Jerebu.....
Sekarang musim jerebu pula...dah 2 kali tahu ini......
mula-mula musim panas.....air tak ada
kemudia musim hujan....air berlebihan sampai banjir...
kemudian musim jerebu...tak boleh bernafas.....
kemudian cuaca baik pula.....tapi air pula kurang walaupun ada hujan....
sekarang musim jerebu datang menyerang lagi.......lagi teruk rasanya...sampai sekolah terpaksa ditutup....
Kesian pada kanak-kanak,warga emas dan juga pengidap penyakit asma........hospital memang sentiasa penuh......Doktor,nurse kena kerja lebih masa....Terima kasih kepada mereka yang bertugas,,,,,tidak lupa juga kepada pihak yang berusaha membuat hujan tiruan....

PokCIk nak kongsikan sikit tips-tips semasa jerebu ini....

sekolah tutup,cikgu cuti
sekolah tutup,cikgu cuti
sekolah tutup,cikgu cuti

Inilah kerja Pokcik setiap kali cuti.....
Sabtu or cuti sekolah mesti buat benda ini.....











Pokcik dah buat program ini sejak dari awal tahun lagi.....
Kesannya memang nampak la.....puas hati lah.....stamina dan cara berfikir pun dah banyak meningkat......
Biarpun sejarah 5 tahun lalu berulang pada tahun ini.....dibelasah teruk dalam kejohanan pertama.....8-0, 7-0.......tapi tak apalah pengalaman pertama bagi 80% ahli pasukan ini........

Hakikatnya.....latihan bola bukan senang walaupun budak dah main dikelab luar.....setakat 1 ke 2 orang yang pandai main tak bagi kesan pun pada yang lain.....semestinya keseluruhan pemain kena tahu basic dan asas bolaa sepak......pelbagai rintangan,cemuhan,kutukan dari orang lain didengari.....tapi buat pekak udah...hinggakan ada juga dikalangan komuniti sendiri menjadi duri dalam daging.......thats ok...semuanya demi minat tak apa.......

Bola adalah punca kemajuan segala sukan di tempat pokcik...

Dulu pendiam.....sekarang banyak cakap....
Dulu sepak meraban....sekarang banyak kemajuan......
Dulu lari tanpa haluan...kini tahu mana yang sepatutnya......
Inilah hasilnya apabila korbankan sikit masa demi mereka yang memerlukan.......

Aktiviti di awal percutian sekolah...
Ingat tak mahu buat....tapi kerana mereka pokcik layankan juga....

Murid tahun 6 lawan pasukan elite sekolah 2015/ 2016....

Keputusanya pasukan elite (7),pasukan tahun 6 (1)









Entri ini adalah merupakan sambungan dari entri PokCik yang pertama dulu Klik Sini
Bahagian ke 2 ini Pokcik nak tunjukkan sedikit asas mudah didalam penggunaan Adobe Indesign didalam penghasilan Majalah sekolah PokciK.

PokcIk menggunakan tapak yang PokCik dah siapkan awal awal lagi.

Langkah Pertama:

Kenal dahulu bahagian asas Tool didalam Adobe Indesign

>>>Bahagian ini paling banyak digunakan didalam kerja-kerja mereka letak bahan didalam sesuatu majalah<<<

1. PAGE

2. LAYER

3 dan 4. TEXT DAN RANGTANGLE FRAME ( LETAK GAMBAR)

5 dan 6. EDITING UNTUK UNDO

7. EDITING JENIS TEXT 






8 dan 9. SELECTION TOOL DAN DIRECT SELECTION TOOL





KEGUNAAN 

1. Page = Digunakan untuk melihat hasil keseluruhan susun atur majalah

2.Layer = Merupakan ruang kerja yang digunakan untuk segala jenis editing mengikut page

3.Text = Digunakan untuk meletakkan segala jenis tulisan didalam layer

4.Rectangle Frame = Digunakan untuk membuat tapak gambar atau bahan didalam layer

5+6..Edit + undo = Untuk undo kalau tidak mahu delete (CTRL+Z)

