Bertahun menunggu pihak berwajib datang merepair..namun ianya tunding menunding..tunggu menunggu..PokCik jadi jaga dalam makmal sendiri..stanby trip elektrik..kalau trip pokcik la panjat on kan balik..2 tahun mengadap benda sama...
Tapi alhamdulilah ada juga hamba Allah yang sudi membantu..akhirnya jumpa juga masalahnya..budak pijak treck wayar sampai hancur...pokcik dan hamba Allah ni berkampung seminggu merepair....kini dah 2 minggu tak ada trip lagi...
Selama 2 tahun berlaku macam-macam andaian dibuat oleh mereka yang pakar..namun cakap ajer..buat tak...akhirnya muncul hamba Allah yang kurang bercakap kerja yang lebih sampai selesai...katanya ikhlas bila bekerja...
Pecah sebab kena Pijak dengan budak-budak

Kualiti kerja kontrakter

Buka Semua Track wire...

Cukup bahaya......
Selamat hari guru @ Happy Teacher Day ......
Apa yang kita ada sekarang ini bermula dari seorang Cikgu.....
Siapa sangka Manusia macam PokCik boleh jadi seorang Cikgu.......
Siapa duga PokCik yang dahulunya selalu di gelar "bodoh" kini mampu menjadi sebahagaian dari golongan Cikgu.....
Terima kasih Cikgu-Cikgu......
Terima Kasih Encik-encik dan Puan-puan yang mendidik PokCik.......
Dan Terima Kasih "ABAH" kerana menjadi Cikgu kepada PokCIk sehingga hari ini......tidak pernah jemu menunjuk dan mengajar PokCik akan erti Hidup ini......

Kini Menjadi Tanggungjawab PokCIk menyambung Tugas yang sungguh mencabar ini....
Kini PokCIk merasa susahnya CIkgu-Cikgu PokCik mendidik dengan kenakalan dan kedegilan yang dihadap selama betahun-tahun.......sehingga PokCIk tahu berfikir dan menjalani kehidupan sebagai insan yang tahu jalan yang lurus.......

selamat hari guru 2014, agenda guru malaysia, Guru malaysia, Puisi guru malaysia,.cabaran guru malaysia, warna-warna pendidikan, Happy Teacher Day

Buat teman-teman seperjuangan.....
Berjuanglah,berbaktilah dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.........
Jangan mengalah.....Jangan tumbang sehingga tiba waktunya....
Jangan mengeluh....Jangan Cepat melatah........
Perubahan kita terima dengan hati yang terbuka........
Sesungguhnya kita adalah sebahagian dari Pemula kepada seorang insan yang tidak tahu menahu.......
sesungguhnya kita adalah warna yang pertama akan mencorak sehelai kain putih......

Selamat hari Guru.........

Puisi khas dari PokCIkl buat teman-teman Seperjuangan.......

 Dia memang budak hingusan...
Dia memang budak nakal...
Dia memang budak otai....
Dia memang buta huruf ....
Namun dia boleh berubah....
Siapa tahu dia  bakal menjadi pemidato dunia....
Siapa tahu dia boleh berpangkat besar.....
Siapa tahu dia bakal berakhlak mulia....
Dia boleh berubah kerana seorang guru
Didiklah dengan penuh hikmah
Ajarlah sehingga dia pandai mengeja
Tunjukkanlah sehingga dia tahu menulis berita 
Sehingga mampu menjadi pahlawan perwira untuk Negara
Yang Punya cita-cita seribu agenda....

NAMUN semua itu hanya bermula
Dengan seorang PENDIDIK yang setia!

Dengan penuh Ikhlas dari pOkCIk....

