Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Projek kali pertama bersama murid tahun 4. Setelah bertahun meninggalkan p&p ditahap 2, kini kena ajar pulak...selama ini pokcik asyik bising sebab p&p bersama tahap 1 hanya 1 jam seminggu....tak cukup masa....kali ini tahap 2 pulak....lagi mencabar.....kena buat projek untuk nemperkukuhkan kefahaman budak terhadap p&p disamping menimbulkan minat yang mendalam terhadap subjek sains....

Projek pertama PokCik adalah Projek Paru Paru Manusia.....
Hasil Kerja Pokcik

Hasil kerja murid dalam masa 1 jam..






Aktiviti yang dilaksanakan







Projek hari ini tak sempat nak dibentangkan kerana kesuntukkan masa.  minggu depan baru pembentangan.
Disini Pokcik kongsikan beberapa tips bagi membantu kanak-kanak@murid yang mempunyai masalah lambat menulis,pelat,lambat bercakap,tulisan buruk dan hyperaktif.






Masalah pembelajaran,anak kita,ibubapa,

Biarlah gambar berbicara...
Murid ini berumur 11 tahun...
Boleh menulis tapi merangkak membaca...
PokCik menunggu hingga 1 jam....tapi tak siap siap..kerja dari semalam....hari ini dipaksa meniru oleh PokCik minta siapkan juga....sebab nak bagi adil pada semua orang yang lain....
Ini buat depan mata Pokcik......berbuih mulut minta cepat....tapi setakat gambar diatas saja dia mampu....
Serba salah.....tertekan.....Cikgu BM nya pun tak boleh buat apa....nak buat extra kelas....masalah pengangkutan....entah lah....tawakal sahaja.....
Ini baru salin nota sains yang ringkas....bayangkanlah jika bagi latihan atau ujian.....
Selamatkan lah anak-anak kita....jangan asyik sibuk anak orang lain dan masalah orang lain......
Stay strong.....demi anak sendiri dan anak bangsaku....
Har ini PokCik Try buat FlipBook..
Nah Hasilnya...

Masalah flip book menggunakan akaun blogger adalah ia lambat untuk loading kali pertama semasa membuka halaman flip blog ini. Next time kita cuba pulak guna third party server pulak.

Kedua-dua flip yang ditunjukkan adalah merupakan hasil kerja pokcik didalam membuat Photobook dan majalah sekolah 2014

Anda hadapi masalah Error Application (0x0xc000005) pada window 7.
Apabila hadapi masalah ini semua aplication tak boleh dibuka dan akan mengeluarkan massage yang tertera pada gambar diatas.
Komputer Pokcik pun hadapi masalah yang sama. Setelah bertanya kepada mr google masalah diatas dapat diselesaikan. Dan disini PokCik akan berkongsikan cara untuk mengatasinya.

Langkah-langkah :

1. Wajib matikan/offkan window update secara automatik.


2. Pergi ke update history


3. Klik kanan dan uninstall semua update terbaru anda. Kemudian restart komputer anda. Insyaallah komputer anda akan kembali normal seperti sediakala.



Gegar vaganza


Gegar Vaganza musim ke 2 muncul kembali. Satu rancangan realiti yang ditunggu tunggu. Rancangan yang di pengacarakan oleh pelawak negara Nabil Ahmad dan jihan muse.

Senarai perserta tahun 2015 ini adalah :

  1. Zul Handy Black
  2. Acong Sweetchild
  3. Nizam Laksamana
  4. Amir U’kays
  5. Ezad Lazim (Exist)
  6. Nassier Wahab
  7. Ezlynn
  8. Faradhiya
  9. Siti Nordiana 
  10. Haiza
  11. Sheeda
  12. Azian Mazwan Safwan
Penajanya seperti biasa adalah Vida Beauty Qu Puteh...ku putih ku putih barulah putih...hahahaha....

Jurinya seperti biasa jugak Dato Ramli Ms dan Dato Khadijah