Tak tahu nak cakap macam mana...
Exam sem ini menyeksakan...
dah lah susah..baca tak masuk kepala...
Markah assingment ciput jer...
Jadual Exam pulak ada 2 sesi..pagi petang...
Pergh..seksa menunggu ooooo.....
Pukul 10 nak tgu sampai pukul 2.30....
Nak baca?...apa pun tak masuk kepala beb...satu pun tak lekat..stail pokcik tak leh nak push last minit dalam bab membaca ni..kalau dalam bab mengedit boleh lah jugak....
Nak minum lepak kedai...
Lagi lah boring..dah sorang-sorang...membe semua exam sabtu...yang datang exam semua pokcik tak penah tengok...
Nak internet..dah muak dah...
Nak lepak masjid...
Dah macam tempat perkelahan dah...semak pale...
Kata putusnya..
Dok kat lorong bagunan exam tengok orang lalu lalang..
Buat entry ini....
What ever pokcik memang tak pandai berkawan sangat...
Pokcik dah kurang bercakap.......
Ada sebab yang pokcik ke paham..
Makin tua ini makin sensetif.....
Bila jadi macam ini hanya 2 pekara yang bermain difikiran...
Seksaan: menunggu...
Peluang : baca buku nak exam...
Kesimpulan : benar cakap orang-orang tua..tak guna baca last minit..tak masuk apa pun.....
Pening-pening

Jom study bersama-sama.....

Set 1
Soalan 1 Hingga 40
Set 2
Soalan 41 Hingga 85

Nilaikan lah sendiri...
Betul atau tidak hanya Allah yang tahu...
Namun ambil ianya dari sudut positif.....
Makin negara kita maju..makin teruk nilai budaya kita...
Nak salahkan sapa?..salah sekolah yang pertama ke?or mak bapak yang pertama?...lepas tu salah sape pulak..salah pihak yang memerintah negara ke..last sekali salah masyarakat kita...
Lepas tu...salahkan sape lagi...dah tak ada...pusing balik salah menyalah..last-last senyap...apa pun tak dapat..budak stay macam tu jugak....mak bapak marah cikgu..cikgu marah mak bapak...
Masyarakat marah pemimpin..pemimpin marah masyarakat...sampai kesudah apa pun tak dapat...
Kalau macam inilah...kita sepatutnya jadikan lagu katak oh katak sebagai lagu rasmi negara ini la...sebabnya suka salah menyalah....
Fikir-fikirlah...
Jangan pandai cakap..tapi tak buat pun..
Jangan banyak komplain sedangkan diri sendiri pun teruk..
Cerita pasal peningkatan anak di sekolah tapi meating PIBG setahun sekali pun tak datang...kalau bab bagi duit waktu kerje sanggup cuti..
Kerja banyak...semua kerja banyak...bukan bidang...berenti..jangan banyak cakap...tertekan...semua kerja ada tekanan...buat ajer la..siap tak siap janji usaha dengan kuat...sampai siap walaupun di marah...
Maaf kiranya ada yang terasa...
Ini cerita tiada kaitan dengan sesiapa..
Cuma luahan rasa...
Negara semakin maju...namun anak-anak kita?....
Sekolah lain ragamnya..ipt lain fikirannya..kadang-kadang terpikir satu pekara...lagi tinggi pelajarannya..lagi bebal jadinya..
Undang-undang tak cukup?.....satu persoalan....Semua tahu undang-undang memang ada disekolah....
namun sejauh mana ianya berkesan?.....dan adakah semua pihak menerima undang-undang itu....
yang paling penting....adakah kebenaran dapat diteima oleh semua pihak.......

Cuba baca ayat yang ada.........dan fikir lah......

Ini dari indonesia.........benar or tidak....Allahualam......
tapi hakikatnya kita tahu situasi kehidupan disana.....

Inilah wajah anak bangsa kita sekarang?.....
ini yang media dapat tahu...yang lain.....
rasanya lagi teruk pun ada.....
nak salahkan siapa?......

Fikir-fikirkanlah....
renung-renungkanlah.....
Anak-anak kita....
cermin diri kita.....

Ini lah kali pertama bebudak kenal apa itu exam...

Walaupun agak terkejut dengan undang-undang didalam peperiksaan...

Walaupun ianya ujian namun kena juga disebut penilaian..maklumlah sekarang semuanya adalah PBS..tiada markah..yang ada hanya band ajer..bukan wali band or band muzik.tapi band tahap..nak carita pun payah..

Tapi ujian ini kena ada markah dan band..entah lah..kursus cerita lain..big boss cerita lain..

Yang ibubapa pula banyak yang tak paham band band ini.mereka tetap nak markah..merah biru..gagal lulus..kedudukan dalam kelas dan aliran..entah lah..

