Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Dah baca surat khabar Harian Metro Ahad hari ini......

"Gurau tak bertempat"

Penyebab PokCIk beli paper hari ini........ikutkan PokCik memang tak suka beli Surat khabar.....PokCik lebih suka melihat dan membaca secara online sahaja. Namun kerana satu tajuk ini menyebabkan PokCIk mengeluarkan RM 2 untuk membelinya....

Bila dibaca memang ada benarnya....memang tepat Topiknya...
whatever tak tahu nak komen apa-apa.....apa yang diketengahkan memang ada kebenarannya dan pekara ini memang berlaku........

Tepuk dada tanya diri kita sendiri.....
Bukan mudah untuk mendidik ini......
macam-macam pantang larangnya.......
Kekurangan Bukan Alasan

Semua bergantung kepada diri kita sendiri......
Kisah 2 insan yang menjadi inspirasi diri ini.....

Kisahnya .....
Seorang cacat penglihatan manakala seorang lagi dilahirkan sebagai kerdil, tetapi kedua-duanya saling melengkapi apabila mengayuh basikal roda tiga sejauh 20 kilometer (km) setiap hari untuk mencari rezeki.
Kaedah digunakan mereka ialah si kerdil menjadi pengemudi manakala yang cacat penglihatan mengayuh serta menjaga brek basikal yang sudah diubah suai dengan roda tambahan. 
Walaupun pelik, itu rutin pasangan Mohamad Yusoff, 65, dan adik iparnya Hasnah Ngah, 56, untuk mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan mereka. 
Walaupun pernah beberapa kali terjatuh ke dalam parit, gara-gara arahan Hasnah yang gagal difahami Mohamad kedua-duanya tetap komited berniaga dan tidak menjadikan insiden itu sebagai halangan.
Ini kerana mereka yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak mahu menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk terperuk di rumah dan mengharapkan bantuan semata-mata.
" Ya Allah....Aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada ku........ "



Sedap sajak A. Samad Said

Murid sekarang..

YaAllah amat menguji keimanan cikgu. Sabarlah cikgu..jangan hilang pertimbangan..
Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah

Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dalam saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu
Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala
Cikgu ajar patut patut

Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput

Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta juta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.

Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman

Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...

P/S;Belajar-belajarlah terima hakikat.....
Bebudak punya pasal,pokcik bukak juga makmal komputer pada sabtu cuti macam ni....
Biarpun sikit yang datang untuk siapkan kerja thats is ok sebabnya mereka busungguh menyiapkan tugasan yang di beri oleh guru merea....
Pokcik bukak makmal dan membantu mereka semasa menyiapkan tugasan ini....



Salah satu jawatan dalam sekolah adalah GD or Guru Disiplin...Pokcik baru dilantik tahun ini.....Alasannya pokcik garang......bebudak takut.....that is just alasan....
Dulu pokcik rasa GD ini senang....rupanya susah benar....banyak pantang larang.....GD setakat nama je GD tapi banyak limitnya.....

Banyak benar borang dan posedur nak kena buat sebelum,semasa dan sesudah sesuatu kes....walaupun kes kecik....rasanya dah macam Polis....

Dah 7 bulan pokcik pegang jawatan ini dan banyak yang pokcik paham.....paling penting bukan semua guru nak jadi GD ini....kebanyakkannya terpaksa dalam rela......whatever pokcik dah paham perasaan cikgu disiplin masa sekolah dulu.....student buat hal dia dapat nama....

Zaman kini lagi teruk.....parent lebih hentam sekolah jika anak mereka buat salah.....itu tak masuk lagi dalam pembelajaran......
Walau apa pun that its my job....i must do the best.....

P/S : resah,kecewa.......hari ini pokcik marah dengan agak keras my child at my school.....kes nya....mencuri......tak nak megaku walaupun barang itu ada didalam beg nya.....2 jam soal habis diputar cerita......last-last kantoi bila saksi yang dia bawa bocor rahsia apabila fakta tak sama.....baru dia nak megaku....berapi.....dah lah mencuri.....menipu pulak.....siap bawak kambing hitam.....bijak sungguh......entah sah atau tidak puasa pokcik ni.....biar pun kes dah satel dengan kehadiran penjaga namun hati pokcik tak tenang.....kenapa anak pokcik ini boleh jadi macam ini......kebijak sanaan yang salah guna.......kecewa dan sedih bila terpaksa berkeras didalam soal siasat.....

#idontwantthis

Jenis rekabentuk penyelidikan boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :


REKA BENTUK PENYELIDIKAN

REKA BENTUK PENYELIDIKAN