cara isi, contoh borang skpmg2 pengajaran, pembelajaran
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 atau lebih dikenali dengan SKPMg2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010. Beberapa penambahbaikan dan peningkatan kualiti telah dilakukan  melalui aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.

Ini adalah contoh yang dibuat oleh PokCIk untuk SKPMg2 kali pertama bagi bulan Jan hingga Mac :


Eviden SKPMg2 ( RPH )


Pena PokCIk bergerak lagi.
Koleksi ini PokCIk simpan supaya senang nak buek soklan nanti.

..........................................................................................................................................

Koleksi Gambar Untuk Pembinaan Soalan Sains

Koleksi Gambar Untuk Pembinaan Soalan Sains

Koleksi Gambar Untuk Pembinaan Soalan Sains

Koleksi Gambar Untuk Pembinaan Soalan Sains

Koleksi Gambar Untuk Pembinaan Soalan Sains

Sumbernya Pokcik ambil dari Facebook.
Then Pokcik edit bersesuaian dengan kertas A4.
Terima kasih kepada cecikgu yang banyak berkongsi sumber bbm didalam media sosial.
So Pokcik kongsikan semula lembaran ini dengan diubah saiz A4.

Belakang Peparu
Lembaran Model Sains Peparu Tahun 4
Tulang Depan Peparu
Lembaran Model Sains Peparu Tahun 4

Peparu
Lembaran Model Sains Peparu Tahun 4









Design border cute ini direka hasil gabungan dari beberapa element vector percuma dari internet.
Download lah untuk cikgu-cikgu gunakan dengan sebaiknya. Jangan jadikan bahan komersial sudah lah...


Jika anda semua ada idea nak buat border tapi tidak pandai menghasilkannya boleh lah cuba bagi cadangan kat PokCik...PokCik cuba-cuba buek kan.....
Disini pokcik sharekan logo yang pokcik buek dari gabungan beberapa vector yang pokcik ambil dari web percuma dan PokCik olahkan ikut kopalo sendiri untuk satu Kem di Sekolah PokCik.
PokCik sharekan tapak psd ini secaro percumo ajor.....Tinggal lotak logo sekolah dan nama sekolah...Kalau nak buek yang lain pun PokCIk tak kisah doh....Ikut ko lah nak buek apo. Janji buek untuk kobaikan, bukan kojahatan. kalau tak pandai Photoshop ekau bukak lah you tube...This is simple design logo PokCIk... Guno basic dalam photoshop ajor..Photoshop cs6 ko ateh sajo yor...bawah memang tak buleh bukak..Tinggal tukar kek layer ajor....Logo ni khas untuk Cecikgu sobonarnya....tapi tak apo lah....amik lah.....Percumo ajor...kalau rajin Like le Fan Page Pokcik di https://www.facebook.com/jamilpatah/  dan follow lah IG Pokcik di https://www.instagram.com/m.jamilpatah

logo percuma psd

logo percuma 2017 psd



Link Tapak : LOGO KEM KEPIMPINAN 2017


Design Untuk Buku RPH Cuti Tahun Baru Cina Kumpalan A
Poster RPH Cuti Sekolah Tahun Baru Cina 2017 Kumpulan A

Gambar ini adalah hasil dari latihan dan ujikaji yang PokCik laksanakan sendiri berdasarkan Mr Google, Youtube dan Kelas Cikgu Adhadi.

Equiment yang PokCik gunakan adalah :
- 2 softbox yang dipasang dengan mentol cap Philips 35watts
- Off Flash
- Body Nikon D7200 + 35mm





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Tetiba nak update blog pokcik ini.
Pokcik nak sharekan satu pengalaman yang amat berharga...

Pernah tak ada pengalaman kereta terkunci di dari dalam...tak kisahlah apa sebabnya janji kunci didalam kereta tapi pintu terkunci dari dalam....

Jika jenis kereta model lama memang agak senang nak dibuka....paling popular jolok guna pembaris atau dawai ikut cermin...cara kedua terpopular bukak bonet depan ikut bawah kereta kemudian cabut dan pasang kabel dengan bateri..

Tetapi untuk model baru memang susah....
Nak dijadikan cerita hari ini terjadilah sebuah toyota vios terkunci dari dalam....
Maka ramailah yang menggunakan ilmu dan pengalaman mereka bagi mengatasi masalah kereta sahabat ini..

