DENGAN MENGGUNAKAN PERKATAAN SENDIRI, BAGAIMANA INDIVIDU BOLEH MENCAPAI KESIHATAN YANG OPTIMA BERDASARKAN FAKTOR PERSEKITARAN?


Kesihatan persekitaran merupakan suatu cabang dalam bidang berkaitan dengan kesihatan awam yang menyatakan suatu konsep kesedaran dan pengetahuan tentang aspek alam semula jadi, persekitaran dan persekitaran terbina yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan manusia sejagat. Istilah lain yang turut digunapakai dalam merujuk kepada disiplin kesihatan persekitaran adalah kesihatan persekitaran awam dan penjagaan dan kesihatan persekitaran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengertikan kesihatan persekitaran sebagai:
Segala aspek tubuh manusia termasuk kesihatan dan penyakit manusia yang mempunyai kaitan dengan faktor dalam alam sekitar. Ia juga merujuk kepada teori dan amalan berterusan menilai dan mengawal faktor dalam persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan.
Kesihatan persekitaran sebagaimana digunakan oleh Pejabat Wilayah WHO di Eropah, termasuk kedua-dua kesan langsung patologi kimia, sinaran dan beberapa agen biologi, dan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kesihatan dan kesejahteraan. Juga meliputi kesan terhadap persekitaran fizikal, psikologi, sosial dan estetik yang termasuk perumahan, pembangunan kawasan bandar, penggunaan tanah dan pengangkutan.

Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi, dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang sepenuhnya.
Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi seimbang, iaitu empat perkara penting - pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.

Persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran kerja yang bersih, selesa, aman dan tidak tercemar meningkatkan tahap kesihatan individu. Pencemaran persekitaran mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Alam sekitar dan persekitaran yang kotor dan tercemar mengundang kepada bahaya toksik dan penularan wabak penyakit yang akan menggugat tahap kesihatan.

Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga kesihatan adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar rumah hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat-tempat air bertakung. Perkara ini akan dapat menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus, nyamuk dan lain-lain.
Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai langkah menjaga kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Inggeris tentang amalan pemakanan iaitu “What you are, is what you eat”. Boleh dikatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang akan memperoleh kesihatan yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna seseorang mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat sesuai dengan keperluan tubuh badan seseorang. Seseorang individu memerlukan makanan yang sesuai berdasarkan usia, pekerjaan dan keperluan-keperluan lain.
Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang pentingnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan dengan bermacam-macam amalan hidup yang negatif telah menular dalam masyarakat kita. Antara gaya hidup yang negatif ialah amalan seks rambang dan bebas, melanggani pelacur, penagihan dadah dan pil-pil khayal, ketagihan arak serta lain-lainnya. Begitu juga amalan merokok yang masih menjadi sebahagian cara hidup muda-mudi dan remaja dalam masyarakat kita seolah-olah kempen “Katakan Tak Nak Pada Rokok” giat dijalankan. Sudah tentu, gaya hidup tidak sihat akan mengundang penyakit seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), siflis dan lain-lain. Amalan-amalan sebegini perlu dijauhkan seterusnya mengamalkan cara hidup sihat berdasarkan norma-norma agama dan budaya timur kita.
Penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian. Pelbagai langkah boleh diambil untuk memperoleh kesihatan yang baik. Antaranya, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, mengambil pemakanan seimbang dan melakukan kegiatan riadah. Kita haruslah lebih prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara

Promosi Persekitaran Sihat adalah tema yang penting kerana persekitaran yang bersih, sihat dan selamat merupakan keperluan asas manusia. Persekitaran perlu dilindungi supaya kita dapat menikmati kehidupan yang sihat pada masa kini dan masa hadapan. Interaksi di antara manusia dan persekitaran perlu seimbang. Ini adalah kerana manusia dan persekitaran saling berhubung kait di antara satu sama lain. Sekiranya keseimbangan ini diancam, kemungkinan besar manusia akan menghadapi pelbagai masalah khususnya masalah kesihatan seperti penyakit bawaan makanan dan air, penyakit-penyakit bawaan vektor, pencemaran udara dan lain-lain keadaan yang membahayakan
Aktiviti-aktiviti dan cara hidup seharian kita sama ada di rumah, sekolah, tempat kerja dan taman rekreasi boleh mempengaruhi kualiti persekitaran. Oleh sebab itu, adalah wajar kita memberi penumpuan kepada perkaitan rapat di antara cara hidup dan persekitaran melalui Kempen Cara Hidup Sihat  tahun 2002 yang bertemakan Promosi Persekitaran Sihat.

Promosi tingkah laku yang mudah dan praktikal dapat menyumbang kepada pencegahan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan persekitaran. Ini seterusnya, dapat meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia di samping mengekalkan persekitaran yang sihat.