7. Text = function ini automatik keluar di tab atas apabila tool text digunakan. Khas untuk adjust             segala jenis fuction tulisan (kegunaan seperti Microsoft Word)

8. Selection Tool = digunakan untuk klik dan adjust saiz Rectangle Frame (tapak gambar)


9. Direct Selection Tool = Digunakan untuk klik gambar yang terdapat didalam Rectangle Frame (berfungsi untuk adjust gambar didalam frame)

Langkah ke 2

Kenal shortcut Key yang paling banyak digunakan bagi menyenangkan kerja-kerja Editing

1. ctrl + D = khas untuk letak gambar atau replace (ganti) gambar
2. ctrl+Z = khas untuk undo ( kalau malas select mana yang dipadam dan tekan delete )
3. ctrl+ (+/-) = untuk besar dan kecilkan ruang kerja.
4. tool (Selection Tool) kemudian tekan huruf W = untuk ruangan melihat semua Rectangle Frame      (rupa tapak kerja) dan (rupa sebenar majalah)
5. Cara untuk lihat hasil sebenar majalah apabila di cetak

Bahagian Pertama = KLIK SINI

Nah amik kau......
Sapa suruh conteng meja tu.....
Sekarang cuci semula bagi bersih seperti yang asal......
Inilah aktiviti menjelang UPSR minggu hadapan.........
Soalan upsr,upsr,upsr 2015,soalan upsr 2015

Upsr,upsr 2015,koleksi soalan, upsr update,peperiksaan,bocor,


Inilah akibat tak ada penyakit sengaja cari penyakit......

menjelang UPSR, upsr 2015, keputusan UPSR 2015, soalan UPSR 2015

Assalammualikum....

Dok termenung memikirkan keputusan bebudak menjelang UPSR 2015 yang tinggal tak berapa hari lagi ini.......

Segala usaha dan keringat jenuh dikeluarkan.Segala teknik dan cara telah dibuat...
Tak tahu macam mana nak buat lagi.

Dok termenung sahaja melihat angka-angka ini...

Untuk makluman ini adalah keputusan dari kelas belakang. Pokcik memang pening sekarang ini....
Malam ini printer Pokcik tetiba ada timbul masalah

"A printer's ink pad is at the end of its service life. Please contact Epson Support"
"A printer's ink pad is at the end of its service life. Please contact Epson Support"

Setelah bertanya kepada En.Google PokCIk jumpa pun cara penyelesaiannya.

hanya dengan menggunakan software resetter epson L210 
Langkah-langkahnya adalah :

Pertama

Kedua

Ketiga


keempat

Kelima

Setelah itu FINISH...maka dengan itu printer ini telah boleh digunakan semula.

Link Untuk Download ----->  KLIK SINI



Kredit For : Blog PCC












TUTORIAL 1
MAKSUD PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
Ialah Aplikasi kaedah saintifik  bagi menkaji masalah pendidikan dengan tujuan utk memahami, menerang, menjangka atau mengawal  fenomena pendidikan.

DUA TUJUAN MELAKUKAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN(OLEH GALL, 1996):
a.   Utk memerihalkan sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling kita dalam bentuk suatu aktiviti, situasi atau peristiwa tertentu.

Cthnya : situasi pelaksanaan  kurikulum baharu dalam pendidikan.

b.      Utk meramal  fenomena yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan situasi masa kini.  
Cth: Kejayaan pelajar pada masa hadapan diramal berdasarkan  prestasi mereka pada masa kini./ keputusan percubaan peperiksaan SPM digunakan utk meramal keputusan pepriksaan SPM mereka nanti.

c.       Utk tujuan penambahbaikan berhubung dgn sesuatu fenomena yang biasannya melibatkan aktiviti pencelahan(intervention). Cth:  Sblm melaksanakan satu kaedah pengajaran baharu, kaedah baharu tersebut dicuba terlebih dahulu  oleh penyelidik utk melihat keberkesannya.

TERANGKAN PERBEZAAN KAJIAN KUALITATIF DENGAN  KUANTITATIF:

KUALITATIF:  Satu bentuk kajian yang dijalankan utk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri. Input akhirnya  ialah hasil kajian yang memberi kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan responden yang dikaji. Ianya SUKAR dilakukan kerana data adalah subjektif.