Idea pertama...pembaris dan dawai...gagal kerana memang agak mustahil jika tak tahu cara yang betul....
Idea kedua.....buka bonet depan...bonet terbuka tapi cabut dan pasang kabel plug lansung tak beri kesan pada lock pintu....tinggi betul tahap keselamatan kereta vios ini....
Idea ketiga...umpil kunci pintu..tak berani buat....then telepon orang toyota...maklumat yang diterima adalah....hanya ada 2 cara saja buka tanpa kunci...pecah cermin atau guna cara sendal sendal guna kain atau plastik (pokcik tak berapa paham nak jelaskan) tapi cara ini pun agak susah.....so pikir cara lain....

Dengan kehendak Allah maka terjadi satu keajiban.....tanpa perlu pecah atau godek2 kunci pintu....maka pintu dapat dibuka tanpa sebarang kecacatan pada kereta...

Kereta model vios agak tinggi jugak tahap keselamatannya...tapi ada satu kelemahan yang boleh digunakan untuk buka kereta tanpa cacat cela....cuma memerlukan kesabaran untuk lakukannya.....semua orang boleh buat....

Cuba teka bahagian mana yang boleh dibuka untuk membuka pintu vios yang terkunci dari dalam......bahagian ini memang tak ada skru dan hanya dilock biasa sahaja....


Pokcik cuma boleh bagi hint kawasan yang boleh dibuka ada dibahagian belakang...

Yang paling penting Toyota Vios Ini tahap keselamatannya memang agak baik sebab memang payah nak buka bila terkunci dari dalam..kami ambil masa 3 jam lebih untuk cari penyelesaiannya....1 jam untuk buka dan menutup bahagian lemah ini tanpa kecacatan pada kereta vios ini.

Outdoor
Body : D7200
Lens : 18-300mm
Focus Legth : 65mm
Aperture : f5
Speed : 1/160
ISO : 200
WB : Auto
Editing : Photoshop and Lightroom


soalan sains UPSR

Soalan Sains PraUPSR 2016 PPD Kuantan Pahang

KERTAS 1



KERTAS 2
Dibawah ini PokCIk kongsikan ebook Posing pengantin untuk rujukan dan pembelajaran kita bersama.


Koleksi posing pengantin percuma
Contoh

Koleksi soalan ini didapati di Koleksi Sumber BBM  Oleh kerana nak download dari blog ini agak banyak sangat iklan maka bahan ini diletak disini tanpa sebarang iklan yang naik. Terima kasih kepada Koleksi Sumber BBM kerana berkongsi bahan ini.



KBAT, sains, UPSR, 2016, murid, Malaysia.

SOALAN PEMERHATIAN DAN INFRENS
Modul ini digunakan sebagai latihan asas menjawab soalan sains kertas 2


sains, kssr, upsr, latihtubi, latihan murid lemah sains

TMK KSSR
Soalan TMK  PKSR 1  Tahun 4 2016



Soalan TMK  PKSR 1  Tahun 5 2016




Soalan TMK  PKSR 1  Tahun 6 2016


Renungan Bersama....
PENDIDIKAN anak-anak merupakan perkara yang sangat penting bagi setiap ibu bapa. Setiap orang mahukan anak mereka berjaya dalam pendidikan dan mendapat keputusan yang baik.

