Siapa Bumiputera lebih-lebih orang melayu wajib tonton video ini sampai habis....
Fikirlah dengan tenang....
Bertindaklah....
Jangan pandai bercakap, mengeluh, mengata orang lain, cemburu@iri hati dan juga berserah semuanya pada takdir.
Bersama-sama kita memajukan dan mengubah cara orang kita....
PoKCik teramat sayang akan bangsa kita......
Selamat meno
nton dan berfikir........
kalau rajin share-share lah......
P/S : video ini PokCIk jumpa di facebook...tak salah jika kongsi benda yang betul. Semoga ia dapat membantu kita yang jauh ketinggalan dari segi mental dan pemikiran. terima kasih kepada Shah Sovi kerana create video ini.
Bila tiba bab agama, semua sibuk jadi MUFTI,
Bila tiba bab negara, semua sibuk jadi MENTERI,
Bila tiba bab bangsa, semua sibuk jadi SEJARAWAN,
Bila tiba bab perang, semua sibuk jadi JENERAL,
Bila tiba bab solat, semua sibuk TOLAK MENOLAK tak mau jadi IMAM

Hakikatnya....

 kita hanya KEYBOARD WARRIOR, HEBAT HANYA DALAM FB DAN TWITTER, MENYALAK BAGAI MASTER, KAT LUAR KELU TAK TERKATA !!!

Pesanan ikhlas dari PokCIk untuk semua :
Terimalah pernyataan ini dengan hati terbuka,
Setiap apa yang ditutur pasti ada yang terasa,
Janganlah dijadikan sasuatu isu itu meriah tanpa bukti yang nyata,
Dunia blogger banyak penipuannya.... 


Al-fatihah untuk Pejuang Negara yang Gugur di lahad Datu Demi untuk Negara Malaysia Tercinta

Terima Kasih tidak terhingga kepada Semua Aggota Keselamatan yang sanggup mengorbankan nyawa demi keselamatan kami Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.



Setiap hari PokCIk ikuti Perkembangan Kes ini....
Semalam gugur 2 orang Pewira Negara...
Hari ini gugur lagi 5 orang...
Ya Allah berkatilah mereka yang gugur ini....
PokCik amat berbangga kerana duduk dinegara yang amat bertuah ini....
Terima kasih kepada semua anggota keselamatan Negara yang bertugas dengan mengadaikan Nyawa mereka sendiri.....

Kepada mereka yang sedang berpolitik sekarang....
jangan lah menjadika isu ini sebagai bahan Politik anda.....
Siapa kita tanpa mereka yang sanggup bergadai nyawa demi negara.....
janganlah jadi si Celaka yang pandai menaguk di air yang keroh......
janganlah jadi bacul kerana inginkan kemenangan dengan jalan keji seperti ini.....
PokCik pun tengok semua berita...dari internet.....dari semua saluran TV.....tak kira dari pihak mana....namun PokCIk berfikir dan menilai setiap apa yang diperkata..

Al fatihah untuk anggota Malaysia yang terkorban......

Terima Kasih Kerana Menjaga PokCIk didalam negara ini......
Jasa anda hanya Allah sahaja yang boleh membalas.....



Jaga-jaga....
Siapa tak bagus dalam buat kerja akan dibuang.....

Begini rupanya statistik perjawatan mengikut kumpulan perkhidmatan.......

kita tengok pulak Pecahan Kumpulan Penjawat Awam Yang Terbesar di Sektor Awam


  1. Sektor pendidikan = 400,000 Guru
  2. Sektor pertahanan = 300,000 Askar
  3. Sektor keselamatan = 100,000 Polis+ Bomba + Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) + Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 3 (JPA3)
  4. Sektor kesihatan = 50,000 Doktor + Jururawat
Jika nak kurangkan penjawat awam yang mana satu yang akan banyak dikurangkan?....
terang lagi bersuluh......Cikgu le......
Lepas ini cikgu-cikgu di Malaysia kena jaga-jaga....Budak tak pandai salah cikgu...tak layak jadi cikgu....so buang la.....

Lepas tu kurangkan Pulak tentera....Sebabnya pembakang ada cakap yang Tentera banyak membazir duit.....makan rasuah....beli kapal selam buat tukun...siap kau tentera....

Polis dan Doktor tak boleh kurangkan.....nak kena guna mereka-mereka untuk merawat dan tangkap orang degil-degil......

nak tahu lebih lanjut...baca la sendiri.... klik sini

What ever...PokCIk kena menjalankan tanggungjawab PokCik...
Siapa majikan PokCik..... dia PokCik ikut......
Nak buat apa pening-pening pasal ini....
Kita ada akal...fikir lah sendiri....
Pasal Politik ini semua orang nak betul...
Pemimpin dia betul..pemimpin sana salah.....
Tapi bab Agama tak jaga......
Bab bangsa tidak dipeduli.....
Pasal Politik Bangsa Kita bergaduh..berpuak-puak....
Satu Agama tapi kerana Politik putus saudara.....
Bangsa lain berpolitik jugak.....
Tapi bab bangsa dan agama mereka cukup jaga....
Bangsa kita ini ajer yang meludah ke langit kena muka sendiri lepas tu orang lain meludah pun dia buat tak tahu jer.....
Tak nak cakap lebih-lebih....
Orang kita ini Telinga Panas...nak marah ajer tahunya.....nanti pOkCIk update entry khas untuk bangsa kita.....Tunggu yer....
Kalu rajin mai follow PokCIk dan tahu le nanti.....
PokCik sedang mengumpul bukti-bukti sikap dan budaya orang kita.....




Boleh Bantu saya dalam Pertandingan membuat Laman/Portal?
Budak sekolah Rendah Belajar jadi pailang
Ingat Senang nak jaga budak ker?
Cakap senang la..mai cuba dulu...
Assalammualikum....

Hari yang amat memeningkan.....
Kemalasan mendatang bertubi-tubi....
Semua kerja malas nak buat....So ingat nak merancang dulu....

First :
  1.  Siapkan sijil-sijil budak Bola....( jabatan kedekut budak dah main bola pun tak sediakan sijil....)
  2. Siapkan RPH harian...isnin kena hantar.
  3. Fikirkan dan rancangkan serta siapakan kertas kerja Program pembudayaan ICT sepanjang tahun disekolah.
  4.  Meating dengan Pentadbiran secara tertutup Rancangan Pembudayaan ICT disekolah.
  5. Pastikan Program FROG berjalan dan disebarkan dengan jaya.
  6. Siapkan Soalan-soalan PBS untuk ujian UBS minggu satu lagi. ( Masak PokCIk.....subjek Dunia Sains dan Teknologi dari tahun 1 sampai 3 , budak ada 300....nak tanda nanti memang pengsan)
  7. Jawab forum UPSI. 
  8. Cari maklumat untuk Tugasan UPSI.
  9. Siapkan album Coustemer yang dah lama tinggal.
  10. Update blog-blog sekolah.
Semuanya kena siap dalam masa 1 minggu ini bermula dari hari ini.
Doa-doakan semuanya berjalan seperti yang dirancang .
Ingat senang ke nak jadi Cikgu...

Budak-budak sekarang ini memang kuat terpengaruh dengan filem......
Sampai menjawab soalan pun boleh terbayang......
apa nak jadi la....?.....