KUANTITATIF:  Penyelidikan yang sistematik berdasarkan nilai numerikal  atau statistik . Kajian ini memerlukan alat atau instrumen untuk mendapatkan data kajian. Alat yang biasa digunakan ialah soal selidik  sama ada soal selidik terbuka atau tertutup. Hasil kajian  merangkumi formula-formula  tertentu dalam bentuk gambar rajah, jadual dan perkiraan statistik.  Ia juga biasanya utk mengukur  tingkahlaku yang nampak(luaran).

4 KOD ETIKA PENYELIDIKAN:

a.      Mendapat Kebenaran daripada Responden.
b.      Penglibatan: Responden perlu diberitahu setakat mana penglibatan mrk dlm penyelidikan tersebut.
c.       Kerahsiaan, seperti mengutamakan hak responden.
d.      Anomiti: Penyelidik  mesti menjamin anomiti kpd peserta spt identiti responden.






HURAIKAN PROSEDUR MENJALANKAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN:
1.          Menyatakan masalah kajian, iaitu isu @ persoalan pokok yang akan dikaji.
2.          Menetapkan Objektif Kajian: Menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki dlm penyelidikan tersebut.
3.          Membentuk Soalan Kajian: Dibina berdasarkan Objektif Kajian dan mestilah jelas, tepat dan berfokus.
4.          Menghasilkan Hipotesis Kajian: Utk menentukan sama ada yang dikaji itu benar atau salah dll.
5.          Melakukan Tinjauan Literatur: Utk mengetahui isu-isu yang berkaitan  dgn penyelidikan yg akan dijalankan.
6.          Merancang Kaedah Kajian : Menetukan instrumen serta  prosedur pelaksanaan kajian.
7.          Merekabentuk Kajian : Menentukan sama ada pendekatan kualitatif @ pendekatan Kuantitatif yg bakal digunakan.
8.          Menentukan Prosedur Persampelan : Sampel yang betul agar dpt menggambarkan sesuatu @ fenomena yang dikaji.
9.          Membina instrumen Kajian: iaitu alat  utk membuat pengukuran @ pengumpuln data.
10.       Menyatakan Kesahan & Kebolehpercayaan instrumen Kajian:  Spt Kesahan Kandungan  dan Kesahan Muka.
11.       Menetukan Prosedur Pengumpulan Data : Agar data yang dikumpul cukup, tepat dan dpt menggambarkan dgn benar
12.       Mengumpul Data : Iaitu Mengutip Data.
13.       Menganalisis Data : Samada secara Kualitatif @ kuantitatif.
14.       Membincang Hasil Kajian : Agar menghasilkan rumusan, penambahbaikan, cadangan dan implikasi penyelidikan.
15.       Melaporkan Kajian : Iaitu melaporkan keseluruhan kajian spt Tujuan kajian, objektif kajian, reka bentuk kajian, dapatan kajian, cadangan2 dsbnya


TUTORIAL 2

1.      3  JENIS PENYELIDIKAN KUALITATIF(HURAIKAN):

a.      Kajian Kes : Menurut Merriem (1998) Kajian kes digunakan utk memahami secara mendalam ttg subjek yg dikaji . Melibatkan seorg individu, sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik darjah. Cth: Kajian ttg tanda t/laku bermasalah  dan penyebab cara meluahkan perasaan serta emosi seorang pelajar.

b.      Kajian Sejarah : Mengkaji ttg sebab-sebab, kesan-kesan @ kecederungan dari peristiwa lepas yg mungkin boleh membantu utk menerangkan perkara-perkara pada masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka pada masa akan datang.  Cth: Kajian kesan pelaksanaan PdP Sains & Matematik dlm B. Inggeris (PPSMI) dlm kalangan pelajr sekolah Menengah.

c.       Kajian Naratif:  Satu Kajian yg digunakan utk memahami atau mengkaji bagaimana manusia membina makna dalam kehidupan mereka, iaitu  makna yg ditafsirkan kesan drpd peristiwa2 yg berlaku dlm kehidupan mereka. Cth: Kajian Analisis Naratif Filem Romantik Korea: Winter Sonat
2.      MAKSUD  ‘MASALAH KAJIAN YG BAIK’: Ialah Masalah yg mengandungi persoalan dan isu penting yang boleh dijawab serta diselesaikan melalui penyelidikan.