Kempen ini menyokong dan memperkukuhkan lagi kempen-kempen kesihatan yang sedia ada seperti Kempen Anti-Nyamuk dan Kebersihan Nasional, Program Bandar Raya Sejahtera, Kempen Menghijau Alam, Kempen Cintai Sungai Anda dan Kempen Kitar Semula. Oleh itu jalinan kerjasama di antara Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan lain serta agensi-agensi bukan kerajaan adalah amat penting memandangkan kesihatan adalah isu sejagat yang melibatkan semua orang.


Topik yang hangat......


Lihat kanan...lihat kiri....lihat belakang....lihat depan......kita akan nampak kebenarannya akan pekara ini.....

PokCIk sendiri pernah bercakap akan isu pekerjaan ini dengan beberapa rakan bukan warga negara....Mereka menyatakan Malaysia Syurga Duit sebab peluang banyak disini dan mudah nak dapatkan wang.....Cuma perlu usaha dan rajin sahaja....bayangkan lah.....

Kisah benar seorang tukang sapu......Di Malaysia dia tukang sapu....Di indonesia dia mempunyai rumah banglo....kereta 3 biji...ada perniagaan sendiri...anak-anaknya belajar di luar negara.....PokCIk tanya...kenapa tak balik sana....kan dah senang.....Satu ayat ajer dia......Malaysia syurga duit....janji rajin usaha kita dapat...yang penting Malaysia mengajarnya erti kesyukuran kepada yang Maha Esa.....dan dia mengiyakan satu pekara.....Rakyat Malaysia ramai yang suka memilih....tapi bab yang tak memilih adalah bab berbelanja.....ini adalah peluang.......

Wallahhualam.......

p/s: lama tak berbloging....sebabnya....nantilah POkCik Cerita.....

Sudah tiba masa yang ditunggu...
Segala idea dan keringat akan ditumpahkan kepada majalah Tahun ini....

Langkah Pertama

Memikirkan tema Majalah tahun ini - SANTAI

Langkah ke dua 

Mencari bahan perasa yang bersesuaian, masa untuk mendownload bahan di web....

Setakat malam ini......
ada lah lebih kurang 26 jenis vector....kenapa Vector...nanti Pokcik cerita yer....
masa yang PokCIk rancang untuk mendownload dan mencari bahan perasa ini dijangka mengambil masa 3 ke 4 hari....

nampak senang....tapi hakikatnya Tuhan saja yang tahu...
tak apa...slow-slow demi anak murid yang disayangi.....
Statusnya dilaman sosial

Apabila dia memberi komen
Apa cerita ni bro...
Jangan hipokrit la....
Status tak serupa komen la...

Betul-betul buat malu la....
Al-quran dan dalam sunnah tak ajar benda ini pun....
Kerja tahap profesional...gaji beribu...status penuh ngan nilai islam....tak kan benda mudah tak leh pikir...

Inilah situasi sebenar dunia laman sosial sekarang...menjadi arena mengenal manusia yang hipokrit...bertopengkan agama...bermulut gah...hakikatnya....kita sendiri yang tahu....




Apa dah jadi ni..
Apa yang bocor lagi ni...
Tempat lain pulak tercabutnya..
Semak pale dah ni..
soalan Bocor,tiub bocor
Tang ni dah ok
Tang ni pulak tercabut..tang filter tu...


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Sejak beberapa minggu ini salur minyak motor PokCik selalu tercabut...mula-mula ingat ada yang mencuri....namun bila ianya kerap sangat berlaku PokCik andaikan bahawa ianya memang masalah teknikal pada motor...

Mula-mula terjadi PokCik hantar kedai motor...pasang balik tiub minyak tu saja dah kena RM5.00..second kali Dan seterusnya kena PokCik buka Dan pasang sendiri..berpeluh buka Dan pasang semula. Benda bukan susah nak buat pun..

Yang peliknya setiap kali kena,minyaknya mesti penuh...bila minyak keluar mesti Tinggal sikit...sampai takuk merah...ruginya jangan cakap la..tak sampai sebulan banyak kali jadi,kiralah 5 kali..PokCik isi minyak biasanya RM 6...berapa dah kena....tak ke rugi....

So hari ini Pokcik nak buat eksperimen pasang klip di tiub minyak....nak tengok jadi lagi tak..juga eksperimen memasang lampu motor sendiri....
Cara, mudah, membaiki, kerosakan, pada, motor, sendiri,
Mentol dan klip Rm 3.50,spanar Rm 4.50
Aktiviti membuka set motor bermula dengan mudah

Set Yamaha ego mudah dibuka kerana hanya ada beberapa skru dan setnya berklip sahaja
Set Yamaha ego mudah dibuka kerana hanya ada beberapa skru dan setnya berklip sahaja
Tiub minyak 1 yang akan diletak klip
Tiub minyak 1 yang akan diletak klip

Tiub minyak ke 2 yang akan diletak klip
Tiub minyak ke 2 yang akan diletak klip

Update :
Bahagian dalam setelah dibuka cover set
Kedudukan klip yang nak dipasang