# Selamat Hari Guru
# Happy Teacher Day
# 快乐教师节
# मुबारक शिक्षक दिवस
# سعيد عيد المعلم
# இனிய ஆசிரியர் தின
 # ਖੁਸ਼ੀ ਦਾ ਅਧਿਆਪਕ ਦਿਵਸ

Sekadar Perkongsian.....
Ini 2 tahun yang lepas....Tapi Kini?.........lagi teruk...Percayalah....PokCik ajer yang tak sanggup Nak paparkan.....
Percayalah....Kerana nila setitik Rosak susu sebelanga.......
Terimalah dengan hati dan fikiran yang terbuka......
Belum tentu ada benarnya.....Dan tidak boleh juga disangkalkan....
Tepuk dada tanya hati......
yang Penting Jalankan tanggungjawab kita mengikut Peraturan dan Lunas undang-undang....
yang Penting Berkhidmatlah demi Agama, bangsa dan Negara.......

Pokcik dalam ceramah TMK tahun 5...ceramah ni memang membosankan..tapi ada pekara yang menarik minat pokcik sesangat...membangunkan sistem pangkalan data..pergh..aras tinggi...yang tahun 4 ni pun merangkak budak nak ikut...perg..parah...

Alhamdulilah......
Inilah perkataan yang termampu PokCIk ucapkan sekarang....Berjaya menyiapkan tugasan KAF3023 Psikomotor dan Pergerakan Kanak-Kanak.....

Pelbgai kepayahan yang PokCIk alami untuk meyiapkannya.....biarpun Tugasan 1 tidak sempat nak submit sebab terlepas tarikh hantar.....Tunggu ikhsan pensyarah balas massage dan email yang PokCIk hantar kepada beliau untuk dinilai...Hope beliau balaslah.....

PunCa lewat hantar.......
tak payah cerita lah...tonggang ke terbalik ker......dah memang salah diri sendiri...what ever doa-doa lah semuanya berjalan lancar......ada 6 tugasan yang sedang diusahakan untuk disiapkan....

PokCik ingat amik Kos Pra ini senang...Rupanya.....perghhhhh...susah ya Robbi.......ingat ngajar tahun 1jer susah.......Pra sekolah lagi susah rupanya......

Dah lama tak berkecimpung dengan tahun 1 sepenuh masa....baru tahu susah nak ajar bebudak ini...lebih-lebih kelas belakang...apatah lagi pra sekolah......

PokCik dah 2 tahun tinggalkan tahun 1....just ajar DST 1 jam setiap minggu...yang lain semuanya tahap 2...almaklumlah dah naik pangkat jaga ICT dan Disiplin.....Lagi payah......segalanya kini jelas betapa susuahnya jadi Cikgu.....

Jom layan Guru Disiplin Ajar Tarian pada budak pra sekolah....Nama tarian ini adalah Tarian Tungang Terbalik.......pokCik baca soalan dan create sendiri ikut kefahaman PokCik......





Bebudak suka bebenor.....Tapi yang seksanya PokCIk.tak pernah menari macam ini sekali...Penat oooo..berpeluh-peluh...Menari sampai 15 minit tanpa henti.....Tu pun POkCik edit jadikan pendek sikit......Hope betul lah.......

Soalannya :

Rancang satu pergerakan manipulatif dengan melibatkan pergerakan-pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Bahan manipulatif yang digunakan mestilah ada kepelbagaian. Hasilkan mengikut kreativiti masing-masing.

ARAHAN

1.      Buat rakaman bagi tarian pergerakan manipulatif  tersebut selama sekurang-kurang 10 hingga 15 minit.


2.      Tugasan WAJIB dihantar melalui tapak yang dibina di Portal MyGuru di ruangan Assingment mengikut tarikh yang ditetapkan. Penghantaran melewati tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan sama sekali. 

Rasa-rasa menjawab soalan ke ni ek......
Inilah adalah soalan sains DST untuk dikongsikan bersama-sama


Ini lah hasil kerja PokCIk dikala tidak mahu hilangkan ilmu yang PokCik perolehi....
Hope semakin hari semakin Ok....
banner dan bunting ini direka menggunakan Perisian INDESIGN....

DESIGN bUNTING mINGGU BAHASA MALAYSIA
BUNTING 3X5

DESIGN BANNER, PSD BANNER, TEMPAH BANNER, SAIZ BANNER
BANNER 8X3
Main belasah ajer design....
what ever this is new Experience for PokCIk....