3.      TERANGKAN 2  PUNCA BLH MENDAPATKAN MASALAH KAJIAN:

i.    Minat & Pengalaman Pengkaji: Iaitu minat atau rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara.  Jg Pengalaman peribadi di persekitaran spt di tempat kerja, bilik kuliah,  bilik darjah dsb akan membantu mencetuskan idea-idea utk mnjalankan sesuatu kajian

ii.    Tinjauan Literatur:  Iaitu melalui pembacaan pada kajian-kajian yg lepas, Yang mana akan dpt membantu pengkaji dlm memilih isu kajian yg relevan dan bersesuaian.  Seterusnya membantunya  utk merangka isu kajian yg lebih baik.


TUTORIAL 3

1.      MAKSUD PENYELIDIKAN KUANTITATIF :

Penyelidikan Kuantitatif ialah  penyelidikan yg sistematik berdasarkan nilai numerikal atau statistik . Tujuan ialah utk:
         i.            Menguji teori
       ii.            Melihat hubungkait angkubah
      iii.            Menjelaskan fenomena dr segi “sebab penyebab”.
     iv.            Membuat ramalan.
       v.            Membuat tinjauan

2.      Namakan 3 Jenis rekabentuk penyelidikan kuantitatif :

         i.            Kajian Eksperimental .
       ii.            Kajian Tinjauan
      iii.            Kajian Korelasi

3.      APAKAH MAKSUD  KAJIAN  ETNOGRAFI?

Iaitu Kajian deskriptif  ke atas budaya, sub-budaya , institusi  atau kumpulan sesebuah masyarakat.  Kajian ini biasanya menggunakan teknik pemerhatian, temubual(sama ada secara formal @tdk formal), analisis dokumen, penelitian sejarah hidup  dan enulisan diari. Cth kajian: Kajian mengenai gaya pembelajaran  pelajar di rumah.






4.      TERANGKAN FASA ANALISIS DATA KUALITATIF.

Lacey & Luff(2001) menyatakn Fasa Analisis Data Kualitatif ada beberapa  Fasa, iaitu : 

        I.            Penerokaan Data Kajian: Peringkat ini, Pengkaji perlu membaca, menyemak, mendengar berulang-ulang kali data-data yang telah dikumpul. Juga dibuat sedikit ringkasan yang penting.
      II.            Transkripsi :  Iaitu proses menukarkan rakaman temubual (dalam bentuk audio) dan nota lapangan yang bertulis tangan kepada bentuk  ‘verbatim’(bertulis bertaip) agar mudah dibaca dan difahami.  Jg segala tanda bukan lisan sperti diam sejenak,  ketawa, mimik muka, berkerut dahi dan sebagainya  PERLU DIREKODKAN kerana menggambarkan  perasaan responden.
    III.            Mengorganisasi :  Iaitu menyusun data yang telah siap dengan teratur.  Peringkat ini jg ditukar nama responden kpd nama samaran iaitu dalam etika menjaga kerahsiaan responden.
    IV.            Pengkodan :  Iaitu proses utk meniliti, membaca, mengenalpasti serta mengeluarkan teks dan memberi  kod(sama ada dalam satu bentuk @ singkatan), agar lbh mudah utk dianalisis.  Pengkodan boleh dilakukan secara manual ataupun menggunakan perisian tertentu spt NUD  IST, NVivo dan Atlas Ti.
      V.            Analisis  : Peringkat ini melibatkan proses untuk membina tema. Iaitu melibatkan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif.
 