Malah, anak-anak kecil yang masih belajar di sekolah rendah pun sudah diasak dengan pencapaian akademik yang cemerlang. Pada malam hari, mereka dihantar ke kelas tuisyen setelah kepenatan mengikuti persekolahan pada siang hari.
Persoalannya, apakah itu makna kejayaan? Mengapa kita terlalu teruja dengan kejayaan dan menganggap mereka yang tidak berjaya dalam dunia akademik sebagai gagal.
Pengalaman kita sebagai ibu bapa, adakah kita berjaya dalam semua keadaan? Mereka yang bekerja di kampung misalnya, tidak selalu mendapat pulangan yang baik ketika berkebun atau bertani.
Mereka yang bekerja di pejabat pula, tidak setiap tahun mendapat markah penilaian prestasi yang baik. Jadi, mengapa tatkala kita juga tidak selalu berjaya, kita meletakkan beban kejayaan yang terlalu tinggi kepada anak-anak?
Sebenarnya, kejayaan tidak sepatutnya diukur dengan prestasi akademik semata-mata. Kejayaan sepatutnya diukur dengan kemampuan menjadi seorang manusia.
Dalam sistem persekolahan di Barat misalnya, pelajar sekolah rendah tidak diberatkan dengan hal yang terlalu bersifat akademik.
Di Australia misalnya, pelajar disediakan dengan tempat bermain yang lengkap. Mereka juga diajar memasak, berenang serta berdebat. Malah, ia kelihatan seperti tidak ada kerja sekolah yang diberikan kepada mereka.
Mereka akan memulakan sesi persekolahan dengan bermain. Malah, ada kakitangan yang ditugaskan untuk memantau anak-anak bermain. Di sekolah inilah mereka tahu nilai persahabatan, kecewa dan gembira. Sebab itu, anak-anak begitu teruja untuk ke sekolah.
Persahabatan
Mereka menganggap sekolah tempat untuk bertemu dengan rakan-rakan sepermainan. Sebaliknya, dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita seolah-olah terlalu memberatkan dunia akademik.
Kita mahu memastikan setiap individu yang terhasil daripada sekolah ialah seorang ‘pengurus’. Sedangkan hakikatnya yang diperlukan ialah melahirkan seorang manusia.
Adakah ini bermakna sistem yang ‘ringkas’ di Barat itu sebagai gagal, sedangkan dalam dunia realiti, merekalah yang menguasai dunia. Mereka juga tidak banyak dikisahkan dengan manusia yang melakukan jenayah, penipuan, dan sikap tamak.
Sedangkan dalam tradisi yang begitu akademik, setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang mengejutkan. Kita dikejutkan dengan kisah pembuangan anak, gejala sosial, jenayah, dan dadah.
Mungkin sudah sampai waktunya, kita kembali kepada realiti yang sebenar. Manusia dilahirkan dengan bakat dan keupayaan yang tersendiri.
Tidak semua orang berjaya dalam akademik, seperti mana tidak semua orang berjaya dalam bidang selain akademik. Paling utama ialah sejauh mana mereka mampu menjadi manusia.
Sebab itulah, ibu bapa perlu menilai semula ‘tekanan’ keterlaluan yang diberikan kepada anak-anak. Lihatlah potensi mereka. Sekiranya mereka tidak berbakat dalam dunia akademik, lihatlah sama ada mereka berbakat dalam bidang yang lain, misalnya sukan atau kepimpinan.
Jadi latih mereka agar mampu menjadi diri sendiri. Kejayaan Khairul Idham Pawi mencipta sejarah menjadi pelumba Malaysia memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina baru-baru ini adalah buktinya. Bukankah dia juga dianggap seorang manusia yang hebat?
Jangan kerana mereka tidak mampu dalam dunia akademik, kita menutup kejayaan anak-anak kita dalam bidang yang lain. Ini tidak bermakna kita mengabaikan dunia akademik mereka.
murid bermasalah

Namun, jangan mencerca mereka dengan kata-kata yang tidak sepatutnya atau melakukan ‘pengabaian’ hingga menyebabkan seumur hidup mereka berasakan seperti manusia yang gagal.
Seperti mana kita tidak selalu berjaya dan tidak juga selalu menjadi pelajar cemerlang, maka tidak perlulah kita terlalu membebankan anak-anak dengan keghairahan yang keterlaluan bahawa akademik itu adalah segala-galanya.
Aset masa depan
Sebagai ibu bapa, kita tentu telah melalui banyak pengalaman dalam hidup. Pada akhirnya, manusia yang berjaya bukanlah mereka yang hanya bergelar pengurus atau menjawat jawatan penting dalam organisasi tetapi ialah mereka yang mampu menikmati kebahagiaan dalam hidup.
Anak-anak kita adalah aset masa depan. Bentuk dan coraklah mereka sesuai dengan keupayaan sendiri. Lihat dan renungkan personaliti diri mereka sejak kecil sehingga remaja.
Pasti kita akan tahu bahawa mereka tidak semestinya menjadi seperti anak-anak orang lain kerana mereka adalah diri mereka sendiri.
Percayalah, jika kita tahu bahawa anak-anak ini ada kekuatan yang tersendiri, mereka pasti akan berjaya pada masa hadapan. Jangan terlalu membebankan mereka dengan keghairahan yang kita ciptakan.

Sumber : Group Whatsaap, Facebook SK Petaling 1.