Sudah tiba masa yang ditunggu...
Segala idea dan keringat akan ditumpahkan kepada majalah Tahun ini....

Langkah Pertama

Memikirkan tema Majalah tahun ini - SANTAI

Langkah ke dua 

Mencari bahan perasa yang bersesuaian, masa untuk mendownload bahan di web....

Setakat malam ini......
ada lah lebih kurang 26 jenis vector....kenapa Vector...nanti Pokcik cerita yer....
masa yang PokCIk rancang untuk mendownload dan mencari bahan perasa ini dijangka mengambil masa 3 ke 4 hari....

nampak senang....tapi hakikatnya Tuhan saja yang tahu...
tak apa...slow-slow demi anak murid yang disayangi.....
Statusnya dilaman sosial

Apabila dia memberi komen
Apa cerita ni bro...
Jangan hipokrit la....
Status tak serupa komen la...

Betul-betul buat malu la....
Al-quran dan dalam sunnah tak ajar benda ini pun....
Kerja tahap profesional...gaji beribu...status penuh ngan nilai islam....tak kan benda mudah tak leh pikir...

Inilah situasi sebenar dunia laman sosial sekarang...menjadi arena mengenal manusia yang hipokrit...bertopengkan agama...bermulut gah...hakikatnya....kita sendiri yang tahu....




Apa dah jadi ni..
Apa yang bocor lagi ni...
Tempat lain pulak tercabutnya..
Semak pale dah ni..
soalan Bocor,tiub bocor
Tang ni dah ok
Tang ni pulak tercabut..tang filter tu...


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Sejak beberapa minggu ini salur minyak motor PokCik selalu tercabut...mula-mula ingat ada yang mencuri....namun bila ianya kerap sangat berlaku PokCik andaikan bahawa ianya memang masalah teknikal pada motor...

Mula-mula terjadi PokCik hantar kedai motor...pasang balik tiub minyak tu saja dah kena RM5.00..second kali Dan seterusnya kena PokCik buka Dan pasang sendiri..berpeluh buka Dan pasang semula. Benda bukan susah nak buat pun..

Yang peliknya setiap kali kena,minyaknya mesti penuh...bila minyak keluar mesti Tinggal sikit...sampai takuk merah...ruginya jangan cakap la..tak sampai sebulan banyak kali jadi,kiralah 5 kali..PokCik isi minyak biasanya RM 6...berapa dah kena....tak ke rugi....

So hari ini Pokcik nak buat eksperimen pasang klip di tiub minyak....nak tengok jadi lagi tak..juga eksperimen memasang lampu motor sendiri....
Cara, mudah, membaiki, kerosakan, pada, motor, sendiri,
Mentol dan klip Rm 3.50,spanar Rm 4.50
Aktiviti membuka set motor bermula dengan mudah

Set Yamaha ego mudah dibuka kerana hanya ada beberapa skru dan setnya berklip sahaja
Set Yamaha ego mudah dibuka kerana hanya ada beberapa skru dan setnya berklip sahaja
Tiub minyak 1 yang akan diletak klip
Tiub minyak 1 yang akan diletak klip

Tiub minyak ke 2 yang akan diletak klip
Tiub minyak ke 2 yang akan diletak klip

Update :
Bahagian dalam setelah dibuka cover set
Kedudukan klip yang nak dipasang













Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Dah baca surat khabar Harian Metro Ahad hari ini......

"Gurau tak bertempat"

Penyebab PokCIk beli paper hari ini........ikutkan PokCik memang tak suka beli Surat khabar.....PokCik lebih suka melihat dan membaca secara online sahaja. Namun kerana satu tajuk ini menyebabkan PokCIk mengeluarkan RM 2 untuk membelinya....

Bila dibaca memang ada benarnya....memang tepat Topiknya...
whatever tak tahu nak komen apa-apa.....apa yang diketengahkan memang ada kebenarannya dan pekara ini memang berlaku........

Tepuk dada tanya diri kita sendiri.....
Bukan mudah untuk mendidik ini......
macam-macam pantang larangnya.......
Kekurangan Bukan Alasan

Semua bergantung kepada diri kita sendiri......
Kisah 2 insan yang menjadi inspirasi diri ini.....

Kisahnya .....
Seorang cacat penglihatan manakala seorang lagi dilahirkan sebagai kerdil, tetapi kedua-duanya saling melengkapi apabila mengayuh basikal roda tiga sejauh 20 kilometer (km) setiap hari untuk mencari rezeki.
Kaedah digunakan mereka ialah si kerdil menjadi pengemudi manakala yang cacat penglihatan mengayuh serta menjaga brek basikal yang sudah diubah suai dengan roda tambahan. 
Walaupun pelik, itu rutin pasangan Mohamad Yusoff, 65, dan adik iparnya Hasnah Ngah, 56, untuk mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan mereka. 
Walaupun pernah beberapa kali terjatuh ke dalam parit, gara-gara arahan Hasnah yang gagal difahami Mohamad kedua-duanya tetap komited berniaga dan tidak menjadikan insiden itu sebagai halangan.
Ini kerana mereka yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak mahu menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk terperuk di rumah dan mengharapkan bantuan semata-mata.
" Ya Allah....Aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada ku........ "