TUTORIAL 4

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENYELIDIKAN YANG MEMATUHI PARADIGMA POSITIVISME?
·         Adalah bagi menganalisis sesuatu  isu, ianya akan melihat isu tersebut sebagai sesuatu yang boleh diperhatikan, diukur, di buktikan serta akan ada elemen hubungan sebab dan akibat.
·         Maka penyelidikan yang mematuhi paradigma ini akan menggunakan kaedah kuantitatif, dan data informasi dalam bentuk numerical serta penganalisisan data secara sistematik.
·         Pengkaji yang meyokong paradigma ini, mempunyai hubungan yang kurang rapat (detached) daripada partisipan kajian, agar emosi penyelidik neutral dalam melaksanakan kajian. Ini amatlah perlu supaya penilaian pengkaji tidak mempengaruhi fakta atau aspek-aspek dalam kajian tersebut.

Modul m/s : 89

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEBOLEHPERCAYAAN DALAM KAJIAN KUALITATIF?

·         Merriam (1998), mentakrifkan kebolehpercayaan atau ‘reliability’ adalah sejauh mana dapatan kajian boleh diulang atau direplikasikan. Dengan perkataan lain, adakah kaijian ini, jika diulang akan menghasilkan dapatan yang sama.
·         Menurut Creswell (2007), kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif adalah berdasarkan  ‘intercoder agreement’, iaitu persetujuan antara beberapa individu dalam menyemak kod-kod analisa yang telah dibuat pada data kajian.

Modul m/s: 142
HURAIKAN 4 STRATEGI UNTUK MENENTUKAN KESAHAN DALAMAN DALAM KAJIAN KUALITATIF.

Masa yang lama di tempat kajian dan kekerapan bersama responden.
Apabila pengkaji berada lama di tempat kajian, membuatkan dia lebih rapat dan memahami budaya, isu kajian dengan terperinci. Apabila hubungan baik telah terbina , maka lebih senang untuk responden meluahkan pandangan, perasaan terhadap isu kajian.

Triangulasi (triangulation) Marshall dan Rossman (2006) triangulasi bukanlah semata-mata untuk mendapatkan kebenaran, tetapi dapat memberi gambaran mengenai dunia social dari pelbagai perspektif.

Ulasan oleh rakan (peer view) fungsi rakan (peer) adalah membaca, meneliti dan membuat komen yang analitis  tentang aspek seperti metodologi, analisa  serta interpretasi kajian yang kita jalankan. Rakan ini akan memastikan kita jujur dalam menjalankan kajian.

Semakan oleh responden ini merupakan cara yang terpenting untuk meningkatkan kredibiliti kajian.  Pengkaji akan membawa data yang telah dianalisis dan diinterpretasikan untuk disemak oleh responden kajian.
                                 

Modul m/s: 143
APAKAH TUJUAN MENGGUNAKAN UJIAN ‘ANOVA’ DALAM ANALISIS DATA?

·         Apabila kita ingin membandingkan min (purata) antara 2 sampel, maka ujian-t akan digunakan.  Namun apabila terdapat kita ingin membandingkan lebih daripada dua min, maka ujian ANOVA akan digunakan bagi menggantikan    ujian-t.  Maka dalam ujian ANOVA ini, lebih daripada 2 kumpulan diuji secara serentak.
·         Dengan penggunaan ujian ANOVA ini akan dapat membantu penyelidik untuk menganalisa dan membandingkan min-min bagi lebih daripada 2 kumpulan ini.
·         Contoh lain, ANOVA ini boleh digunakan apabila kita ingin membandingkan min (purata) markah matematik antara etnik Melayu, India, Cina dan Orang Asli setelah program tutorial intensif diberikan kepada kumpulan etnik-etnik ini.

Modul m/s: 131

TUTORIAL 5
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HIPOTESIS KAJIAN?
Hipotesis ialah satu kesimpulan awal yang dibuat oleh pengkaji bagi menentukan hasilan awal kajian yang hendak dilaksanakan dengan menghubungkan 2 atau lebih pembolehubah yang wujud dalam sesuatu kajian.

