Pendidikan ialah
satu proses mengubah tingkah laku, memperbaharui pengalaman dan memberikan
fakta atau ilmu kepada murid-murid.
Dengan ilmu ini akan membezakan
murid yang belajar dan tidak belajar sebagai mana firma Allah yang bermaksud, “ Katakan olehmu wahai
Muhammad adakah sama orang mengetahui ( Belajar) dengan orang yang tidak
mengetahui ( Jahil). Bukan mudah bagi
guru untuk memberi kefahaman kepada
murid-murid. Oleh sebab itu,
perancangan yang teliti adalah sangat penting dan guru benar-benar telah
memahami cara murid belajar untuk memudahkan guru memilih pendekatan dan teknik
yang berkesan. Tiada siapa yang boleh
mencadangkan cara pembelajaran dan pengajaran yang terbaik namu hakikatnya guru
berkenaanlah yang benar-benar kenal dan mengetahui murid-muridnya dan
mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang berkesan untuk murid-muridnya.
Matlamat akhir pendidikan di negara
ini adalah untuk membentuk setiap murid yang mempunyai ciri-ciri lengkap
sebagai wargannegara dari segi jasmani , emosi,
rohani dan intelek, kreatif dan inovatif dan bersedia menhadapi cabaran
dan peluang dalam dunia yang berubah.
Kita guru adalah golongan yang telah diberi tanggungjawab mengembang dan membangunkan
potensi yang ada di dalam diri
murid-murid kita. Pengenalan elemen
ICT dan EMK merupakan tambahnilai yang diingini agar murid yang kita hasilkan
bertaraf dunia.
Dalam rakaman tersebuat aspek guru
mengajar adalah jelas, perkara yang
lebih penting lagi selain daripada guru
mengajar ialah adakah murid belajar.
Aspek murid belajar kurang jelas apa yang saya dapati hanyalah murid
mendengan dan mendapat maklumat. Tiada
usaha mencungkil idea murid berdasarkan
pengalaman yang mereka miliki. Dalam
pengalaman harian mereka air dan mungkin
juga kertas adalah benda yang digunakan untuk bersuci. Guru tidak langsung mencabar minda
murid-murid atau mencungkil kemahiran
KBKK. Cukup sekadar guru
merangsang minda murid-murid dengan membanding beza antara suci dan
bersih. Benarkan dan izinkan
murid-murid kita berfikir. Seperkara
yang langsung saya tidak gemari ialah apabila meneliti rakaman tersebut, habit
guru yang terlalu suka murid-murid menyambung
sebutannya sebagai contoh
bersu……ci…. diikuti oleh semua murid.
Situasi sebegini telah berlaku sejak saya darjah 1 pada tahun 1973 hampir 40 tahun yang lalu tidak berubah lagikah
guru-guru kita, mungkin dulu… kini… dan selama-lamanya? Saya tiada pengalaman mengajar di sekolah
rendah sejak menjadi guru pada tahun 1990 hingga 2009 mengajar di Sekolah Alam
Shah, SM Chong Hwa dan SMK Wangsa Melawati bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan
Akademik dan kini bertugas sebagai
pegawai di JPWPKL. Berpengalaman
sebagai auditor di OCBC setelah tamat Diploma In Accountancy ITM, sedikit
sebanyak pengalaman membantu saya sebagai guru, Alhamdulillah 2 kali menerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM.
Kita guru-guru perlu berani berubah, bertindaklah di luar lingkungan dan
berani membuat perubahan.
Antara aspek-aspek mikropengajaran
yang boleh dikenalpasti :
i.
Tiada set induksi, guru hanya menyatakan kita sambung
pelajaran lalu, rutin biasa guru.
ii.
Kemahiran menyoal yang lemah, guru feed jawapan dan ada
kalanya murid menjawab beramai-ramai, membosankan bagi pelajar yang cemerlang
dan kreatif. Kita guru telah mencantas
potensi murid-murid kita.
iii.
Pengurusan bilik darjar dan amalan mesra murid tidak
diamalkan , pengetua saya pernah berkata berikan 2 hingga 3 minit untuk tune
minda murid untuk hadapi mata pelajaran baru, lihat keadaan kelas , kebersihan,
susun atar meja, kerosakan perabot ,kehadiran atau jika ada pelajar yang keluar.
Hal-hal yang saya sebutkan ini penting
sebagai langkah keselamatan semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas. Mungkin ada pelajar yang
ponteng kelas, ponteng sekolah, sakit , pelajar yang murung daripada
kebiasaannya, Ustazah ini tidak peduli langsung.
iv.
Ada alat bantuan pengajaran tetapi tidak mencukupi
untuk penglibatan kesemua murid.
