MENGAPA TGFU DIANGGAP PENTING DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Teaching
Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang
dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti
Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang
dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik
darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar
Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee)
TGFU ini adalah lebih berfokus
terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat
memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGFU juga
menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu
menjalankan TGFU supaya murid-murid dapat berseronok dalam aktiviti fizikal.
TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang
sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan
persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat
mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara murid.
Melalui TGFU, murid bukan sahaja
melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang,
maka juga adalah penting untuk murid untuk belajar membuat keputusan yang tepat
dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah
lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU
lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.
KELEMAHAN SUKAN BERPASUKAN
BERBANDING DENGAN SUKAN INDIVIDU
Albert
carron(1993) telah menggariskan beberapa faktor yang boleh menggugat kesepaduan
sesuatu pasukan. Antaranya adalah Percanggahan tentang matlamat pasukan iaitu
matlamat pasukan yang kurang jelas akan menyebabkan pemain mudah tersalah
anggap.
Kekerapan pertukaran ahli juga faktor yang boleh menggugat
kesepaduan pasukan adalah satu kelemahan. Pasukan yang kerap menukar pemain,
khususnya dalam pasukan yang memerlukan setiap pemain bersama-sama beraksi
seperti bolasepak, hoki dan bola jaring akan menyebabkan pemain keliru serta
tertanya-tanya. Pemain akan menjadi kurang selesa kerana mereka tidak dapat mewujudkan persefahaman dengan rakan-rakan yang lain, tertanya –Tanya
tentang nasib mereka sendiri dan mereka tidak pasti apa yang diingini oleh pihak
pengurusan. Akibatnya, prestasi dan kesepaduan pasukan akan menurun.
Kelemahan
yang lain adalah perebutan kuasa dalam . Fenomena ini akan memecah belahkan
kesepaduan asukan kerana para pemain akan berpecah belah kepada beberapa
kumpulan.Tumpuan akan menjurus kepada perebutan kuasa dan bukannya tugasan
serta matlamat pasukan. Kesannya, prestasi dan kesepaduan pasukan akan
terkikis.
Kelemahan komunikasi
dalam pasukan juga merupakan kelemahan sukan berpasukan. Kekurangan komunikasi
yang berkesan akan menyebabkan matlamat pasukan tidak tercapai di akhir musim.
Ini kerana matlamat pasukan tidak dapat difahami oleh semua pihak yang
terlibat.
Kelemahan
dalam sukan berpasukan adalah sering berlaku pertelagahan dalam
pasukan.Kurangnya interaksi dalam pasukan akhirnya
akan mengurangkankeberkesanan serta kesepaduan pasukan.Selain itu, antara
faktor lain yang boleh menggugat kesepaduan pasukan adalah pemain kurang jelas
dari segi peranan yang dimainkannya. Pemain yang tidak tahu tentang perananya
dalam pasukan adalah ibarat layang-layang putus tali. Mereka tak dapat
memberikan prestasi yang terbaik kerana kurang jelas tentang ekspektasi
pengurusan serta rakan sepasukan terhadap mereka.Mereka juga tidak tahu apa dan
siapa yang boleh membantu mereka menangani masalah pasukan. Akibatnya, pemain akan bertindak sendirian
sehingga menjejaskan pasukan.
Kelemahan sukan berpasukan juga merujuk kepada masalah pertembungan
personaliti . Dalam situasi yang agak genting sering kali berlaku
pertembungan personaliti sesama sendiri di kalangan pemain diantara
pemain dengan pemain serta jurulatih.
KEPENTINGAN PROSEDUR KEEMPAT
DALAM MODUL TGFU
Dalam
pendekatan ini perbezaan antara keputusan yang dibuat berdasarkan apa yang
hendaK dilakukan dan bagaimana yang hendak dilakukan.
Kepentingan jelas
didapati bahawa kesedaran tektikal adalah berpatutan jika keputusan dibuat. Ia
sentiasa ada dalam setiap permainan, sesuatu aspek akan sentiasa berubah. Dalam
membuat keputusan, Setiap situasi perlu diambil kira seperti kemampuan untuk
mengenal pasti petunjuk-petunjuk untuk dimasukkan sebagai proses untuk memilih
perkara-perkara yang penting. Kepentingan yang lain adalah mencarai jalan yang
terbaik untuk melakukan perubahan dan membuat pilihan yang menepati kehendak
keadaan pada saat yang kritikal.
Matlamat utama TGfU adalah untuk
memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan dalam sesuatu permainan yang dijalankan. Menurut falsafah
TGfU, pelajar bukan sahaja perlu mengetahui bagaimana cara untuk menjayakan
sesuatu permainan tersebut, malah seseorang pelajar tersebut haruslah
mengetahui bagaimana untuk membuat keputusan yang sesuai ketika permainan
dijalankan. Berdasarkan model ini juga, ia menggalakkan pelajar supaya
melibatkan diri dalam pelbagai jenis permainan.