Modul m/s:177

TERANGKAN SECARA UMUM KAEDAH SEORANG PENYELIDIK MELAPORKAN DAPATAN KAJIANNYA
·         Penyelidik perlu melaporkan dapatan analisis yang mudah seperti nilai min, kekerapan atau peratus.
·         Setelah itu penyelidik boleh melaporkan pula dapatan analisis yang lebih kompleks seperti kolerasi atau NOVA dan sebagainya.
·         Sekiranya perlu, penyelidik boleh mempersembahkan data yang diperolehi dengan menggunakan jadual atau graf.
·         Perlu diingat bahawa jadual atau graf hanyalah untuk memudahkan sesuatu penerangan, namun begitu ia perlu diterangkan secara penulisan supaya pembaca tidak membuat interpretasi berdasarkan pendapat mereka sendiri.
·         Bagi memastikan kesemua persoalan kajian terjawab, penyelidik perlu menghuraikan dapatan kajian yang diperoleh dan dipersembahkan mengikut urutan persoalan kajian yang telah ditetapkan.
·         Secara umumnya penyelidik boleh melaporkan dapatan kajian penyelidikan kepada 2 bahagian utama iaitu profil responden dan dapatan kajian. 

Modul m/s: 150





NYATAKAN 4 PENEKANAN YANG HARUS DIBUAT DALAM PEMBENTUKAN FORMAT PROPOSAL PENYELIDIKAN SEPERTI YANG TELAH DISYORKAN OLEH NORAINI (2010).
·         Memastikan masalah atau isu penyelidikan dikenal pasti, konstektual dan jelas.
·         Memastikan persoalan kajian jelas, tepat dan relevan dengan permasalahan yang dikemukakan.
·         Tinjauan literatur yang berkaitan dengan persoalan kajian atau hipotesis dan metodologi penyelidikan.
·         Memastikan kaedah penyelidikan yang digunakan sesuai dan dikemukakan secara terperinci dan eksplisit.

Modul m/s : 168

TERANGKAN 3 LANGKAH YANG PERLU PENYELIDIK LAKUKAN APABILA INGIN MENGANALISIS DATA KUALITATIF.

        I.            Berterusan
      II.            Model, tema dan konsep induktif
    III.            Analisis bersifat induktif (‘Constant Comperative Method’)

 Modul m/s: 40

  •        Kajian Sejarah:- membina semula masa silam secara sistematik.  eg: Untuk menentukan Aishah benar-benar keturunan Mahsuri. 
  •       Kajian Deskriptif:- memberi penerangan yg sistematik tentang fakta dan ciri2 sesuatu bidang secara tepat dan berfaktaeg: Satu tinjuan pendapat umum utk menilai sikap pengundi.
  •      Kajian Perkembangan:- menyiasat rentetan pertumbuhan fungsi masaeg: Kajian Trend - corak perubahan masa lepas untuk meramal corak @ keadaan di masa akan datang.
  •      Kajian Kes/Lapangan:- mengenalpasti status masa kini yg melibatkan unit sosial (ind. institusi @ komuniti) eg: Kajian intensif tentang sebab-sebab penceraian di kalangan Orang Melayu. 
  •      Kajian Kolerasi:- menyiasat setakat mana variasi dlm satu faktor seimbang dengan variasi dlm satu faktor atau lebih faktor lain berasaskan pekali variasieg: Kajian tentang hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik
  •     Kajian Perbandingan Sebab-Akibat (komparatif): -mengkaji perkaitan antara sebab dan akibat dgn memerhati beberapa kesan yg wujud serta menyemak semula data sedia ada bagi mencari faktor2 sebab-akibateg: Mengkaji faktor2 yg menjadi sebab utama berlaku kemalangan jalanraya dgn melihat rekod di JPJ atau PDRM 
  •     Kajian Eksperimental:- menyiasat hubungan sebab dan kesan dengan mendedahkan satu kumpulan percubaan kepada satu rawatan dan membandingkan keputusan kepada satu kumpulan yang tidak menerima rawatan eg: Untuk menentukan keberkesanan modul motivasi terhadap peningkatan motivasi pencapaian pelajar sekolah menengah.
  •     Kajian Tindakan:- membentuk kaedah baru dlm menyelesaikan masalah dgn aplikasi terus dlm bilik darjah eg: untuk membentuk kaedah baru bagi menarik lebih ramai pelajar bumiputera meminati bidang sains dan teknologi.