Dalam 2 aktiviti kumpulan yang saya perhatikan guru buat kerja yang
tidak berkaitan dengan procedure aktiviti kumpulan. Semasa aktiviti kumpulan guru sepatutnya
pergi ke setiap kumpulan dan memantau ,
ustazah ini saya dapati buat kerja lain, menulis di papan
putih. Ini tidak betul. Dalam rakaman itu juga menunjukkan ada pelajar yang tidak fokus (
ada yang jadi penumpang sahaja) sibuk melihat orang yang membuat rakaman atau
buat kerja sendiri, kerana tidak diberi arahan tugasan yang lengkap dan
tepat. Lebih malang ada murid yang
tiada pensil, meminjam dari rakan. Tiada
teguran dari Ustazah dan aspek kawalan tidak cukup, Jika murid buat kesalahan perlu ditegur dan
buat correction segera. Sekali lagi
dinayakan bahawa aspek perancangan dan pengurusan aktiviti amatlah penting,
arahan perlu jelas. Apabila ada perbincangan
kumpulan ada aktiviti dan ada laporan hasil dapatan task yang dibuat dalam
bentuk pelaporan dengan menulis di papan putih.
v.
Dalam mencapai objektif pengajaran ustazah mengguakan 2
saringan iaitu soalan dan menjawab soalan struktur. Seprekara lagi yang ingin saya tegur ialah tentang cara soalan struktur dijawab oleh murid,
jangan kutip soalan ketika ada murid lain sedang menjawab , hal ini akan
menganggu. Lihat dalam procedure
peperiksaan awam kertas jawapan dikutip apabila semua selesai menjawab dalam
jangkawaktu yang diberi. Mungkin pada
sesi refleksi pembelajaran dan pengajaran yang ustazah telah buat akan dapat data berapa orang pelajar
mengetahui, keliru atau tiadak tahu langsung apa yang ustazah ajar.
Dalam
kes ini, saya ingin memberi tumpuan dan ulasan yang lebih tentang aspek
pengendalian induksi set. Set induksi
merupakan bahagian terpenting dalam persediaan pengajaran. Apabila murid-murid telah kita set atau
arahkan minda tumpuan mereka, ini bermakna mereka telah bersedia untuk belajar
dengan perkataan lain set induksi adalah menyediakan murid-murid untuk
menghadapi perkara yang baru. Tugas
guru adalah membawa fikiran murid-murid kearah mind set yang satu, sama dan
betul. Set induksi perlu JELAS dan
TEPAT tentang apa yang akan berlaku selanjutnya.
Antara bentuk-bentuk set induksi
yang boleh guru-guru gunakan ialah:
i.
Menceritakan kebaikan yang akan diperolehi.
ii.
Memberi penjelasan tentang apa yang akan dipelajari
iii.
Kaitkan dengan kehidupan harian, ehwal semasa, peluang
kerjaya, peluang dan cabaran, dan bidang keusahawanan juga mungkin
iv.
Guru mewujudkan
situasi dan berikan andaian apa akan berlaku atau soalan-soalan.
v.
Buat aktiviti seperti simulasi, apa akan terjadi
apabila kita ketiadaan air
vi.
Tunjukkan gambar, objek,kartun,cerita, atau anecdote,
vii.
Kaitkan dengan pelgalaman sedia ada atau pelajaran
lepas.
viii.
Wujudkan naluri ingin tahu atau unsur-unsur suspense
Tujuan set induksi ini boleh disebut dalam akronim STEP:
(S)Start- alu-alukan murid-murid kita dalam suasana mesra dan kasih
sayang seorang guru, tenangkan mereka dan tarik perhatian mereka juga tentang
isu-isu berkaitan
(T)Transacts- fahami hasrat, keinginan dan citarasa murid-murid kita
kaitkan dengan pembelajaran yang lalu.
(E)Evaluate- rancang dan nilai
keinginan murid-murid kita dan apakah kenyataannya, expectation vs reality atau
ilusi vs reality.
(P)Progress- memulakan isi
pembelajaran
Bagi Perrott set induksi bertujuan :
i.
Memberi focus yang baru kepada murid, kerana sebelum
kita memulakan pengajaran ada guru mata pelajaran lain telah mengajar.
ii.
Bergerak dari perkara lama kepada isu baru
iii.
Sediakan bentuk pengajaran yang berbentuk searching
what will happen
iv.
Mulakan pengajaran dengan memberi konsep, prinsip atau
amalan baru.
Kesimpulannya, kita sebagai guru perlu cekap menilai malah meneliti murid-murid kita adakan mereka
bersedia atau sebaliknya, gunakan konsep Headcount , kita kenal setiaap murid
kita. Jangan mulakan pembelajaran jika mereka tidak bersedia untuk
belajar. Perbuatan meneruskan
pembelajaran dan pengajaran akan menjadi
sia-sia jika pelajar tidak bersedia , akhirnya guru akan marah apabila
murid tidak memberi perhatian, guru juga menjadi tidak focus, mood pelajar
hilang dan mereka benci pada guru.
Apabila murid benci pada guru, mereka akan ponteng kelas atau ponteng
sekolah. Kerana kejahilan guru,
pelajar menjadi mangsa. Inilah
realitinya. Fikir-fikirkanlah.
0 comments:
Post a Comment