Adobe Indesign. Ini lah perisian yang paling penting didalam penghasilan majalah secara mudah. Ada asas dah cukup untuk menghasilkan majalah sekolah yang beratus muka surat tu. Perisian ini yang digunakan untuk membentuk sebuah majalah sekolah.
Dalam menghasilkan majalah sekolah PokCik, PokCik banyak sesangat menyedok idea dan konsep dari majalah lain dan internet. Untuk mencantikkan gambar dan menerangkan gambar atau membuat kerawang atau mencari PSD atau mencari apa-apa bahan dalam penghasilan majalah ini semua PokCIk download secara percuma dari internet.
PokCik menggunakan
Adobe Photoshop CS 6( editing gambar ), Adobe Illustrator CS 6 ( kerawang dan border ) dan Adobe Indesign CC ( Penghasilan majalah utama).
Jika inginkan majalah yang cantik gambarnya dan tidak pecah semasa printing kita haruslah memastikan semua gambar berkualiti
300dpi. Termasuklah dengan background dan kerewang yang dijadikan gambar pegun.
Dah ada semua ini maka benda yang awal sekali harus dibuat adalah mengumpul segala bahan yang akan ada didalam majalah sekolah itu kelak. Buat satu folder khas untuk majalah sahaja...didalam folder itu letak semua bahan dan juga apa-apa sahaja yang berkaiatan dengan majalah yang bakal dibina. Jangan diasingkan. Ini supaya bahan yang dibina tidak hilang didalam tapak Indesign kelak. Contohnya macam gambar dibawah :
Create Folder khas majalah :
|
Folder khas majalah |
Dalam folder majalah asingkan lagi folder mengikut kesesuaian. Tips mudah adalah, asingkan setiap bahagian mengikut kegunaannya. Contohnya bahan gambar aktiviti satu folder, bahan gambar staf dan cikgu cikgu satu folder, bahan untuk border or background satu folder dan sebagainya mengikut kesesuaiannya.
|
Semua bahan majalah dalam satu folder khas |
Mula-mula memang pening, tapi lepas melalui segala kesusahan kerja akan menjadi mudah. yang penting hati kena kuat yer...Try buat dulu...Esok lusa PokCik masuk pulak bab ke 2 dalam penghasilan sebuah majalah sekolah.
PokCik tunjukkan Hasil editing menggunakan
Adobe Photoshop yang telah pokCIk buat :
Selepas :
|
Gambar sudah diedit dengan cara mudah |
Sebelum
|
Gambar Asal tanpa editing |
Backgroud belakang pokcik download dari internet. PokCik Potong gambar dan gabungkan backgroud dengan gambar yang poKCik ada. Backgroud dibelakang tu adalah gabungan dari 3 jenis PSD yang didownload dari internet. tulisan pun download dari internet. Ini contoh ajer...dientry akan datang POkCik akan tunjukan macam mana nak hasilkannya. Dari backgroung ini maka 7 gambar pasukan elit dapat disiap dalam masa 15 minit ajer. Yang backgroud tu ambil masa 5 hari (hehehe budak baru belajar, belasah ajer)...
Ok nantikan bab ke 2 dalam menghasilkan sebuah majalah sekolah.
P/S : Maaf kualiti tulisan memang tidak memuaskan. pokCIk lebih suka menulis/menaip apa yang terlintas secara spontan dalam kepala pokCIk.
Bahagian Kedua : Klik Sini