What ever this is our job..
Bukan mudah jadi cikgu..

Bertahun menunggu pihak berwajib datang merepair..namun ianya tunding menunding..tunggu menunggu..PokCik jadi jaga dalam makmal sendiri..stanby trip elektrik..kalau trip pokcik la panjat on kan balik..2 tahun mengadap benda sama...
Tapi alhamdulilah ada juga hamba Allah yang sudi membantu..akhirnya jumpa juga masalahnya..budak pijak treck wayar sampai hancur...pokcik dan hamba Allah ni berkampung seminggu merepair....kini dah 2 minggu tak ada trip lagi...
Selama 2 tahun berlaku macam-macam andaian dibuat oleh mereka yang pakar..namun cakap ajer..buat tak...akhirnya muncul hamba Allah yang kurang bercakap kerja yang lebih sampai selesai...katanya ikhlas bila bekerja...
Pecah sebab kena Pijak dengan budak-budak

Kualiti kerja kontrakter

Buka Semua Track wire...

Cukup bahaya......
Selamat hari guru @ Happy Teacher Day ......
Apa yang kita ada sekarang ini bermula dari seorang Cikgu.....
Siapa sangka Manusia macam PokCik boleh jadi seorang Cikgu.......
Siapa duga PokCik yang dahulunya selalu di gelar "bodoh" kini mampu menjadi sebahagaian dari golongan Cikgu.....
Terima kasih Cikgu-Cikgu......
Terima Kasih Encik-encik dan Puan-puan yang mendidik PokCik.......
Dan Terima Kasih "ABAH" kerana menjadi Cikgu kepada PokCIk sehingga hari ini......tidak pernah jemu menunjuk dan mengajar PokCik akan erti Hidup ini......

Kini Menjadi Tanggungjawab PokCIk menyambung Tugas yang sungguh mencabar ini....
Kini PokCIk merasa susahnya CIkgu-Cikgu PokCik mendidik dengan kenakalan dan kedegilan yang dihadap selama betahun-tahun.......sehingga PokCIk tahu berfikir dan menjalani kehidupan sebagai insan yang tahu jalan yang lurus.......

selamat hari guru 2014, agenda guru malaysia, Guru malaysia, Puisi guru malaysia,.cabaran guru malaysia, warna-warna pendidikan, Happy Teacher Day

Buat teman-teman seperjuangan.....
Berjuanglah,berbaktilah dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.........
Jangan mengalah.....Jangan tumbang sehingga tiba waktunya....
Jangan mengeluh....Jangan Cepat melatah........
Perubahan kita terima dengan hati yang terbuka........
Sesungguhnya kita adalah sebahagian dari Pemula kepada seorang insan yang tidak tahu menahu.......
sesungguhnya kita adalah warna yang pertama akan mencorak sehelai kain putih......

Selamat hari Guru.........

Puisi khas dari PokCIkl buat teman-teman Seperjuangan.......

 Dia memang budak hingusan...
Dia memang budak nakal...
Dia memang budak otai....
Dia memang buta huruf ....
Namun dia boleh berubah....
Siapa tahu dia  bakal menjadi pemidato dunia....
Siapa tahu dia boleh berpangkat besar.....
Siapa tahu dia bakal berakhlak mulia....
Dia boleh berubah kerana seorang guru
Didiklah dengan penuh hikmah
Ajarlah sehingga dia pandai mengeja
Tunjukkanlah sehingga dia tahu menulis berita 
Sehingga mampu menjadi pahlawan perwira untuk Negara
Yang Punya cita-cita seribu agenda....

NAMUN semua itu hanya bermula
Dengan seorang PENDIDIK yang setia!

Dengan penuh Ikhlas dari pOkCIk....

# Selamat Hari Guru
# Happy Teacher Day
# 快乐教师节
# मुबारक शिक्षक दिवस
# سعيد عيد المعلم
# இனிய ஆசிரியர் தின
 # ਖੁਸ਼ੀ ਦਾ ਅਧਿਆਪਕ ਦਿਵਸ

Sekadar Perkongsian.....
Ini 2 tahun yang lepas....Tapi Kini?.........lagi teruk...Percayalah....PokCik ajer yang tak sanggup Nak paparkan.....
Percayalah....Kerana nila setitik Rosak susu sebelanga.......
Terimalah dengan hati dan fikiran yang terbuka......
Belum tentu ada benarnya.....Dan tidak boleh juga disangkalkan....
Tepuk dada tanya hati......
yang Penting Jalankan tanggungjawab kita mengikut Peraturan dan Lunas undang-undang....
yang Penting Berkhidmatlah demi Agama, bangsa dan Negara.......